Sunday, July 18, 2010

Aku W.A.N.I.T.A


Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana , Maha Pengasih dan Penyayang kerana menciptakanku sebagai WANITA..
Mood sekarang half asleep, half excited,half jiwang ( the fact that I’m not that jiwang but still~ hehehe). Seminar  yang dihadiri semalam sehari suntuk terasa seperti kursus pra-perkahwinan walaupun pasal israk mikraj (wanita dalam penghayatan israk wa mikraj). Tempat dilangsungkan pun sudah cukup baik, Dewan Jabatan Agama Islam Pahang  where opis tok kadi dekat sgt2. Calon je yang takde nak buat akad nikah ! Ngee..  Ok2.. i’ll be half serious despite the fact i’ve already promised to myself to be more mature.
Wanita dan MURNI! 
Apa kaitan murni dengan wanita? Wanita yang murni itu adalah wanita yang  menawan, wanita yang mempunyai ciri-ciri baik dan solehah. Bukan wanita bernama murni ye! Menawannya seorang wanita itu kerana tutur katanya,pakaiannya, kelembutannya dan banyak lagi! Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi, murni nya seorang wanita terletak pada empat perkara.
1-     Taat: Ketaatannya kepada Allah dan Rasul, Ketaatannya pada ibu bapa dan ketaatannya pada suami
2-     Tunduk:Akur pada perintah Allah, akur pada ibu bapa dan suami
3-     Takut: menjauhi laranganNya kerana takut akan azabnya
4-     Komunikasi yang baik: bahasa yang elok dan sedap didengar
Dan wanita yang terbaik adalah wanita yang apabila dilihat oleh suaminya tenang jiwa,elok tingkah lakunya,taat pada perintah dan apabila ketiadaan suaminya, dia pasti boleh menjaga dirinya.
Wanita dan rumahtangga
“Tiada yang boleh menguasai lelaki didalam rumah mereka kecuali wanita manja” (Ibu mertua Abu Umayyah)
“KEMBALIKAN SIFAT SEMULAJADI WANITA, AKTIFKAN KEMBALI KEWANITAAN ANDA!”

Wanita itu semulajadinya manja. Hanya kerana kemanjaan wanita itu, lentok habislah sang suami walaupun darahnya sedang mendidih seperti lava yang akan dimuntahkan bila-bila masa. Abu Darda’ r.a. pernah berkata kepada isterinya;
“jika engkau melihatku sedang marah, maka redakanlah dan jika aku melihatmu sedang marah maka aku akan meredakannya,jika tidak maka kita tidak akan pernah dapat kerukunan hidup berumahtangga”
Gunakan suara lunakmu, lentok manjamu untuk menawan hati memujuk suami. Ini juga tips yang sangat berguna kalau nak beli benda baru like perabut rumah etc :P.. Peringatan: ini hanya untuk mereka yang ada sijil nikah je ye! Yang xde jangan nak manja2 mcm kucing dengan boyafriend or gelifriend (hehe). Part suami, suami juga perlu bertolak ansur. GIVE AND TAKE. Kalaupun isteri berleter, sabar je la. Sebab? Dia adalah manusia yang sanggup melahirkan anakmu, melayan kerenahmu, memasak untukmu dan sebagainya. 

Kekuatan Wanita, Wanita sebagai pendidik 
Wanita itu tiang Negara bukan tiang bendera! apabila baik, maka baiklah tetapi apabila buruk, hancurlah.Dari perut seorang wanita, lahir seorang ilmuan, angkasawan, doctor, jurutera,pemimpin dan sebagainya. Tanya setiap lelaki yang berjaya atas dunia ini, pasti mereka akan menyatakan disebalik kejayaan mereka, adanya seorang WANITA. Namun dari wanita juga lahir peragut, perompak, pembunuh etc. Mengapa? KERANA KUASA MENDIDIK SEORANG MANUSIA ITU TERLETAK DITANGAN WANITA BERGELAR IBU! Ibu ibarat sekolah. Akhlak anak2 perlu dididik oleh ibu, bukan guru disekolah. Guru hanya boleh membantu dari segi akademik tetapi pendidikan sebenar bermula dari RUMAH. Satu fakta menarik, 70% sifat anak mewarisi ibunya dan kerana itulah, lelaki dianjurkan mencari wanita yang baik sahsiahnya,amal solehnya supaya anak yang bakal dianugerahi baik tingkah lakunya.
Bila diberitahu itu dan ini, diri mula sedar~ Payahnya berumahtangga. Bukan kerana tidak suka tanggungjawab yang diberikan tetapi bimbang tidak mampu menjadi yang terbaik buat zauj (pandai dh~ hehe) dan anak-anakku..Namun, sekarang adalah masanya untuk membuat persiapan! So, GROW UP diriku sayang~ Hidupmu bukan untukmu seorang, dirimu pendidik mereka yang bakal menyumbang kepada agama dan bangsa. InsyaAllah, panjang umurku dan tiba masanya, akan bertemu kita wahai zauj dan putera-puteriku
:)
Kelemahan wanita 
Wanita gambaran syaitan: "Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan.” Cantiknya, anggunnya, seksinya, manjanya seorang wanita itu boleh melemahkan insan bernama lelaki lantas syaitan gemar menggunakan wanita sebagai senjatanya! Wanita sekalian, bantulah mereka2 ini, tutuplah semua yang patut di tutup. Kesian kat depa~ For married man: “Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya. Kerana yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya.” Jadi ustaz pesan isteri kena ready on call bila2 masa untuk melayan. To bachelors: “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (An-Nur:31).
Wanita dalam NERAKA
1-     Mereka yang berhias bukan untuk suami: menangis dalam neraka minta belas kasihan.
2-     Tidak menutup kepala: rambutnya tergantung dan otaknya mendidih
3-     HItam mukanya, memakan isi perut: berhias untuk menarik perhatian lelaki
4-     Rambut digantung pada pohon neraka, kering kulitnya: menggugurkan kandungan dan membunuh anak
5-     Wanita diikat ke belakang,mulutnya terkeluar api dari perut: penyanyi wanita
byk lagi ni nak list tapi x larat, huhu

NotD:*pening ngn diri sendiri yg mood jiwang separuh ni.. adeh* Kerana aku memilih untuk menyertai majlis ilmu, tinggal la seorang diri kt rumah hari ni bila housemate2 kesayangan pergi bercuti. Semoga dilindungi Allah mereka semua.. Ceramah Mavi Marmara malam ni. Mari2! ada shoutul harakah lagi! Salah silap harap ditegur n di maafi


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment