Thursday, September 16, 2010

Burning of Al-Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang~

Lately,One of the hottest issue for me is the Al-Quran burning done by several people in certain country. Before that, memang dah keluar newspaper pasal perancangan seorang paderi di US (x silap) nak bakar kitab suci kita ni. Tapi, disebabkan campurtangan dan kecaman sesetengah pihak, ianya dibatalkan. Vatican city dan En Obama pun tak setuju dengan benda ni. Obama siap habaq " yang terrorist tu Al Qaeda, bukan Islam. Jadi sepatutnya kena hormati la agama Islam. US mengamalkan dasar bebas beragama .. bla bla " > lebih kurang gini la ayat dia. However, on that day, ada jugak yang buat benda ni. Dalam nak beraya pagi tu, bukak newspaper.. MasyaAllah.. Marah yang teramat pagi tu.. Yang paling tak boleh tahan, "ISLAM ITU AGAMA PALSU" kata seorang anti-islam belanda (again, kalu x silap). Hu, membara2...Ikut hati, memang nk cili mulut dia.. hehehe

Tapi yang nak ditekankan di sini, cara sesetengah umat islam sendiri yang mahu "membalas" perbuatan ni. Ada yang langsung saya tak berkenan. Apa yang diorang nak buat tu malas nak ungkit kat sini. Karang free je kena sembur.. Tapi memang kita perlu buat sesuatu! Pada pendapat saya, guide tu ada dalam ayat ni:

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana." (Al Baqarah: 208-209)
Instead of nak main balas-membalas, bukan ke lagi bagus kita menaik taraf diri sendiri dan masyarakat supaya kita tak dihina sebegini lagi. Adakah mereka berani andai yang memegang sistem pertahanan, perubatan,perdagangan,ekonomi dunia dan sebagainya adalah umat ISLAM? Masih ingat zaman Khulafa' Ar-Rasyidin yang megah? Kenal x Ibn sina @ Avincenna yang dikenali sbg DOCTOR of Doctors yang potretnya digantung di hall of fame university di Perancis? Siapa mereka ini?? Mereka adalah umat islam terdahulu yang pada pandangan saya, berjaya MEMASUKI ISLAM SECARA KESELURUHAN. Andai benar kita telah memasuki Islam itu secara keseluruhan, pasti tiada stamp terrorist dicap pada umat islam kini. Islam tidak pernah mengajar umatnya kekerasan, apatah lagi menghina agama lain. Bahkan kita diajar supaya berlemah-lembut dan bertolak ansur. Lihat sendiri bagaimana Rasulullah berjaya menambat hati mereka-mereka yang pernah menghina baginda dengan kelembutan dan kebijaksaan baginda sehingga mereka memasuki islam.  Yang tidak masuk Islam pun respect dengan baginda. Oleh itu, kita perlu tonjolkan Islam yang sebenarnya pada mereka.Memang susah nak buat, tak dinafikan.. siapa yang suka dihina? Tapi at least berusaha ke arah itu sbb Allah memandang usaha kita bukan matlamat kita. Sekadar menyatakan pandangan sendiri,salah silap sorry~ Selamat hari raya, Maaf Zahir Batin :)




p/s:semakin banyak bala yang Allah turunkan sbg peringatan tapi masih ada yang menutup mata T_T

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment