Tuesday, January 25, 2011

Let's get Married!

In the name of Allah the most Beneficent, the most Gracious~



Hehehe.. (gelak2 sket~)  okeh cool down.. orait2.. Tajuk kt atas memang selalu dielakkan oleh penulis. Penulis tak termasuk dalam golongan yang memikirkan sangat hal tersebut kecuali untuk gurau2 usik orang. Dulu lagi dasyat, i opposed marriage system (sakit gamaknye budak ni.. ish3x) Tapi bila mula mendalami Islam itu, baru penulis paham, kenapa perkahwinan itu perlu.. Sebenarnya banyak benda yang perlu dipelajari untuk melangkah ke alam baru ini. Bukan sekadar dah dekat tarikh baru nak terkial-kial hafal itu itu, baru nak blaja masak itu dan ini. Time nikah tergagap-gagap bile pak kadi tanya. Hohoho~

One fine day, penulis berjaya "menggerakkan" diri  pergi ceramah  pasal perkahwinan (bukan kursus kawin ye) di kampus.! Manusia yang datang berduyun-duyun. Ramai banget! Penceramah yang hadir senyum kambing je tengok. Antara ayat pembukaan " Saya perasan asal taruk tajuk ceramah ada perkataan kawin, cinta mesti penuh!" Penulis dan rakan2 hanya mengangguk sambil sengih cm kerang busuk. Biasalah tu kan? kalau pasal moral, sejarah islam ke, etc separuh dewan pun payah nak penuh! Hehehe. Time ustaz gurau ceramah ni untuk orang yang betul2 nak kawin, dah tak sabar2 sangat, penulis dan rakan2 nak angkat kaki dah lari tapi dah sampai, takkan nak lari kut! Lagipun ni boleh kira sebagai ilmu persediaan ke arah alam baru ni.

Soalan dari ustaz, kenapa nak kawin? Rata2 ustaz kata jawapan skema yang kami semua kutip dari buku sasbadi, fajar bakti, pelangi etc adalah nak mendapatkan zuriat dan mencari keredhaan Allah. Sengih lagi..Sangat sakit perut gelak~  Dulu pernah tengok satu drama ni pasal perkahwinan. Ayat peberet,what does a marriage mean to you?  The spouse leaving their family and past behind in order to create a future together  (not really agree with the leaving family thing though.. huhu). Basically script writer drama ni cuba tekankan dalam perkahwinan tu, banyak benda. LOVE, COMMUNICATION,HONESTY etc. Tapi bila dengar ceramah ni, my view change a bit.Semua yang diceritakan tu hanya element2 penting dalam perkahwinan je.Sebenarnya yang penting adalah kemana hala tuju kita dengan perkahwinan tersebut.  Ke mana destinasi kita selepas perkahwinan tu? Perkahwinan tu bukan macam kisah cinderella "and they live happily ever after" semata-mata (teringat bila baca buku bukan pernikahan cinderella.. heheh) Matlamat setiap pasangan pastinya nak perkahwinan tu kekal kan? Tapi hanya ke akhir hayat ke? Sehidup semati je?
Tak, kita boleh pergi jauh lagi daripada tu. SAMPAI KE SYURGA! sebab itu adalah yang kekal selamanya.

Diceritakan kisah seorang mak cik ni. Suaminya dah lumpuh 5 tahun jadi dialah yang menaggung keluarga. Anak ramai dan gaji pun kecik je. Depan suaminya, dia sentiasa tersenyum, rileks macam xde apa. Bila dia cakap nakkeluar pergi beli barang masa ustaz datang melawat tu, ustaz pun intai~  Rupa-rupanya dia sedang menangis. Bila masuk balik, dia punya air muka macam tadi, rileks, xde masalah. Ditakdirkan suaminya meninggal beberapa mggu selepas tu (emmm.. x ingat.. heheh) dan mak cik ni pun call ustaz cerita pasal hubby dia. Sebelum suaminya sebut Allah dan meninggalkan dunia fana ni, dia cakap " Abang tunggu sayang di syurga". So sweettt!!  dan mak cik pun cakap dia akan tuntut janji arwah suaminya nanti.

Kalau kawan2 nak tau, jadi wanita ni sangat senang masuk syurga!  Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, dan suaminya REDHA terhadapnya sewaktu kematiannya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Hehehe, bangga penulis menjadi wanita. Tapi bukan mudah ye! Mujahadah yang sangat kuat diperlukan dan DOA!

Persedian ke arah ni sebenarnya mungkin dari kecil tapi bukan semua sedar. Contohnya, anak perempuan dibiasakna untuk bermain dengan barbie doll dan play house. Bermain dengan anak patung ni boleh  menanamkan perasaan kasih sayang didalam diri anak tersebut. ( hu, budak yang tulis ni x pernah main dengan anak patung, jadi die kureng sket perasaan.. ngeh3x). Sama jugak dengan main masak2.. Mungkin boleh menanam minat suka untuk memasak. Yang lain, rajin2 kan diri membaca dan pergi dengar talk. Malas nak bergerak, ( mcm penulis ni) bukak radio dengar sudeh. Tak pun dunia siber sekarang, baca la dekat blog ke, forum ke.. Pilih yang mnae seswai dengan kita. Konklusi untuk bebelan ni, Penulis banyak lagi nak kena blaja pasal benda ni!

Special untuk kakak, Tahniah! Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke syurga. AMIN~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, January 20, 2011

Hevea Brasiliensis

Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana

Just came back from commercialization class.. Nak share something yang buat hati rasa kagum dengan ciptaan Allah. Sungguh DIA MAHA BIJAKSANA! Nak tau Hevea Brasiliensis tu ape?


Scientific name for POKOK GETAH sebenarnyer. hahaha. Nama gempakkan?? Yang nak cite bukan pasal nama dia, tapi how remarkable Allah is to create such a tree! Eh, ade gtau kan i'm a scientist to be? InsyaAllah, a useful one :)
Pokok ni asal dari Brazil tapi main producer sekarang is South East Asia Country and Malaysia in no 4 producer in the world. Nak cite camne dia di bawak masuk Malaysia, korang semak la buku sejarah balik eh~ heee
Hah, kuar topik lagi! OK2.. Pokok getah ni yang paling menarik ialah dia boleh generate the same volume of latex just in 48 hours. Maknanya, boleh toreh setiap 3 hari! Such an amazing tree isn't it? (maybe i'm the only one find it amazing.. heheh). Ada ke pokok lain dalam dunia ni, kita harvest and boleh replenish in such a short day? dan proses ni boleh berterusan untuk 35 taun! Kaya2~  Oppss!! lari lagi dari tajuk. Sekarang dengan Transgenic proses, makin banyak kegunaan getah especially latex . Lebih2 lagi dalam pharmaceutical sector. Pelbagai reseach sedang dijalankan to produce recombinant protein yang boleh bantu banyak bidang perubatan.Paling baru adalah human serum albumin x silap. Some function of this protein are;
  • Maintains oncotic pressure
  • Transports thyroid hormones
  • Transports other hormones, in particular, ones that are fat-soluble
  • Transports fatty acids ("free" fatty acids) to the liver
  • Transports unconjugated bilirubin
Jadi observer of nature ni memang menarik. Semakin mendekatkan hati dengan Allah. BEST TAU! Kejadian2 alam ni hanya berlaku dengan keizinanNya. Sungguh, Allah itu maha Bijaksana!

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, January 17, 2011

Pena tersungkur

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

UHuk2~ huaaaaa.. sangat2 upset dengan diri sendiri. Nak menulis tapi idea x keluar. Penat sental, perah, gosok pun x mau keluar. Adus~ Bukan tak mau update tapi kalau setakat menulis without good info, rase x seronok! Lagi teruk, salah info! Dulu sangat banyak membaca, so itu le zaman kegemilangan menulis smpai cikgu puji. Sekarang, semua tunggang langgang. Bahasa Melayu x yah nak cakap la, English pn cmtu. Everything becoming rusty~ Jadi, apa konklusi kita ari ni? BANYAKKAN MEMBACA! Sekian terima Kasih!

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, January 15, 2011

Dimana Subuh Kita?

Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...
Ke manakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.

Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
 from :iluvislam.com
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, January 6, 2011

Islam Pak Kadok

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Buka sahaja dimana-mana forum mahupun difacebook kini dan amat mudah kita melihat ramainya golongan seperti ini menjuarai gelanggang cerita dan debat agama. Cerita agama kini bukan cerita yang seharusnya menjadi bahan didikan yang mendahulukan ilmuan tetapi menjadi topik dan bahan sembang yang hangat seperti menjaja kacang putih dan kacang botak.

Tanda-tanda kiamat telahpun banyak dan tidak hairan kaum seperti ini juga semakin banyak. Kerana itu sabda Rasulullah yang menyeru supaya golongan ini dihapuskan. Dihapuskan disini janganlah kita ertikan ke tahap membunuh atau memancung kepala mereka. Itu namanya tak ada beban mencari beban. Menghapuskan golongan ini bermaksud kita mencegah dan mengutuk budaya ini supaya ia terhapus daripada budaya dan masyarakat Islam itu sendiri.

Sekiranya kita membiarkan golongan ini berleluasa, tanpa ada tindakan menghalang dan membasmi, maka mereka inilah yang akan menyuburkan kelahiran manusia-manusia fasiq yakni golongan yang berdusta dan mendustakan agama. Mereka bukan sahaja terkeluar daripada agama malah boleh menyebabkan ramai lagi umat Islam yang akan terikut keluar pemikiran mereka dari pemahaman Islam yang sebenar.

Islam Pak Kaduk
Cerita Pak Kaduk adalah cerita masyhur orang Melayu yang diwarisi turun termurun. Di zaman moden ramai yang tidak menghargainya mungkin kerana cerita Pak Kaduk tidak membantu dalam membina kelebihan. Pak Kaduk itu sendiri kisahnya adalah seorang yang tidak berilmu dengan tindakannya yang banyak menyusahkan diri sendiri.

Di sini cerita Pak Kaduk adalah kisah yang paling sinonim. Pak Kaduk menang sabung kampung tergadai. Demikianlah juga kisah orang kita yang menang debat tetapi agama tergadai. Ramai orang amat sukar berbincang ilmiah dan selalu ingin menang berdebat dan sudahnya beratus-ratus hadith dan ayat Al-Quran menjadi dalil dan bahan sokongan isi debat mereka.

Adakah mereka ini orang yang mahir atau memahami agama? Tidak dinafikan ada golongan yang tahu dan mengetahui tetapi golongan yang tidak mengetahui itu lebih ramai. Ramai yang menjadi 'Ustaz Google' dan 'Ustaz Search Engine' untuk mendapatkan nas dan dalil dari blog dan website sebagai bahan aktiviti perang mulut yang tidak berfaedah. Adakah mereka ini membuat pengesahan bahawa huraian dan sumber itu adalah betul? Adakah hadith yang diambil itu adalah sahih atau daif? Adakah benar huraian ayat Al-Quran itu mereka cerakinkan dengan kaedah yang betul? Adakah mereka merujuk orang yang mahir dalam agama sebelum mereka mengeluarkan pendapat yang bakal dibaca dan dirujuk orang lain sebagai panduan? Adakah mereka ingat Islam ini agama yang tidak ada kaedah?

Jadi apa bezanya mereka ini dengan Pak Kaduk? Menang bercerita tetapi kesan kerosakan daripada huraian agama itu membuatkan agama tercinta ini semakin tergadai. Bukankah perosak agama ini harus kita basmi supaya ia tidak berleluasa?

Apakata Jika Anda Tergolongan Dalam Golongan Ini?
Saya sendiri adalah salah seorang yang dahulu turut tergolong dalam golongan ini. Sungguhpun saya mempunyai asas agama dan mempelajari ilmu syariah, fekah, tauhid dan sebagainya dibangku sekolah dan kolej, tetapi saya sedar saya bukanlah pakar. Ada orang yang lebih pakar dan mahir harus dirujuk untuk mempastikan saya tidak mengeluarkan huraian salah yang mana boleh jadi menjadi rujukan sesat bagi orang kurang bijak.

Tanyalah diri anda adakah anda pernah melakukan perkara sedemikian rupa? Sekiranya ada, maka tidak susah benar untuk membetulkan keadaan. Tidak juga ia bermaksud anda harus berhenti daripada berdakwah dan menyebarkan syiar Islam ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah mendalami ilmu agama itu dan merujuk kepada orang yang mahir serta berguru.

Hakikatnya apabila kita makin mendalami agama itu, maka fahamlah kita semakin banyak yang kita tidak tahu dan perbetulkan. Satu-satunya perkara yang menyukarkan kita memahami perkara ini ialah ego dan minda yang terjajah. Kita banyak terfikir bahawa apabila kita diam, mengalah dan memberi muka, maka kita adalah orang yang kalah. Tapi kita selalu lupa bahawa kemenangan dalam Islam bukanlah kisah menang berdebat dan bercerita tetapi kemenangan dalam kebenaran.

Perjuangan Itu Sukar
Perjuangan itu bukanlah satu kisah atau terma yang menggambarkan perkara santai dan menyeronokkan. Ia menggambarkan satu kepayahan, kesabaran, kesungguhan, usaha yang mantap, kebijaksanaan dan tawakkal. Kerana itulah umat akhir zaman ini dijanjikan dengan pahala yang besar kerana perjuangan itu sukar dan sentiasa dipenuhi dugaan.

Salah satu kesukaran ialah peperangan melawan nafsu dan kelemahan diri. Hari ini anda melihat sahabat-handai dan orang lain membina kejayaan melalui kekayaan. Jauh disudut hati teringin memiliki dan berjaya. Tapi anda sendiri tahu bahawa kejayaan dalam hidup itu mempunyai definisi yang lebih besar.

Sekiranya anda tidak mampu menanggung dugaan perjuangan akhir zaman, usahlah anda menyerahkan diri untuk ketahap itu. Ini adalah kerana anda sendiri boleh lemas dalam perjuangan yang akhirnya merosakkan agama. Buat apa yang termampu. Sokong dan bantu mereka yang mempunyai kekuatan. Usah cuba menjadi 'hero' atau panglima kerana itu lebih kepada 'syok sendiri'. Kisah perjuangan dan keperwiraan bukan kisah mencipta pangkat atau 'title' sendiri.

Al-Quran itu turun secara 'munajjaman' yakni beransur-ansur. Dalam perjuangan kita juga harus beransur-ansur dan berstrategi. Usah terjun ke gelanggang sekadar untuk mati atau jadi bahan belasahan. Lakukanlah sesuatu perkara itu dengan praktikal dan memberi kesan yang hakiki. Semoga niat kita untuk berubah dan menyumbang dengan keikhlasan diberkati Allah. Selalulah berdoa semoga mendapat petunjuk agar tidak terpesong, sesat dan menyesatkan.

Source:ILUVISLAM

notd:am i? perlu lebih pantas bergerak kepadaNYA
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, January 1, 2011

2011

ALHAMDULILLAH  , TUHANKU MASIH MEMBERI PELUANG UNTUK BERNAFAS DI MUKA BUMI MILIKNYA.

Semoga tahun ini jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya dan saya jadi lebih baik untuk berjuang di jalan dakwah. Amin~
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU