Friday, July 23, 2010

Tudung labuhku

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Genap empat hari bertudung labuh~ Wah... siapa sangka? pelbagai soalan dan spekulasi dibuat oleh teman-teman namun aku hanya berdiam diri, membalas dengan senyuman.. heheheh~  dalam banyak2 soalan, akhirnya saya perlu juga berterus terang dengan seorang kakak officer kulliyyah, Kak S yang memang rapat dari tahun pertama. Melangkah ke kelas pada hari ini, memakai jubah buat pertama kali, pandangan2 dari mereka hanya saya abaikan.TAPI, terpandang pula kak S yang duduk di kerusi hadapan sedang menguruskan video conference dengan lecturer di gombak. Tatkala terpandang diri ini, dia membeku. Kemudian menunjukkan jarinya ke arah tudungku. Aku hanya angkat kening dan senyum. Kak S buat muka tak puas hati. Rakan-rakan sekelas yang berada dibelakang semua memandang kami. Akhirnya kak S bergerak ke arahku, lantas berdiri di depanku. "Fatin, tudung tu.. kenapa?" semua yang berada disekeliling mula memasang telinga. Saya hanya tersenyum. "Kelas nak start ni, nanti jumpa akak kat department! compulsory!" tegasnya. Hanya mengangguk menyatakan persetujuan.

Selesai kelas VC tiga jam itu, kaki melangkah ke deparment. Masuk ke dalam dan melabuhkan diri di kerusi dihadapannya. " Fatin kenapa pakai tudung ni? sejak bila? "  Bertubi-tubi soalan keluar dan saya menjawab mana yang termampu. tiada rahsia. Cuma yang terkilan sedikit, rata-rata soalan yang keluar, soalan wajib, "KAU NAK KAHWIN KE?" Seolah-olah perubahanku ada kena mengena dengan insan bernama lelaki! Tidakkah mereka tahu, Allah itu yang memberi hidayah? jadi kenapa perlu adanya lelaki? Mungkin fenomena sekarang, yang berubah semuannya kerana lelaki~ Hanya Allah lebih mengetahui.. ayat kelakar dari kak S " Akak mati2 ingat fatin pinjam tudung orang lain. kot saja2 nak main2. Yela, orang stock ganas cmni tiba2 jadi cmni. sape tak terkejut?" Ketawa kejap kt situ.. hehehhe~ Cuma dia berharap perubahan ini berterusan.

Petang menyusul, melangkah pula ke skill class. Kali ini, bertembunglah dengan 4 orang sahabat2 baik itu. "Fatin zahirah mane?" tanya ex-roomate sedangkan saya dihadapan dia. cuma x menoleh je. Axellos menuding ke arahku. "Kenapa tudung dia labuh sangat?" he, diam je.. fokus2... madam tengah cakap! Selesai kelas, mereka menarikku. Si budak sarawak bertanya, " bila kau pakai mcm ni? kau nak kahwin dah ke? ha? ha?" adeh, budak ni memang banyak tanya. tapi buat derk je. malas nak jawab part belakang tu. jawab yang depan je. Adik pulak tanya, dah memang pakai full cmni? tudung biasa? seluar pakai lagi ke tak? bla bla.." jawab je la semua. "Tudung tak pakai tu derma kat kitorang la! hahaha" adik mengusik. Tak sempat jawab orang lain pulak tanya. Hu, diorang2 ni memang kaki investigator! Tapi, mereka semua menyokong! Alhamdulillah! dan adik kata "bagus la kamu.. SAYA BANGGA DENGAN KAMU!" terharu saya.. hu~ thank you kawan2 sayang. Korang the best! Semoga persahabatan kita kekal ke akhirat sana! InsyaAllah~

Beberapa hari kerisauan mencari tudung2 lain sebab hanya ada 4 helai yang boleh dipakai. ke hulu ke hilir mencari. dan, ALLAH itulah pemberi segalanya, yang membantu tatkala hati keresahan. Seorang sahabat menghadiahkan tudung miliknya yang tidak dipakai. 7 helai semuanya! Subhanallah, semudah itu diri ini diberi penyelesaian. Benarlah, selangkahku padamu, seribu langkahmu padaku.. Syukur alhamdulillah. dapat extra t-shirt 3 helai lagi! hehehe~ jadi tak perlu keluar duit nak beli semua. Aku bahagia bersamaMU YA RABB~
Beri aku kekuatan Ya Allah untuk meneruskan mujahadahku..

NotD: nanti balik rumah soalan apa pulak keluar~ hehehe.

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment