Monday, July 19, 2010

Malam Amal Palestine di Hati

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang..

Hari ni kelas masih belum mula sepenuhnya jadi masih ada masa ber"blogging". dan hari ni nak guna "Ana".. Hehehe~ Semalam telah berjaya diadakan Malam Amal Palestine di kampusku, anjuran HALUAN cawangan kuantan. Pelajar-pelajar dari universiti sekitar kuantan turut menghadiri, tidak kurang juga dengan golongan masyarakat yang perihatin.Auditorium penuh sesak dengan orang ramai menanti program dimulakan. KALI PERTAMA, diri menjejakkan kaki ke majlis bertemakan palestine..
Program dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran dari seorang pelajar maahad tahfiz dan diteruskan dengan ucapan aluan dari director of campus. Nasyid dipersembahkan oleh pelajar2 UIA dan deklamasi sajak oleh Bro. Zulkifli yang sangat meruntun hati. Terasa bersalah kerana sebelum ana yang "baru" muncul, ana yang "lama" hanya mengambil mudah isu ini. ALLAH, berdosanya hambaMu ini~
Kemudian majlis diserikan pula dengan persembahan nasyid dari kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia.Lagi sekali, buat PERTAMA KALI, terdetik dihati ana, "Ah, berhibur dengan nasyid pn apa kurangnya. Not bad!". Malah ana rasakan lebih hebat dari konsert TVXQ yang pernah ana hadiri dan membelanjakan RM500 semata-mata mahukan seat VIP! Ruginya diri.. RUGI! Tapi sekarang, laptop, hp dan mp3 dipenuhi nasyid dan ayat2 Al-Quran penenang jiwa. Lebih2 lagi tatkala terasa kehilangan~ Sekarang ana adalah peminat SHOUTUL HARAKAH!! yeay!
Diselangkan dengan main program, ucapan dan slideshow dari aktivis yang meyertai MAVI MARMARA. Yahudi memang manusia DURJANA! Kejahatan mereka, kezaliman mereka, Ya Allah, sangat.. tidak berperikemanusiaan. NO HUMANITY! Wajar juga digelar binatang barangkali. Patut la kakak pesan jangan sesekali bersangka baik dengan mereka ni. Dan pabila slideshow ditayangkan, hanya air mata mengalir (bingung dengan air mata yang semakin murah sejak bercinta dengan Allah ni.), diri terkaku.. Ana menitiskan air mata kerana melihat saudara-saudara dikasari, ditembak mati dan cedera. Tapi bukan itu penyebab utama. ANA DENGKI DENGAN MEREKA YANG TERKORBAN KERANA MEREKA MATI SYAHID! Jealous, green with envy! Alangkah baiknya jika itu diri ini. Soalan yang paling mengasak, kenapa sekarang baru ana menyedari, membuka mata? Astagfirullah~ Diri ini masih bersyukur ya Allah kerana masih diberi hidayah dariMu.. Ana akan meneruskan mujahadah ini dengan kekuatan dari Ilahi. InsyaAllah~
 Program berakhir jam 12 malam, dan menunggang motosikal di dalam kegelapan bersama roommate, sampai jua di villa tercinta yang letaknya agak jauh di luar kampus. Risau juga namun digagahkan hati untuk pergi ke majlis ni.. Alhamdulillah selamat.. hehe.

NotD: " waaa.. fatin pakai stoking tangan~" nasib x tergelak guling2 kat situ. tu belum pakai lagi tudung bidang 60 yang dh dibeli smlm. Tggu dan lihat je la ye :D

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment