Sunday, October 31, 2010

Duhai Hati Janganlah Terkorban dengan Dunia

Dengan nama Allah yang maha Halus lagi maha Mengetahui,
Today i found a good article to console my heart. Full of turbulence and confusing thoughts keep on popping out of nowhere.. Tenanglah wahai hati :)

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)
Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?
Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna..

Source:ILUVISLAM

To myself: Jangan putus asa sayang! keep ur chin up, face the world! SAYGERO!


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Wednesday, October 27, 2010

Masa itu Kembali

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Masa itu kembali lagi.. Masa ape? Masa EXAM! So, now we're reaching the final examination period. For me, within 2 more days! tapi study nyer x gerak2 jugak.. aduh~  but then, everyone, work hard, pray hard! Wishing you all the best in your exam! daaa~

( p/s: alhamdulillah.. ade blog baru utk tatapan sendiri.. heheh)
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, October 18, 2010

Baiti Jannati

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sabda Rasulullah SAW: “Yang terbaik di antara kalian adalah yang memperlakukan keluarganya dengan baik. Dan aku adalah yang terbaik memperlakukan keluargaku.”
 Sekarang memang terasa benar kelainannya. Meluangkan masa bersama keluarga tercinta. BETUL-BETUL meluangkan masa bersama keluarga. Bukan setakat melihat muka dan bertanya khabar kosong campur dengan nada tak ikhlas macam zaman jahiliyah dulu. Masa zaman tu memang terkenal dengan sikap "buat derk" dan hidup dengan dunia sendiri..terasa KOSONG! Sungguh kosong. Now.. kekosongan itu mula terisi sedikit demi sedikit..  My house now is a HOME! not just a house anymore :)

Defini sebuah keluarga bahagia bagi saya.. Ibu bapa menjalankan tanggungjawab, mengambil berat dan memberi kasih sayang terhadap anak2. Anak2 juga menjalankan tanggungjawab mereka,belajar, menghormati dan mentaati ibu bapa. Tak lupa kasih sayang dengan adik beradik yang lain. Sekiranya setiap individu yang memegang jawatan like mak, abah, abang, akak,adik etc yang seangkatan dengannya, maka company tersebut akan jadi teguh. Dan rumah itu bukan hanya sekadar "house" but a "home".

Satu masa dulu..ntah berapa kali tak puas hati dengan mak abah.. mengutuk adik abang, meninggi suara dengan opah atuk, Uncle n auntie etc.. Astagfirullah.. Korang pn mesti penah kan? but then i'm much worst! Bila hati mula terbuka, mata melihat dengan persepsi yang lain.. Ah.. BERDOSANYA.. Saya pasti ramai yang tau, mengatakan Ah sekalipun pada ibu bapa dah boleh kira derhaka. but then, kita still buat. KAN?Mungkin kerana KITA TIDAK TAHU MENGHARGAI MEREKA. Itu manusia.. MANUSIA MEMANG SUKAR MENGHARGAI SESUATU DI DEPAN MATA SEHINGGALAH MEREKA KEHILANGANNYA..

Dulu penah x cakap macam ni? " Weh, mak ayah kau cool la!" " Baik gila akak kau!" " Sempoi la
 abang kau!" then mesti sambung, " Kalau aku punya parents/abang/kakak/adik macam tu kan best?" tapi kenapa tak sambung dengan.. " parents ko best la tp parents aku gak yang terbaik dekat dunia ni! " Membanding-bandingkan keluarga kau dan keluarga aku. Seolah-olah mempersoalkan nikmat yang Allah bagi pada kita. Siapa kita yang mahu mempersoalkannya?
“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (al-baqarah:216)
Dia yang lebih mengetahui kenapa kita dilahirkan dalam keluarga sebegitu.. Andai kita ditukar tempat seketika pun join that superb family yang kita cakap the best tu, pasti kita still akan tengok ada family yang lagi best. Thus, the comparison won't stop.Sentiasa tak puas hati!

Bersyukurlah dengan apa yang telah diberi. Bayangkan mereka-mereka yang langsung tiada keluarga dan sanak saudara.Mulai sekarang mari kita sama-sama mula belajar mensyukuri dan menghargai. Mungkin esok lusa kita akan kehilangan mereka. mungkin juga kita yang akan pergi dulu. Peringatan buat diri sendiri dan kita semua :)

Rumah itu SYURGA dunia~ oooo.. baru mengerti sekarang. Syukur belum terlewat :). Mode berangan untuk membina syurga dunia yang lebih hebat bersama CEO yang kat atas sana dan manager yang masih belum ditemui.. hehehe

P/s: YA ALLAH,RAHMATI KELUARGA KU, REDHAI KAMI DAN TEMPATKAN KAMI DI SYURGAMU. Amin~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, October 9, 2010

Sukarnya nak jadi baik

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Mengetahui isi hati

Adakah jadi baik tu bermakna..
Kita boleh ditindas?
Kita tidak boleh marah?
Kita tidak boleh menyuarakan perasaan kita?
Kena diam sentiasa?
Buat tuli mata,telinga dan segala?
Kita bukan manusia biasa yang langsung tidak berperasaan?
Perlu hipokrit?
Perlu ubah semua sikap lama dalam sekelip mata?
Perlu dihenyak semua ego dan harga diri?

Sukarnya nak jadi baik. Berikan aku kekuatan.. Sukarnya ya Allah T_T
Bila tiang yang fungsinya menyokong tapi hanya separuh yang betul2 memberi
Semua akan meninggalkan aku dan di akhirnya, aku hanya ada KAMU, ya Rahman

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, October 1, 2010

JOYEUX ANNIVERSAIRE MON AMIE!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui

Alhamdulillah, lepas dua minggu yang menyakitkan jiwa dan raga. Semoga Allah bagi kekuatan untuk melalui minggu-minggu berikutnya. Dengan assignment yang bergunung dan x henti2 ditambah, diri masih bersyukur kerana diberi nikmat untuk melihat, mendengar, berfikir, tidur etc.

Sanah Helwah buat sahabat tercinta, her 22nd birthday yesterday dan aku hampir terlupa dek ditelenggami dengan nota- nota Design and Optimization. Asif jiddan! Semoga dirimu dirahmati Allah selalu, panjang umur dan cepat kawin! > Amin.. teringin nak pegang baby! semoga cepat cik tqah cari calon :) Lat but not least, mari kita sama-sama menamhah pecutan kepada Allah kerana tiada sape tau mungkin ini hari jadi terakhir kita dan semoga kita jadi orang yang beruntung ni~


beruntunglah bila hati mengenal Allah

beruntunglah bila diri merindu Allah

beruntunglah bila jiwa berharap Allah

beruntunglah cita-cita hanyalah Allah



Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU