Monday, July 5, 2010

Hadis 1

In the name of Allah, the most beneficent and the most Merciful,

Hu~ Akhirnya dapat jugak usrah ngn kakak smlm. Jarak jauh punye usrah guna YM. Sorang kt Malaysia,Sorang kt Moscow,Russia. Member yang kt India je x join sbb busy~ Bila kita betul2 nak ilmu, jauh mana pn dapat gak :D. Okeh, apa yang dibincangkan semalam? Kakak share hadis satu dari koleksi hadis 40 imam nawawi. Pernah hafal 2 or 3 hadis dlm hadis 40 ni. tp hafal pn untuk ujian naik pangkat sarjan KRS dulu. So biase la, LUPE~ sedih2.. pasni sy try hafal balik,insyaAllah~

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ni dikeluarkan semasa hijrah Rasulullah bersama sahabat dan mereka2 yang lain nak hijrah dari Kota Mekah ke Madinah. Dikalangan mereka yang berhijrah tu, ada seorang pemuda yang hijrahnya kerana seorang perempuan yang mahu dikahwininya, Ummu Qais yang dok kt madinah. Ummu Qais ni habaq la kt mat tu, "hang nak kawin ngn aku, hang mai dtg madinah" > ini adalah bhs sendiri ye~ Ni peristiwa yang bersangkut paut ngn hadis ni.
Tapi yang nak bincang kat sini is about niat. "Niat tu ape?" kakak tanya. "hrmmm akak tanya sy yg fail nak explain ni lingkup le. tp cuba ye. Niat tu benda yang kita nak buat. ye? betoi ke?" jawabku. "Boleh la tu. Ade la kena gak sipi2" tersengih je time ni walaupn kakak x nmpk n just dgr suare. "Niat tu apa yang terlintas kat hati kita." kakak sambung. "OOOO.. betul2. tu la nak cakap td~ heheheh"

Discussion di teruskan. First verse,amalan itu bergantung kepada niat. Niat tu penting sebab dengan niat, boleh dibezakan samada apa yang kita buat tu sekadar ibadah atau pun adat. Contohnya makan. Kalau kita niat makan untuk kenyang je, tu jadi sekadar adat, benda yang kita just buat sebab kita lapar. Tapi makan tu jadi ibadah bila kita niat kita makan kerana nak tambah tenaga untuk lakukan ibadah kepada Allah. Kat sini yang BESTnye, kita siap dpt pahala lagi selain kenyang.. Sama gak solat. Adakah kita solat untuk sekadar mengikut mak ayah kata kena solat? Sepatutnya kita solat sebab kita ni nak jadi hambanya yang bersyukur dengan semua nikmat yang dikurniakan, kerana Allah kita buat ibadah tu.
Next, pasal apa yang kita niat, itu yang kita dapat. Dalam hadis ni sebut kalau hijrah mereka niat kerana Allah dan Rasulnya, maka itu yang dapat. Kalau hijrah mereka sebab2 lain,itu yang mereka dapat. Pemuda yang hijrah kerana nak kahwin dengan Ummu Qais itu dapat kahwin ngn dia tapi itu je la dia dapat sedangkan mereka2 yang lain dapat keredhaan Allah dan reward.  Rugi dah kat situ~
Pastukan, punya la susah nak jaga niat ni. Bukan sekadar time niat tu je tp after that pn kena jaga. For instance, ada orang datang rumah kita. Kita lain dia baik2, first class punya, sebab Allah suruh memuliakan tetamu. Then 2 years later, kita ziarah pergi rumah dia tapi dia layan kita mcm hape je. Siap kata "buat mcm rumah sendiri eh". Dalam hati kita kemudian terlintas la " Ish, dia ni, dulu dia datang rumah aku layan macam raja. Sekrang aku pergi rumah dia, dia layan gitu-gitu je". Haa! time ni niat kita buat baik dgn dia sbb Allah suruh dulu dah terpesong. Habis reward kita dapat dulu pree melayang.. ADEH~ SUSAH KAN? tapi kakak pesan, oleh itu kena selalu perbaharui niat kita bila dh terpesong tu. Kita manusia biasa, so nak maintain tu mmg payah.Cuba buat sikit2.
Lagi, niat tidak meghalalkan cara~ kuikuikui. Contoh terbaekkk, COUPLE! "Xpe2, kita kapel x mcm orang lain. Kita x pegang2 tangan, kita selalu bagi tazkirah sesama kita, sy nak tolong awak,kita jadi baik sma2..blablabla" Memang ada manusia mcm ni konon couple n siap cakap niat mereka baik, tak buat pegang2 semua, bagi peringatan sesama sendiri etc. TAPI, ALLAH DH SEBUT DALAM SURAH AL ISRA AYAT 32;

"Dan JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji.dan suatu jalan yang buruk"

Memang korang tak buat pegang2 peluk2 tapi Allah dh kata JANGAN DEKATI ZINA. So couple tu sendiri dah satu langkah ke arah tu. Niat baik macam mana pun, tetap salah. ADE PAHAM? lagi satu contoh, orang tu nak bina masjid.Tapi dalam dia nak bina tu, dia g kumpul duit guna cara ribaa' la, rompak bank la.. tu pn dh salah niat tu.
Demikian jugak amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, tapi kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

tu je kot leh share.kalau ade salah silap tolong betulkan ye ^_^

Notd: Semakin dekat hari nk balik kampus ni, makin RESAH hati~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment