Sunday, October 21, 2012

Missing you


Assalamulaikum ~


Ya Allah, rindumya masa aku bersama denganMu~
Masa itu langsung tiada apa2 yang boleh menggugat cintaku padaMu
tapi sekarang, terasa suram.. Mana pergi aku masa lalu?
bila aku tekad untuk mendekatkan diri padaMu,
tekad untuk mengenali lebih mendalam penciptaku
Ah~~ aku makin rapuh.. Mana pergi aku masa lalu?
Aku gusar aku akan semakin menjauh..
Aku benci diri sendiri kerana aku rapuh
Seolah-olah semudah ABC janjiku padaMu
Bantulah hambaMu ini tuhanku..
Ku pohon sentiasa berada dalam lindunganMu
Ampunkan aku untuk diri yang rapuh ini..

evazalyneallen

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Sunday, July 1, 2012

Welcome to the REAL world..

Assalamualaikum WBT

Ya Allah.. lamanya tak update blog... Sedar2 dah July.. Bila dah mula kerja ni, memang sangat2 tak sempat. Dapat ke masjid dengar ceramah pun dah kira syukur.. huhuhu.. Now that i've entered the "REAL" world, i'm stunned with the fact that lots of people still take solat for granted. Sedih sangat2.. If only they knew.. tu baru bab solat. Yg mempersendakan solat pun ada. Itu memang buat teman berasap atas kepala, rasa nak lempang depa laju2.. Nasib baik tak boleh jer ( gaya macam berani pulak kan? hikhikhik).Rasa diri sangat2 lemah sebab kami golongan minoriti kat situ.. 3 vs berpuluh manusia yg gelar mereka muslim tapi..( faham2 je ye).. Berikan kami kekuatan wahai Yang Maha Perkasa untuk mengharungi hari2 kat situ.. kena stop kat sini, kalau tak berjela pula teman membebel nanti.. Habis keluar semua observations teman untuk "REAL" world nanti.. 7 hari 7 malam belum tentu habis.. ngeeee

On the other hand, there are sooooo many wedding invitations to be attend but unfortunately, i can't go.. Buat rakan2 yang telah dan akan mendirikan rumahtangga, semua rumah dan tangga yang dibina barakah.. Mawadah and Sakinah too~ I love you guys n miss ya all :)

p/s: doakan teman jumpa my other half asap juga ye ^ ^ >> pesanan ini yg utama dari pihak penaja untuk miss Hasa :p



Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, May 29, 2012

Sister, mahu nikah ya?


P : "Sister, mahu nikah ya?"
A : "Insya اَللّهُ mahu lah.. Kan sunnah Rasulullah.."
P : "Dah ada calon?"
A : "Alhmdulillah sudah, kan sudah ditulis sama اَللّهُ"
P : "Siapa dia?"
A : "Insya اَللّهُ dia adalah lelaki pilihan اَللّهُ"
P : "Mngapa mau nikah sama dia?"
A : "Insya اَللّهُ memilih dia kerana اَللّهُ"
P : "Bagaimana nanti ketemunya?"
A : "Yakin saja,اَللّهُ punya cara yang tak pernah kita duga. Percaya saja sama اَللّهُ "...
P : "Lah, kapan donk nikahnya?"
A : "hmm.. اَللّهُ Maha Tahu kok kapan waktu yang tepat dan terbaik"
P : "Trus, dmana ketemunya?"
A : "tenang... Masih di bumi اَللّهُ , kalau tu memang tidak di dunia, Insya اَللّهُ di syurganya اَللّهُ "
P : "jadi..."
A : "Serahkn pd اَللّهُ, niatkn tuk gapai ridhaNya semata. Insya اَللّهُ beres! ^_^"

#apapun yang berkaitan dengan rezeki (trmsk jodoh), jangan diletakkan di hati! "Tp benar2 serahkn pd اَللّهُ.."

sokong dgn ape yg ditulis~ heeee
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, May 25, 2012

Ciri-ciri Hubby AWESOME!



Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )- by renungan buat insan

I'm waiting for you my future AWESOME hubby ^^




Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Wednesday, May 23, 2012

Solat Itu Tiang Agama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Hari ini saya mahu berkongsi sedikit tazkirah yang disiarkan waktu Maghrib.. Pasal solat~
Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin juga ramai yang tak tahu. Disebabkan saya dah tahu, maka saya pun mahu share la ye. Ye la, Sharing is Caring, dan Knowlegde is POWER!! Bear that in mind ^ ^

Soalannya: KENAPA SOLAT ITU TIANG AGAMA?

siapa tahu angkat tangan!!! kekeke

Jawapannya: Solat itu merangkumi semua rukun islam yang lima. Macam mana tu?

Rukun 1: Mengucap dua kalimah shahadah
Dalam solat, rukun ini termasuk ketika bacaan kita duduk tahiyat awal/ akhir. Kalau tiada, tak sah solat

Rukun2: Solat
Yang ni, solat la kan..

Rukun 3: Puasa
Puasa itu menahan diri. Dalam solat, kita menahan diri dari makan, minum, bergerak lebih-lebih, tahan dari fikir hal dunia dan macam-macam lagi.

Rukun 4: Zakat
Zakat itu maksudnya menyucikan. Sebelum solat, kita wajib ambil wudu' untuk menyucikan anggota tubuh kita. Bahkan, tempat kita solat, pakaian kita mestilah suci dari najis dan kotoran

Rukun 5: Menunaikan Haji
Dlam menunaikan haji, kita ada tawaf keliling kaabah. Solat pula kita berkiblatkan kaabah

Haaa.. kan cukup semua 5 rukun tu! ^ ^

Solat la kawan-kawan.. Solat tu mudah. x payah byr duit macam nak pergi haji, x guna banyak masa, x perlu tahan lapar berjam-jam macam kita puasa. Kerana SOLAT ITU MUDAH (bukan dipermudahkan ye), maka ia menjadi tiang seri hidup kita..

*Jom nyanyi sikit lagu sepohon kayu*


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, May 22, 2012

"La Tahzan" Bila Nikahmu Ditolak

"La Tahzan" Bila Nikahmu Ditolak | iluvislam.com discover the beauty of islam


Nikah, Nikah dan Nikah, itulah persoalan yang sering bermain di fikiran mahasiswa tahun akhir,  malah remaja di  bangku persekolahan lagi sudah mula memasang impian untuk  membina rumah tangga, Benarkah begitu?
Tidak dinafikan lagi pernikahan mendapat "rating" yang tertinggi dalam soal masa depan seseorang, pernikahan juga adalah pengubat hati bagi mereka yang inginkan kebahagiaan dalam melayari arus kehidupan yang mendatang,  malah ia sudah menjadi fenomena buat pasangan bercinta untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Indah , bahagia dan penuh mengasyikkan bila berbicara soal ini, itulah aura penikahan.
Namun, sejauh mana kita bersedia memikul tangungjawab sebelum kata-kata penuh keramat dilafazkan?
" Aku terima nikahnya"
Sejurus terungkap kalimah penuh bermakna tersebut maka dengan sekelip mata sahaja seorang kekasih yang didambakan menjadi sah untuk dikongsi segala-galanya . Jangan hanya difikir keseronokkan apabila bunga  telah ditawan si kumbang, sebaliknya si lelaki perlu lebih bersedia dalam memikul setiap hak dan kebajikan isteri . Tidak usah terlalu memikirkan pakaian pengantin yang ingin disarungkan di hari penikahan, tidak perlu rungsing memikirkan tempat untuk berbulan madu apatah lagi terlalu menyempitkan fikiran dengan perkara remeh temeh lain, sebaliknya  bagi si suami apakah sudah bersiap sedia untuk memikul dosa si isteri yang menjadi antara saham utama untuk dipersoalkan di akhirat kelak?
"Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan ( isteri) , kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki)  atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya"( An-Nisa: 34)
Dewasa ini, terlalu banyak rumah tangga yang dibina berakhir dengan penceraian. Walaupun masing-masing telah diikat dengan ikatan yang sah tetapi si isteri dibiarkan hidup tanpa bimbingan agama. Suami pula langsung tidak  mengambil peduli tangungjawab sebagai seorang pemimpin keluarga, sebaliknya hanya membiarkan keluarga dibebani dengan masalah demi masalah yang akhirnya tidak menemui jalan penyelesaian.

ROMANTIK DI USIA MUDA
Gelojak jiwa yang bergelora dek angkara menahan nafsu yang meronta-ronta sudah pasti membuatkan akal sudah tidak dapat membezakan yang manakah harus diutamakan. Apakah benar rasa seumpama ini perlu disudahi dengan pernikahan? Ataupun menghabiskan dahulu sisa-sisa semester yang masih berpanjangan?
Situasi ini sudah menjadi lumrah buat mereka yang sudah "lulus" dengan ujian yang diberikan , malah ada yang terkandas dengan "kekeliruan" ,  sekaligus membuatkan persepsi "penikahan" itu dipandang dengan penuh tanggapan buruk.
" Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah"
(Riwayat suyuti)
Jika sudah saling mencintai di alam universiti tiada salahnya untuk kedua-duanya melangsungkan akad nikah bagi mengelakkan dari berlakunya fitnah. Persepsi bahawa pernikahan di usia muda hanya membawa kepada kebinasaan perlu dilontar jauh-jauh. Jika si lelaki sudah berkemampuan manakala si wanita pula telah menyatakan kesanggupan, ia merupakan satu bonus untuk pasangan itu melayari rumah tangga di usia muda.
BENARKAH SUDAH BERSEDIA ?
" Sudah 6 bulan kita mengenali hati budi masing-masing, boleh kita tamatkan dengan sebuah ikatan'? ujar si akhi
"Emm..mengapa terlalu awal? Rasanya elok kita betul-betul kenal antara satu sama lain" balas si ukhti.
Saban hari , sudah ramai yang terjebak dalam alam percintaan yang datang tanpa mengundang.
Begitupun, masih ada yang sedar bertapa sebuah hubungan yang berpanjangan tanpa ikatan bakal mengundang padah . Membiarkan perasaan syahwat berleluasa dalam hati hanya "melincinkan"  tugasan si syaitan yang menakluk hati yang asalnya diciptakan untuk melebihkan Allah dari segala-galanya.
Tetapi sayang, langit tidak selalunya cerah kadang-kala mendungnya terus berpanjangan, ditambah pula dengan hujan lebat dari langit yang disertai kegelapan, petir dan kilat hanya membuatkan sesebuah hubungan itu terlalu sukar untuk diteruskan. Harapan untuk mengakhiri sesebuah ikatan dengan sekurang-kurangnya dengan tali pertungan ditolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan.
Saat itu , jalan keluar ibarat sudah tertutup. Harapan yang bakal membawa kepada kebahagiaan hanya mengundang rasa kekecewaan dan kesedihan.Akhirnya kita dapat melihat bertapa mudah jiwa anak muda islam hancur hanya kerana bahana cinta!
Siapa sebenarnya yang tidak bersedia dalam hal ini? Jawapanya mudah. Sekiranya belum bersedia mengapa berani melafazkan cinta? Mengapa juga berani "menerima" cinta ? akibatnya ramailah yang tidak berjaya mengakhiri hubungan dengan ikatan sekaligus membuatkan hati dihimpit dengan tekanan , jiwa terus dibunuh rasa sesal yang berpanjangan sekaligus merosakkan hati yang perlu  segera diberikan rawatan.

HAKIKAT SEBENAR KEBAHAGIAAN
Kisah Yang dikongsi oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dalam bukunya iaitu " Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" benar-benar meninggalkan kesan kepada pembaca. Buku yang Mengisahkan bagaimana cinta yang diperhalusi dengan batas-batas syariat dari awal perkenalan hingga di hari pernikahan benar-benar mewujudkan rasa kerdil dalam diri. Itu mungkin kata-kata pembaca yang masih selamat dari jerangkap cinta. Namun ,bagaimanakah nasib mereka di luar sana yang tanpa diduga dihimpit dengan fitnah cinta? Niat pada awal perkenalan ingin menjadikan si dia sebagai pasangan hidup tetapi sebaliknya berlaku. Masih adakah ikhtiar untuk keluar dari situasi sedemikian?
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
( Surah Az-Zumar : 10)
Resipi menuju kebahagian itu konsepnya sama dengan mujahadah dalam perjuangan. Tatkala hidup inginkan keredhaan semakin itulah diri kuat diduga. Semua itu adalah kerana Allah ingin mematangkan kita dengan setiap dugaan tadi. Dakwah nabi dan para sahabat juga penuh dengan ranjau yang berduri. Bersusah payah demi islam tercinta sehingga sanggup mengorbankan nyawa di medan perang antara ujian untuk para kekasih Allah.
Mereka tahu islam akan bertapak di dunia dengan penuh gemilang, meraka yakin kemenangan telah dijanjikan dalam al-quran tetapi masih kuat berusaha untuk menempuh setiap ujian yang diberikan. Semuanya hanya kerana mereka yakin dengan satu perkara. Yakin bahawa resipi untuk bertemu kemenangan dan kebahagian hanya dengan menyusuri kesukaran pada mulanya.
Jangan sesekali berasa kecewa apabila ianya tidak berakhir dengan keinginan hati. Sebaliknya bangunlah dari terus dihimpit dengan kesesalan yang sia-sia. Terimalah setiap takdir dengan hati yang terbuka. Walaupun setiap perkara telah diusahakan namun bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya usaha telah dilakukan demi mencapai "status" hubungan yang diredhai Syarak. Musyawarah diantara kedua-dua belah pihak amat digalakkan bagi mengelakkan rasa kurang senang dan sifat dendam. Sebaik-baiknya Musyawarah dilakukan dengan pembabitan orang tua kedua-dua belah pihak. Lebih manis dan barakah, sudah pasti dihiasi dengan rahmat dari Allah.
Buat mereka yang masih dilanda dengan rasa keliru  hayatilah firman Allah di bawah ini semoga ianya bakal mengubat hati yang resah menjadi hati yang tenang lagi diredhai.
"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu meminta ia disegerakan"  
( Surah An-Nahl : 1)
Hakikat diuji dengan dugaan sememangnya menyakitkan, Ianya menyakitkan buat jiwa yang tidak mengerti erti syukur. Allah menguji tanda sayang, tanda kita dalam perhatian , Jadi andai kemahuan kita tidak ditunaikan tidak semestinya doa tidak dimakbulkan. Sebaliknya mungkin kita terlalu tergesa-gesa dalam mencapai impian ,sedangkan diri masih belum terkial-kial untuk mengharungi langkah seterusnya tanpa sebarang persediaan. Wallahualam.


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, May 19, 2012

I miss You

It has been almost 2 yrs~
I miss myself during that years...
please come back.. wake up before i be a lunatic T_T

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, April 3, 2012

Pemuda dan Syaitan

Artikel dari Iluvislam.com /hihi

Dalam Kitab Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah al-Maqdisy sempat mencatatkan sebuah kisah yang mahsyur mengenai keikhlasan. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hassan. Ayuh kita hayati kisah ini dan mengambil ibrah daripadanya.
Pada zaman dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai, seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata, "Aku akan menebang pokok ini."
Dia pun pergi bagi menebang pokok itu. Di pertengahan jalan, dia terjumpa syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau ingin lakukan?"         

Dia menjawab, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."
Syaitan berkata, "Jika kamu tidak menyembahnya, apakah mudarat kepadamu jika orang lain menyembahnya?"
Lelaki itu berkata, "Aku tetap menebangnya."

Syaitan itu berkata kepadanya, "Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi daripada melakukan perkara ini? Jangan tebang itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantalmu setiap pagi."
Lelaki itu berkata, "Siapa yang akan bagi?" Syaitan berkata, "Aku." Dia pun pulang ke rumah dan keesokan paginya, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya.
Pagi seterusnya, dia mengangkat bantal tetapi tidak menjumpai apa-apa. Serta merta dia menjadi marah dan berazam mahu menebang pokok itu semula.

Syaitan kembali menjelma di hadapannya dalam bentuk yang serupa dan berkata, "Apa yang kamu mahu lakukan?"
Dia berkata, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."
Syaitan berkata, "Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya."

Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya hingga jatuh tersungkur, lantas mengcekik sehingga hampir membunuhnya.
Kemudian syaitan berkata kepadanya, "Kamu tahu siapa aku? Aku adalah syaitan."
Syaitan berkata lagi, "Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok itu kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu.

Dengan dua dinar, aku berjaya menipu kamu dan kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut.
Oleh sebab itulah, aku berjaya mengalahkanmu." Muhasabah Pemuda tersebut adalah pelambangan diri kita sebagai hamba Allah, kedua-dua sifat itu maujud dalam diri kita yang serba daif ini.

Kita mungkin sahaja seorang yang ikhlas pada awalan babak namun berakhir dengan sebaliknya, atau sahaja mungkin kita bermula dengan terpaksa namun akhiran adalah keikhlasan dan kelazatan iman yang membuak-buak.
Al-Quran sendiri banyak kali menekankan mengenai keikhlasan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak diperintah melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas beribadat kepada-Nya, malah tetap teguh di atas tauhid." (Surah al-Bayinah, ayat 5)

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud:

"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan kepada Allah) ialah segala ibadat dan amalan yang suci bersih (daripada segala bentuk kesyirikan)." (Surah az-Zumar, ayat 3) 

Jelas dan nyata umat Islam perlu ikhlas malah diwajibkan ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Bukan sahaja dalam ibadat khusus, dalam setiap amalan dan perbuatan harian yang lain juga mesti diikhlaskan kerana Allah.
Ini kerana lawan kepada ikhlas dalam berakidah kepada Allah adalah syirik kepada Allah, dan sebesar-besar dosa di sisi Allah adalah syirik.

Muaz bin Jabal meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Ikhlaskanlah (amalan) agama kamu, nescaya amalan yang sedikitpun akan mencukupkan kamu." (al-Hakim dan al-Dailami, disebut juga dalam Jami' As-Sangir karangan Imam as-Sayuti) 

Ujian keikhlasan Waktu keikhlasan paling teruji adalah ketika dalam solat, sama ada wajib ataupun sunat.
Sebagaimana yang dinyatakan, kita mungkin bermula dengan penuh keikhlasan namun berkakhir dengan sebaliknya dan mungkin kita bermula dengan kurang memberikan perhatian namun tiba-tiba terasa nikmat dan kelazatan raja' kepada Allah saat dalam rukuk dan sujud dan sebagainya.
Solat adalah medan yang terbaik bagi menguji keikhlasan. Kalau dalam solat kita boleh berlaku ikhlas nescaya dalam urusan dan ibadat lain juga tidak menjadi masalah.

Diceritakan kepada kami dalam satu kuliah, ustaz berkata, "Kalau mahu tahu seseorang itu ikhlas atau tidak dalam solatnya, maka lihatlah apakah kualiti beliau bersembahyang di masjid sama dengan kualiti beliau sembahyang seorang diri di rumah atau depan lembu!?" Kata kuncinya adalah usaha.
Allah menyatakan yang bermaksud: "Maka berazamlah, dan bertawakal kepada Allah."

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, April 2, 2012

Solat dan bersabarlah sayangku..

Assalamualaikum~

just a nice reminder from the love letter of our creator for us :)




“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” - (2:45)






Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, March 16, 2012

KUNCI & RAS~

In the name of Allah, the most gracious...

Today just want to share something that i saw on tv.. Al kuliyyah tv3

buka2 tv, muke ustaz badlishah.. terus x jadi tukar chanel.. tajuk pn cm best kan, "Nikah gantung" kekeke
disebabkan bukak tv pn dah separuh jalan siaran, maka sikit jela dptnya..
disebabkan hamba Allah sorang ni tak berapa nak reti nak terang maka nak share ayt menarik dari ustaz..

To all men out there, if you wanna get married, please do.. tapi biar cara yang betul.. kena ada 3 RAS dan 3 kunci..

RAS;
1-BERAS (ekonomi)
2-WARAS
3-KERAS


KUNCI;
1-KUNCI KERETA/MOTOR
2-KUNCI RUMAH
3-KUNCI PEJABAT (kerja)


kalau nak dengar yg penuh boleh tengok dekat laman web tv3~ /nobigdeal

Kembara kita bersama menuju destinasi cintaNYA

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Sunday, January 8, 2012

JAJA & DIN

Assalamualaikum to my dear life~
OK, i still have this habit, whenever an exam coming, i have to write something.. and usually, its MEANINGLESS but bear with me..
Tapi sebelum pape, Selamat menyambut tahun baru ye kawan2! ALHAMDULILLAH ALLAH PANJANGKAN USIA KITA untuk setahun lagi dan semoga sempat lalui ramadhan lagi..
Oh ye, tahun baru mesti la ada azam baru kan?? apa azam anda untuk tahun 2012?
nak tau azam cik fatin ape tahun ni? TADA!!! ce tgk title kt atas tu? hehhhe
barang siapa baca, tahu la maksud beta(cewahh!!)
target 2012, to meet my "ustaz din" and i wanna be that jaja.. well, dari segi sikap la kot but not other things..
I've been smitten with him though it's fictional and to have someone like him was like > ARE YOU OUT OF YOUR MIND? berkumandang dalam otak ni ha.. see yourself before u ask for someone like him.. huhu
Nevertheless, tak rugi pun kan berangan? hikhikhik.. sebab apa? Allah tu dah janji lelaki baik untuk wanita baik dan sebaliknya? Cik fatin tak mengarut tau bab ni.. cuba semak Al-quran surah An nur, ayat.. korang carik la sendiri (saja nak umpan suruh bukak n cari sendiri,hehehehe).. So azam untuk 2012.. *drum roll* memperbaiki diri sendiri, semoga lebih baik dari tahun lepas!! yeay! Ustaz din tu just pemangkin semangat je sebab yang lebih penting berubah kerana Allah dan diri sendiri.. jadi, ape lagi cik fatin? STOP WRITING AND START STUDYING la!!! bye2..

yours truly,
miss fatin
10days to graduation syndrome

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU