Wednesday, July 14, 2010

Tudung ariani: aurat @ fesyen

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..

He, jumpa something that crossed my mind for few months or to be exact, few years. Something that i wanna do. InsyaAllah :D



melambaknya tudung ariani dalam fesyen muslimah adalah salah satu usaha untuk menggalakkan golongan muslimah masa kini bertudung. sifat tudung ariani yang mudah dipakai, selesa, ringan dan tidak perlu diseterika menjadikan ia adalah pilihan yang tepat oleh kaum hawa.


pastinya, akhwat sendiri juga memilih tudung ariani dipakai dalam program-program dan mungkin juga dipakai ketika di luar samada ke kuliah, dewan makan atau semasa ziarah. namun, dalam pemakaian itu perlu dilihat dari pelbagai sudut. dan perlu dinilai dengan nilai islam dalam syariat bertudung.

pendek dan melekat

disini, bukan saya hendak memprotes kepada para pembaca yang memakai tudung ariani. bahkan, saya menyokong usaha anda dalam bertudung. cumanya perlu dilihat dari sisi labuh tudung adakah ia menutupi dada atau tidak?
kebanyakan saya lihat tudung ariani tidak menutupi dada.hanya sesetengah tudung sahaja yang dilihat labuh dan menutupi dada. dan usaha untuk mencari tudung ariani yang labuh adalah sukar. bahkan harganya pula mahal sehingga mencecah harga RM40. itu pengalaman saya membelinya bersama ibu dan kakak.

maka saya mensarankan anda agar mencari tudung ariani yang labuh dan meninggalkan tudung yang singkat itu. kerana dalam firman Allah, 
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” ( al ahzab, 33: 59)
duhai akhwatfillah,
lihatlah tudung kamu itu. adakah ia labuh sepenuhnya menutupi dada. usah tabarruj. ingat tujuan kita bertudung. mungkin kalau dikatakan cara memakai tudung sempurna, anda sudah khatam. cumanya, cuba lihat betul-betul diri anda. 
memang pada pandangan umum, tudung itu sudah menutupi dada, tapi saya kurang senang melihat begitu. kerana apabila diselak sedikit, habis semua nampak. apabila berjalan dan ditiup angin, seakan tudung itu tidak berfungsi menyelamatkan anda. dan sifat tudung itu yang seperti melekat, membuatkan hati saya resah. gelisah. bagaimana jika kalau kaum adam melihatnya?
apatah lagi, apabila anda memakai beg di bahu. habis beg itu menarik dan menyelak tudung anda itu dan menampakkan sisi tepi dada anda. fikir-fikirkanlah..

bertudung labuhlah duhai ukhti

ada yang mengatakan bertudung labuh itu extreme. tidak sesuai dipakai. nampak seperti ketinggalan zaman. nampak pelik dan kolot. padahal bertudung labuh itulah sangat sempurna. ia menutupi sisi depan, tepi dan belakang bahagian badan kita.

begitulah, islam nampak asing. golongan yang mengamalkan islam nampak pelik. dan golongan yang melakukan maksiat pula, tidak pelik. bahkan digalakkan dan diberi sokongan pula. begitulah arus gelombang fitnah yang berlaku sekarang.

dalam majalah SOLUSI edisi 21, saya suka membaca artikel corat coret tudung labuh karangan Fatimah Syarha. disitu menceritakan tentang pengalaman beliau sendiri dalam bertudung labuh. betapa banyak kelebihan bertudung labuh yang diceritakan.

dalam al-quran sendiri, telah memberi jaminan bahawa mereka ini takkan diganggu dengan izin Allah. subhanallah.. itu memang saya yakini. dan udah saya alami sendiri. apabila saya melalui kawasan-kawasan ramai atau berdepan dengan kaum-kaum adam seperti di bengkel motor, mereka memang menghormati golongan orang yang bertudung labuh. bahkan, mereka ini takut untuk menegur. dan kalau di kuliah atau di PBL, atau di bas, kalau ditakdirkan duduk disebelah lelaki mereka yang bergerak menukar sendiri tempat duduk dan mengelakkan diri dari duduk dekat bersama. itu penghormatan buat mereka yang bertudung labuh. bila lagi anda mahu mendapat pernghormatan sebegitu?
maka, bercita-citalah untuk bertudung labuh dari sekarang.

keinginan untuk bertudung labuh

saya yakin. ada sesetengah akhwat telah mula menanamkan impian mahu bertudung labuh. cumanya masih belum bertindak. tahniah dengan impian anda itu. cumanya, jika sudah ada keinginan begitu, jangan ditunggu lama. teruskan niat itu. bermulalah secara berperingkat. bermula dengan bertudung lerang 50, lerang 60 dan seterusnya bertudung labuh.

jangan rasa malu. jangan rasa takut. sememangnya apabila pertama kali dalam bertudung labuh, pasti ada yang menyakat. tak kurang juga menegur dan ada juga yang memberi semangat. selalu sahaja perkataan ' boleh ke istiqamah ko ni?' adalah salah satu pertanyaan menyindir dan ketidakpercayaan seseorang pada golongan yang baru bertudung labuh itu. maka, pentingnya kita berada dalam situasi yang menolong kita untuk istiqamah. iaitu berada selalu di samping akhwat ter'chenta'. dan berada selalu di suasana yang mendekatkan kita pada orang-orang yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

jangan pandang belakang

jangan pernah menoleh kebelakang semula. jangan pernah menukar tudung labuh itu kerana takut dipandang serong. kerana keadaan tempat kerja atau kerana sebab-sebab dunia. perlunya anda yakin, personaliti anda dalam bertudung labuh adalah satu kelebihan. 

saya pernah berjumpa mereka-mereka yang tidak istiqamah dalam bertudung labuh. dulunya saya sangat respect beliau kerana peribadinya bertudung labuh. tapi selepas beberapa tahun, bila berjumpa kembali, saya hampir tidak mengenalinya. memakai baju yang sederhana ketat dan memakai tudung ariani pendek. tapi, saya pasti perubahan itu berlaku mungkin disebabkan situasi nya yang jauh dari situasi islamik, majlis ilmu, usrah dan halaqah. maka, berlaku kecairan nilai islam dalam diri.

penutup

muhasabah diri anda. bagi akhwat yang mempunyai tudung ariani pendek, berbaliklah semula memakai tudung segi tiga anda yang lebih labuh dan panjang serta tidak melekat. jika mahu juga bertudung ariani, maka, carilah yang labuh dan menepati ciri-ciri bertudung dalam islam.

tidak dinafikan, terdapat juga golongan bertudung labuh yang kurang dari segi akhlaknya. tapi tidak semua. maka, maafkan mereka. mereka baru bermula..

ini pendapat saya. terpulang..
 
 
Notd: GO!! x sabar nak balik KL n borong byk2 :D . My dear self, NEVER look back! You can do it. Thank you kakak for the great article!
 

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment