Thursday, December 30, 2010

Sakit tu SERONOK!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahhh..  Terasa lama tak berblog~ hehehe.. memang pon! Busy dengan family pergi cuti-cuti Malaysia kat Melaka. In addition, dh seminggu lebih demam, batuk n asma menyerang. Encik antibodi semakin lemah nampak gayanya. Selalu sangat sakit dua tiga menjak ni. but actually, the major reason, main badminton macam x ingat dunia walhal dah dekat setaun lebih tinggal because of asthma. Maka terkezottt body, esok tu terus demam n tambah dgn asma,batuk n selsema untuk mencukupkan korum~ nyahahah.Nasib baik boleh usrah macam biasa. hehehe Alhamdulillah! Yang paling best, demam2 pun merayap gak! bile tak larat  singgah KLCC, makan ubat n tido sekejap di surau. Esok tu bangun mengigil, jumpa doc, makan ubat, tdo 2 jam and keluar balik merayap. Opah geleng kepala. ish3x. Pada pendapat saya , kalau dibiar, baring2 lagi la lambat badan ni nak heal. makin mengada-ngada nanti. Better keluar dr stay put > anda dilarang meniru aksi ini sekiranya tak biasa buat . hehe

Kelebihan sakit ni, boleh nak manja2 dengan parents! hehe.. albeit i'm famous with being independent, once in a blue moon nak jugak kan? tapi ni bese je. Hikmah disebalik sakit ni sebenarnya mendekatkan kita kepada Allah sebab one on human's trait, bila sakit, bila susah baru nak ingat Allah~  So, despite being sick, saya sangat bersyukur sebab Allah sentiasa ingat kat saya dan saya ingat Dia. Dia "jeles" saya semakin menjauhkan diri dari dia. huuuu.. BANGUN2 yang cantik berseri . Therefore kawan-kawan, jangan sekali-kali sangka bila sakit ni sebab Allah tak sayang kita. Salah tu! Sakit tu juga menjadi kafarah dosa kita. Pahala pun bertambah sebab kita bersabar dengan ujian sakit ni. dan Jangan mengeluh! Cuba fikirkan orang yang lebih sakit dari kita, (put yourself in other people shoes) yang siap kena operate, potong sana sini. Saya selalu mengingatkan diri setiap kali sakit, there's nothing to compare when the death angel come for you. Tahan je! Kalau kita tak mampu tanggung Allah tidak akan beri kita kesakitan begitu.
“Orang yang paling banyak mendapatkan ujian/cubaan (di jalan Allah Ta’ala) adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang (kedudukannya) setelah mereka (dalam keimanan) dan orang-orang yang (kedudukannya) setelah mereka (dalam keimanan), (setiap) orang akan diuji sesuai dengan (kuat/lemahnya) agama (iman)nya, kalau agamanya kuat maka ujiannya pun akan (makin) besar, kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan (kelemahan) agamanya, dan akan terus-menerus ujian itu (Allah Ta’ala) timpakan kepada seorang hamba sampai (akhirnya) hamba tersebut berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak punya dosa (sedikitpun)” (HR. At Tirmidzi no. 2398, Ibnu Majah no. 4023, Ibnu Hibban 7/160, Al Hakim 1/99 dan lain-lain, dishahihkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Adz Dzahabi dan Syaikh Al Albani dalam Silsilatul Ahaadits Ash Shahihah, no. 143)
p/s: Terasa cam ade miss something. hmmm.. takpe2.. nnti edit balik . TQ ALLAH FOR MAKING ME FEEL BETTER TODAY ^^
and CONGRATULATION HARIMAU MALAYA! WEEE




Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, December 17, 2010

Di penghujung Usianya

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru balik dari makan dari "maple".  Walaupun asalnya rancang nak minum je, aleh2 tibai gak satu roti telur hehehe . Ada sesuatu yang mengusik hati waktu melangkah masuk ke kedai tersebut. Terpandang seorang pak cik yang boleh dikira seangkatan dengan atukku. Uban memutih dikepalanya, langsung takde rambut hitam (cam pasti je xde, hehhe). Pak cik tersebut bekerja sebagai tukang buat air kat kedai tu. Terkenang perbualan dengan besti last week during our pajama party at her house.

"Beb, pe pendapat ko pasal GRO? Ko rase logik ke dia kata dia "terpaksa" kerja macam tu." Aku baru selesai membaca surat khabar pasal Suzie and pendapat seorang pakar motivasi pasal pekerjaan tu.
"Pada aku tu semua tipu je terpaksa. Diorang tu sebenarnya tak boleh hidup susah. Nak jalan senang dan cepat nak duit, gadai la body. Dan lagi satu, aku x rase diorang tu ade iman kat dada tu. Kalau tak mesti diorang boleh pikir."
"Abis tu yang kata patut benti slow2 tu pekejadahnya?"
"I think in Islam, if that thing already forbidden, that means forbidden. Haram tu tetap haram. Suicide and adultery. Should stop IMMEDIATELY. We will never be sure if we can open our eyes to see tomorrow sunrise. Tu aku rasa la. Lain orang lain opinion" 
Aku diam mendengar pendapatnya. Betul. Walau aku dan dia bukan lah sebaik mana, itu adalah logik pemikiran kami berdua.Teringat kakak ada kata gak pasal iman ni. even orang tu pakai tudung labuh pun, kita tak tau tahap iman dia macam mana. Sebab tu selalu doa kat Allah semoga iman kita terjaga.

Aku pandang kembali pak cik rambut "natural bleach" tu.Muka terasa hangat. Aku malu dengan dia. Anak2 muda sekarang kerana nak wang dengan pantas, gadai sana pajak sini. Padahal tangan kaki semuanya ada dan kudrat lebih kuat dari orang tua itu dan dia yang hampir kepada penghujung usia, tulang yang tidak sekuat dulu tetap berusaha mencari pekerjaan halal demi sesuap nasi dan paling penting, kerana mencari KEREDHAANNYA. Dia sepatutnya berada dirumah berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga,bukan di situ~

P/s: tetibe terpikir, if kena ugut bunuh if diorang nak benti, tu camno pulak? Islam value 4 things, nyawa, maruah (lagi dua tak ingat , oopss ) Siapa2 baik hati tolong saya tambah ilmu ye
 
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, December 16, 2010

Saya dan Encik Iman

Iman : Assalamualaikum, bos.
Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?
Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...
Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..
Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...
Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.
Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.
Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..
Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..
Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih Encik Iman.

Artikel from :ILUVISLAM

Tersedak-sedak baca cerita ni. Macam tau2 je. hehe.
To give up this thing REALLY take a huge effort. FIGHT ON!
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, December 10, 2010

Pantasnya masa berlalu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

MY CURRENT MODE 

So, why am i being like this? because vacation is finally OVER! Adus~ a month already passed and it feels like a week. haha. biasa la tu kan? Alhamdulillah Allah masih beri masa untuk bernafas. Smlm pengsan dr jam 5 ptg smpai 1 pagi. Sakit yang amat. Nak bangun pn tak larat.Tapi sebab dh lali, so tahan je la. Dugaan~ hehehe
Finally its my final year. Hopefully i can do much better, insyaAllah. Doaku juga buat sahabat2 lain. For kakak, berdebar tak? hahahha


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah




Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Pemurah

Currently, this is my mode
Dari mcm ni..

to this
SYUKURKU PADA NIKMAT YANG TELAH KAU BERI


Thank you Allah! Setiap apa yang telah diusahakan pasti mendapat ganjaran setimpal :)
So, yang cantik berseri, work harder for next time! and pray A LOT
*jumping jumping* http://www.emocutez.com
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, December 3, 2010

Bila apa yang kita janji diuji

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Mengetahui

"Aku nak pkai tudung depan cousin semua. Kau rase macam mane?"
"Lah, ko ni buang tebiat ke ape. Kita semua kan dah macam adik beradik. Buat pe nak pkai. pelik la!"
"Pelik ke? Aku tanya kawan aku sorang tu, dia pakai je depan cousin die."
"Tu famili dia. Famili kita lain! Lagipun xdenyer bernafsu abg aku tgk kau. Dari kecik kot kita sama-sama. Aku penah dengar ade orang kata kalau xde nafsu xpe je.. or something like as long as your don't wanna get married to your cousin. so dah kira cam adik beradik. x yah nak pakai tudung"
"Betul ke xde nafsu? can you guarantee me, not even a little bit of lust stirred in their mind?"

Dia terdiam di situ. Aku juga diam memikirkan. Tapi hati sudah nekad, hendak pakai.
Aidilfitri menjelma, sanak saudara berkumpul di rumah nenda. Aku kena pakai tudung!
"Kamu nak g mana pakai baju lengan panjang dengan tudung ni?" atuk tanya
"Tak panas ke pakai macam tu. Kau ni buang tebiat la" abang eddy ketawa
"Lengan tangan tu sinsing la kut ye nak basuh pinggan tu. Kotor baju!" Mak andak melancarkan serangan

SABAR! Malam menjelma. Semua sanak saudara tidur di bilik masing-masing tetapi disebabkan tidak cukup bilik, ada yang perlu tidur di ruang tamu seperti biasa. dan aku antara manusia yang tergolong dalam kategori ini. Lagi satu sebab, tak boleh nak berenggang dengan nenda. Mana nenda tidur, disitu tempatku beradu. Macam mana ni? tak kan nak tidur pakai tudung? ah, runsing sungguh! 
"Ala, bukak je la. cousin kau je pun. tak selesa nak tidur pakai tudung!" si tanduk mula berbisik
"Maaf la ye, aku nak pakai juga. biar la tak selesa pun. Sekian terima kasih" selimut ditarik
Malam melabuhkan tirai, subuh menjelma. AKU BERJAYA TIDUR PAKAI TUDUNG PERTAMA KALINYA :)

The END

Cerita ni ada kena mengena dengan diri sendiri jugak walau bukan semuanya. Sekarang ni sedang diuji sebab cousin duduk dekat rumah sendiri. Keluar bilik kena pkai macam nak keluar rumah. Memang seksa and tension. Duduk rumah tapi macam duduk kat luar rumah. peww.. but then, this is what i've promised to Allah, to myself. Semoga diberi kekuatan hati untuk terus bermujahadah.

 Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU