Showing posts with label Sharing n Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing n Caring. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Pemuda dan Syaitan

Artikel dari Iluvislam.com /hihi

Dalam Kitab Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah al-Maqdisy sempat mencatatkan sebuah kisah yang mahsyur mengenai keikhlasan. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hassan. Ayuh kita hayati kisah ini dan mengambil ibrah daripadanya.
Pada zaman dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai, seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata, "Aku akan menebang pokok ini."
Dia pun pergi bagi menebang pokok itu. Di pertengahan jalan, dia terjumpa syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau ingin lakukan?"         

Dia menjawab, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."
Syaitan berkata, "Jika kamu tidak menyembahnya, apakah mudarat kepadamu jika orang lain menyembahnya?"
Lelaki itu berkata, "Aku tetap menebangnya."

Syaitan itu berkata kepadanya, "Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi daripada melakukan perkara ini? Jangan tebang itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantalmu setiap pagi."
Lelaki itu berkata, "Siapa yang akan bagi?" Syaitan berkata, "Aku." Dia pun pulang ke rumah dan keesokan paginya, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya.
Pagi seterusnya, dia mengangkat bantal tetapi tidak menjumpai apa-apa. Serta merta dia menjadi marah dan berazam mahu menebang pokok itu semula.

Syaitan kembali menjelma di hadapannya dalam bentuk yang serupa dan berkata, "Apa yang kamu mahu lakukan?"
Dia berkata, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."
Syaitan berkata, "Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya."

Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya hingga jatuh tersungkur, lantas mengcekik sehingga hampir membunuhnya.
Kemudian syaitan berkata kepadanya, "Kamu tahu siapa aku? Aku adalah syaitan."
Syaitan berkata lagi, "Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok itu kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu.

Dengan dua dinar, aku berjaya menipu kamu dan kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut.
Oleh sebab itulah, aku berjaya mengalahkanmu." Muhasabah Pemuda tersebut adalah pelambangan diri kita sebagai hamba Allah, kedua-dua sifat itu maujud dalam diri kita yang serba daif ini.

Kita mungkin sahaja seorang yang ikhlas pada awalan babak namun berakhir dengan sebaliknya, atau sahaja mungkin kita bermula dengan terpaksa namun akhiran adalah keikhlasan dan kelazatan iman yang membuak-buak.
Al-Quran sendiri banyak kali menekankan mengenai keikhlasan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak diperintah melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas beribadat kepada-Nya, malah tetap teguh di atas tauhid." (Surah al-Bayinah, ayat 5)

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud:

"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan kepada Allah) ialah segala ibadat dan amalan yang suci bersih (daripada segala bentuk kesyirikan)." (Surah az-Zumar, ayat 3) 

Jelas dan nyata umat Islam perlu ikhlas malah diwajibkan ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Bukan sahaja dalam ibadat khusus, dalam setiap amalan dan perbuatan harian yang lain juga mesti diikhlaskan kerana Allah.
Ini kerana lawan kepada ikhlas dalam berakidah kepada Allah adalah syirik kepada Allah, dan sebesar-besar dosa di sisi Allah adalah syirik.

Muaz bin Jabal meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Ikhlaskanlah (amalan) agama kamu, nescaya amalan yang sedikitpun akan mencukupkan kamu." (al-Hakim dan al-Dailami, disebut juga dalam Jami' As-Sangir karangan Imam as-Sayuti) 

Ujian keikhlasan Waktu keikhlasan paling teruji adalah ketika dalam solat, sama ada wajib ataupun sunat.
Sebagaimana yang dinyatakan, kita mungkin bermula dengan penuh keikhlasan namun berkakhir dengan sebaliknya dan mungkin kita bermula dengan kurang memberikan perhatian namun tiba-tiba terasa nikmat dan kelazatan raja' kepada Allah saat dalam rukuk dan sujud dan sebagainya.
Solat adalah medan yang terbaik bagi menguji keikhlasan. Kalau dalam solat kita boleh berlaku ikhlas nescaya dalam urusan dan ibadat lain juga tidak menjadi masalah.

Diceritakan kepada kami dalam satu kuliah, ustaz berkata, "Kalau mahu tahu seseorang itu ikhlas atau tidak dalam solatnya, maka lihatlah apakah kualiti beliau bersembahyang di masjid sama dengan kualiti beliau sembahyang seorang diri di rumah atau depan lembu!?" Kata kuncinya adalah usaha.
Allah menyatakan yang bermaksud: "Maka berazamlah, dan bertawakal kepada Allah."

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, April 2, 2012

Solat dan bersabarlah sayangku..

Assalamualaikum~

just a nice reminder from the love letter of our creator for us :)




“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” - (2:45)






Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, March 16, 2012

KUNCI & RAS~

In the name of Allah, the most gracious...

Today just want to share something that i saw on tv.. Al kuliyyah tv3

buka2 tv, muke ustaz badlishah.. terus x jadi tukar chanel.. tajuk pn cm best kan, "Nikah gantung" kekeke
disebabkan bukak tv pn dah separuh jalan siaran, maka sikit jela dptnya..
disebabkan hamba Allah sorang ni tak berapa nak reti nak terang maka nak share ayt menarik dari ustaz..

To all men out there, if you wanna get married, please do.. tapi biar cara yang betul.. kena ada 3 RAS dan 3 kunci..

RAS;
1-BERAS (ekonomi)
2-WARAS
3-KERAS


KUNCI;
1-KUNCI KERETA/MOTOR
2-KUNCI RUMAH
3-KUNCI PEJABAT (kerja)


kalau nak dengar yg penuh boleh tengok dekat laman web tv3~ /nobigdeal

Kembara kita bersama menuju destinasi cintaNYA

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, August 15, 2011

Ini Kisahku

 Something to share :)



Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, June 6, 2011

Mana adab awak?

MasyaAllah~ ape nk jadi la budak sorg ni.. giler lame tak update blog! hahaha.. dh berabuk bersawang~ sorry la yeh.. sometimes when life gets so busy.. > erk, mu busy ke sbenonyer? busy2 (jawapan nk sedapkan ati je ni)< ha, kalau macam ni dh tak boleh nk maintain, macam mane la ye agaknya dh masuk alam kerja yg betul?

hohh? sbelum teman lupe n meghapu bukan2, ni teman nak cite sesuatu~ Kisahnyer bermula di suatu petang yang panas terik di highway **** (buat suspen la konon, padehal kalau org tau pn xde maknenyer.. hahaha). Teman ngn keluarge on the way balik dari kampung aboh, balik kampung mamo.. benti la sat kat R&R nak mencekik. lapo nih,lapo2! manusia yang ade, jgn ckp la.. almaklum le cuti skola, kene pulok ari ahad.. ade meja kosong, jadi kami pun tarik la kerusi..5 ketol (lame giler tinggal BM sampai x ingat da penjodoh bilangan,hikhik) sumernyer, even kami ade 6 sumernyer.. Teman pi beli dlu lauk, pastu teman le jage kerusi meja.. Yop teman dok kat sebelah, bersedia untuk melahap juge, akan tetapi... KERUSI SEBELAH TEMAN LESAP DARI PANDANGAN!  * speechless giler time tu* . Teman buat pandangan "comey" kat sape yang amek tu. Pak cik yang dalam umur 50 an.. Teman malas nak cari gado, so teman diamkan aje. Datang le parents dgn 2 bro kecik teman. Kena la marah kenapa tak jage kerusi bla bla bla... Yang tak boleh nak blah skali, pak cik tu siap kabo kat aboh, " ala, amek je kerusi orang lain. amek je, amek je". Dalam hati teman "nasib baik mu org tue, klu tak dh lame aku lipat 18!"

Sini nak cakap pasal manners or adab. Kita sebagai orang melayu, ISLAM pulak tu, bukankah kita diajar untuk beradab dengan orang lain? ADA KENA BAYAR DUIT KE KALAU TANYA " cik, kerusi ni ada orang tak?" Bukankah itu kureng ajor namenye? siap dok mengajor orang, " amek je kerusi orang lain.." dimana teladan yang harus ditonjolkkan kepada orang muda? Adik kecik teman siap tanya " angah, nape tak amek je kerusi orang tu balik? x pun entam je!" Teman yang maseh mampu bersabor, dengan senyum kambing pun berkata " orang mcm tu tak ada adab adik. jgn ikut!. kalau angah pun buat macam die, angah pn jadi orang takda adab macam die. tak baguih2" Nak dijadikan cite, meja pak cik tu ada tmpt kosong, lalu datang la auntie cine, n hubby yg agk tue, tanya dkt seorang mamat yang baru nak abis makan di meja tu, " ada orang tak?" mamat tu cakap tak de, and then... ZOOM! Entah dari mane, datang seorang makcik tudung labuh, terus duduk dekat tempat tu, walhal, that place CLEARLY already belongs to that auntie. AGAIN, SPEECHLESS!!

Dalam hati, hanya mampu cakap astagfirullah.. muka dah macam merah padam.. Malu sungguh.. sedangkan mereka yang bukan beragama islam tahu untuk beradab, berbudi bahasa, mengape tidak kita? Auntie cina tu "main mate jeling2" dengan teman.. Teman senyum.. sementara dia tinggalkan hubby yang tak berapa nak sihat, dia pun pergi beratur beli makanan~ Teman pulook rase bersalah dengan auntie tu.. ades~  Manusia yang potong queue, (driving,when buying things, paying etc) pun boleh dikategorikan dalam golongan tanpa adab ni.

Pengajaran yang teman dapat reflect kat diri sendiri : Kena jaga adab sesama manusia, tak kira bangsa or agama.. nanti anak2 teman mesti diEDUCATE sebaik mungkin (InsyaAllah) tentang adab ni. Alway think about other people and lastly, JANGAN NGAJOR ORANG BENDA BUKAN2!

Roger and out! heeee
 *wink*
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, March 14, 2011

Surat untuk awak


Salam sayang untuk awak.
Awak,
Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa saya sangat sayang awak. Mereka pun sangat sayangkan awak. Kami tak pernah berasa tidak senang apabila dipertemukan dengan awak. Maaf, mungkin pada mulanya kami agak takut untuk mendekati diri awak. Yelah, awak seperti tidak mengendahkan kami. Seperti tidak mahu bergaul dengan kami yang tidak up to date macam awak ni.
Rupa-rupanya kami juga salah, sebenarnya awak yang malu untuk mendekati kami. Kata awak kami ni terlalu baik, dan awak juga kata bahawa kami ni tak macam awak. Apabila awak berkata begitu, terasa ada percikan api di hati. Bukan percikan api kerana marahkan awak tetapi marahkan diri sendiri. Kami sangat bersalah, kami sepatutnya menegur awak dari mula lagi. Maafkan kami, kami bukanlah yang terbaik tetapi kami akan cuba jadi yang terbaik untuk awak dan yang lain-lain.
Semasa awak mengadu tentang sesuatu, saya cuba mendengarnya. Saya ingin menyelami hati awak. Sebenarnya awak juga baik. Mungkin benar, pengaruh kawan itu penting. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang mengajak kita kepada kemungkaran, kita pasti akan terjebak sehingga melupakan-Nya. Itu tandanya iman kita masih belum kuat.
Awak,
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:" Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu."(al-Bukhari)
01.Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
02.Solat merupakan tiang agama. Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.
03.Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam. 
04.Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka               apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera                       bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.
Saya takut bila awak meninggalkan solat, sedangkan awak sendiri tahu jika meninggalkan salah satu sudah dikira bukan Islam lagi. Jangan malu untuk berubah! Pedulikan kata kawan 'syaitan' awak. Saya masih ingat lagi sewaktu awak menghantar saya ke stesen LRT, saya sudah berjanji di dalam hati ingin berterus terang dengan awak. Ingin sangat saya meluahkan secara berdepan dengan ayat yang tidak berkias. Saya rasa apa yang saya lakukan sebelum ini tidak menjadi kerana setiap kali saya menegur awak secara selingan mungkin tidak memberi apa-apa makna.
Saya juga masih mempunyai kelemahan dalam diri sendiri. Saya juga masih ketinggalan di dalam bab-bab agama, tetapi Alhamdulillah bab yang wajib tak pernah saya tinggalkan. Awak, saya mungkir janji! Saya tidak dapat mengucapkan perkataan itu secara bersemuka dengan awak. Saya sangat tidak berdaya, apakah saya tidak mampu melakukan 'Amar Maaruf, Nahi Mungkar' kepada kawan sendiri. Saya selalu gagal bila ia berkaitan dengan kawan.
Akhirnya, bila tiba di rumah barulah saya meluahkannya secara direct tetapi itupun menerusi telefon bimbit. Awak seperti mengubah topik lain, saya semakin takut. Takut awak akan terasa, tetapi ia adalah untuk kebaikan awak juga. Saya sangat sayangkan awak. Saya tidak mahu awak lalai sehingga melupakan DIA. Awak sebenarnya sangat baik sebab awak ada kesedaran dan tak pernah lari untuk semakin merapati kami.
Kata sahabat saya yang jauh lebih berilmu daripada saya, awak mungkin diberikan hidayah daripada Allah untuk berubah. Dan kami adalah orang-orang yang dipilih-Nya untuk mendekati awak. Kami tidak boleh meninggalkan awak. Kami tidak boleh tidak memperdulikan awak walau sedikit pun. Saya respect dengan sahabat saya itu. Awak, sekiranya awak membaca surat ini saya percaya awak mengerti maksudnya.
Yang Benar,
Kami yang sangat sayangkan awak.
from: ILUVISLAM


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, March 3, 2011

Muhrim ke Mahram?

“Maaf, Awak bukan muhrim saya. Tak boleh nak salam..”
 
 
Stop jap tang situ! Ramai antara kita masih keliru dengan dua perkataan , Mahram dan Muhrim. Mana yang betul sebenornye? Ce cite.. Ce cite..


Mahram adalah semua orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya karena sebab nasab, persusuan dan pernikahan
Muhrim adalah orang yang sedang melakukan ihram dalam haji atau umrah.

Pembagian Mahram
Syaikh ‘Abdul ‘Adzim bin Badawi Al-Khalafi (lihat Al-Wajiiz) menyatakan bahwa, seorang wanita haram dinikahi karena tiga sebab, yaitu karena nasab (keturunan), persusuan, dan mushaharah (pernikahan). Oleh karena itu, mahram wanita juga terbagi menjadi tiga macam yaitu mahram karena nasab atau keluarga, persusuan dan pernikahan.

Mahram Karena Nasab

1. Ayah
Termasuk juga datuk sebelah ibu atau ayah dan ke atas.. Yang di "angkat" tak termasuk list ye.Mereka tetap bukan mahram kita
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” (Qs. Al-Ahzab: 4)

2. Anak laki-laki
Termasuk dalam kategori anak laki-laki bagi wanita adalah cucu, baik cucu dari anak laki-laki maupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan pada keterangan di atas.

3. Saudara laki-laki, baik saudara laki-laki kandung maupun saudara sebapa ataupun seibu saja.
Saudara laki-laki tiri yang merupakan anak kandung dari bapak saja atau dari ibu saja termasuk dalam kategori mahram bagi wanita.

4. Anak saudara lelaki dari saudara lelaki atau perempuan dan anak keturunan mereka.


5. Bapa Saudara, baik dari sebelah ayah ataupun ibu.

Mahram Karena Ar-Radha’
Ar-radha’ah atau persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya ialah

  1. Telah terjadinya proses penyusuan selama lima kali.
  2. Penyusuan terjadi selama  dua tahun sejak kelahirannya.

Dari penjelasan di atas, maka dapat diketahui bahwa mahram bagi wanita dari sebab persusuan adalah seperti mahram dari nasab, yaitu:
1. Suami kepada ibu susu
Termasuk mahram juga datuk dari sebelah ayah atau ibu susuan dan ke atas.

2. Anak laki-laki dari ibu susu.
Termasuk anak susu adalah cucu dari anak susu baik laki-laki maupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
3. Saudara lelaki sepersusuan.
Baik dia saudara susu kandung, sebapak maupun cuma seibu.
4. Anak saudara persusuan
Baik anak saudara persusuan laki-laki maupun perempuan, juga keturunan mereka.
5. Bapa Saudara persusuan (saudara laki-laki bapak atau ibu susu).

Mahrom Karena Mushaharah
Mushaharah berasal dari kata ash-Shihr. Imam Ibnu Atsir rahimahullah berkata, “Shihr adalah mahram karena pernikahan” (An Nihayah 3/63).

1. Ayah mertua (ayah suami)
Termasuk ayah suami atau bapak dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka keatas

2. Anak tiri (anak suami dari istri lain)
Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri laki-laki maupun perempuan, begitu juga keturunan mereka
.
3. Ayah tiri (suami ibu tapi bukan bapak kandungnya)
Haramnya pernikahan dengan ayah tiri ini berlaku ketika ibunya telah jima’ dengan ayah tirinya sebelum bercerai. Namun, jika belum terjadi jima’, maka diperbolehkan.

4. Menantu laki-Laki (suami putri kandung)
Dan kemahraman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya

 Nak tau lebih lanjut boleh baca dekat sini : Muslimah

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, January 25, 2011

Let's get Married!

In the name of Allah the most Beneficent, the most Gracious~



Hehehe.. (gelak2 sket~)  okeh cool down.. orait2.. Tajuk kt atas memang selalu dielakkan oleh penulis. Penulis tak termasuk dalam golongan yang memikirkan sangat hal tersebut kecuali untuk gurau2 usik orang. Dulu lagi dasyat, i opposed marriage system (sakit gamaknye budak ni.. ish3x) Tapi bila mula mendalami Islam itu, baru penulis paham, kenapa perkahwinan itu perlu.. Sebenarnya banyak benda yang perlu dipelajari untuk melangkah ke alam baru ini. Bukan sekadar dah dekat tarikh baru nak terkial-kial hafal itu itu, baru nak blaja masak itu dan ini. Time nikah tergagap-gagap bile pak kadi tanya. Hohoho~

One fine day, penulis berjaya "menggerakkan" diri  pergi ceramah  pasal perkahwinan (bukan kursus kawin ye) di kampus.! Manusia yang datang berduyun-duyun. Ramai banget! Penceramah yang hadir senyum kambing je tengok. Antara ayat pembukaan " Saya perasan asal taruk tajuk ceramah ada perkataan kawin, cinta mesti penuh!" Penulis dan rakan2 hanya mengangguk sambil sengih cm kerang busuk. Biasalah tu kan? kalau pasal moral, sejarah islam ke, etc separuh dewan pun payah nak penuh! Hehehe. Time ustaz gurau ceramah ni untuk orang yang betul2 nak kawin, dah tak sabar2 sangat, penulis dan rakan2 nak angkat kaki dah lari tapi dah sampai, takkan nak lari kut! Lagipun ni boleh kira sebagai ilmu persediaan ke arah alam baru ni.

Soalan dari ustaz, kenapa nak kawin? Rata2 ustaz kata jawapan skema yang kami semua kutip dari buku sasbadi, fajar bakti, pelangi etc adalah nak mendapatkan zuriat dan mencari keredhaan Allah. Sengih lagi..Sangat sakit perut gelak~  Dulu pernah tengok satu drama ni pasal perkahwinan. Ayat peberet,what does a marriage mean to you?  The spouse leaving their family and past behind in order to create a future together  (not really agree with the leaving family thing though.. huhu). Basically script writer drama ni cuba tekankan dalam perkahwinan tu, banyak benda. LOVE, COMMUNICATION,HONESTY etc. Tapi bila dengar ceramah ni, my view change a bit.Semua yang diceritakan tu hanya element2 penting dalam perkahwinan je.Sebenarnya yang penting adalah kemana hala tuju kita dengan perkahwinan tersebut.  Ke mana destinasi kita selepas perkahwinan tu? Perkahwinan tu bukan macam kisah cinderella "and they live happily ever after" semata-mata (teringat bila baca buku bukan pernikahan cinderella.. heheh) Matlamat setiap pasangan pastinya nak perkahwinan tu kekal kan? Tapi hanya ke akhir hayat ke? Sehidup semati je?
Tak, kita boleh pergi jauh lagi daripada tu. SAMPAI KE SYURGA! sebab itu adalah yang kekal selamanya.

Diceritakan kisah seorang mak cik ni. Suaminya dah lumpuh 5 tahun jadi dialah yang menaggung keluarga. Anak ramai dan gaji pun kecik je. Depan suaminya, dia sentiasa tersenyum, rileks macam xde apa. Bila dia cakap nakkeluar pergi beli barang masa ustaz datang melawat tu, ustaz pun intai~  Rupa-rupanya dia sedang menangis. Bila masuk balik, dia punya air muka macam tadi, rileks, xde masalah. Ditakdirkan suaminya meninggal beberapa mggu selepas tu (emmm.. x ingat.. heheh) dan mak cik ni pun call ustaz cerita pasal hubby dia. Sebelum suaminya sebut Allah dan meninggalkan dunia fana ni, dia cakap " Abang tunggu sayang di syurga". So sweettt!!  dan mak cik pun cakap dia akan tuntut janji arwah suaminya nanti.

Kalau kawan2 nak tau, jadi wanita ni sangat senang masuk syurga!  Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, dan suaminya REDHA terhadapnya sewaktu kematiannya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Hehehe, bangga penulis menjadi wanita. Tapi bukan mudah ye! Mujahadah yang sangat kuat diperlukan dan DOA!

Persedian ke arah ni sebenarnya mungkin dari kecil tapi bukan semua sedar. Contohnya, anak perempuan dibiasakna untuk bermain dengan barbie doll dan play house. Bermain dengan anak patung ni boleh  menanamkan perasaan kasih sayang didalam diri anak tersebut. ( hu, budak yang tulis ni x pernah main dengan anak patung, jadi die kureng sket perasaan.. ngeh3x). Sama jugak dengan main masak2.. Mungkin boleh menanam minat suka untuk memasak. Yang lain, rajin2 kan diri membaca dan pergi dengar talk. Malas nak bergerak, ( mcm penulis ni) bukak radio dengar sudeh. Tak pun dunia siber sekarang, baca la dekat blog ke, forum ke.. Pilih yang mnae seswai dengan kita. Konklusi untuk bebelan ni, Penulis banyak lagi nak kena blaja pasal benda ni!

Special untuk kakak, Tahniah! Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke syurga. AMIN~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, January 6, 2011

Islam Pak Kadok

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Buka sahaja dimana-mana forum mahupun difacebook kini dan amat mudah kita melihat ramainya golongan seperti ini menjuarai gelanggang cerita dan debat agama. Cerita agama kini bukan cerita yang seharusnya menjadi bahan didikan yang mendahulukan ilmuan tetapi menjadi topik dan bahan sembang yang hangat seperti menjaja kacang putih dan kacang botak.

Tanda-tanda kiamat telahpun banyak dan tidak hairan kaum seperti ini juga semakin banyak. Kerana itu sabda Rasulullah yang menyeru supaya golongan ini dihapuskan. Dihapuskan disini janganlah kita ertikan ke tahap membunuh atau memancung kepala mereka. Itu namanya tak ada beban mencari beban. Menghapuskan golongan ini bermaksud kita mencegah dan mengutuk budaya ini supaya ia terhapus daripada budaya dan masyarakat Islam itu sendiri.

Sekiranya kita membiarkan golongan ini berleluasa, tanpa ada tindakan menghalang dan membasmi, maka mereka inilah yang akan menyuburkan kelahiran manusia-manusia fasiq yakni golongan yang berdusta dan mendustakan agama. Mereka bukan sahaja terkeluar daripada agama malah boleh menyebabkan ramai lagi umat Islam yang akan terikut keluar pemikiran mereka dari pemahaman Islam yang sebenar.

Islam Pak Kaduk
Cerita Pak Kaduk adalah cerita masyhur orang Melayu yang diwarisi turun termurun. Di zaman moden ramai yang tidak menghargainya mungkin kerana cerita Pak Kaduk tidak membantu dalam membina kelebihan. Pak Kaduk itu sendiri kisahnya adalah seorang yang tidak berilmu dengan tindakannya yang banyak menyusahkan diri sendiri.

Di sini cerita Pak Kaduk adalah kisah yang paling sinonim. Pak Kaduk menang sabung kampung tergadai. Demikianlah juga kisah orang kita yang menang debat tetapi agama tergadai. Ramai orang amat sukar berbincang ilmiah dan selalu ingin menang berdebat dan sudahnya beratus-ratus hadith dan ayat Al-Quran menjadi dalil dan bahan sokongan isi debat mereka.

Adakah mereka ini orang yang mahir atau memahami agama? Tidak dinafikan ada golongan yang tahu dan mengetahui tetapi golongan yang tidak mengetahui itu lebih ramai. Ramai yang menjadi 'Ustaz Google' dan 'Ustaz Search Engine' untuk mendapatkan nas dan dalil dari blog dan website sebagai bahan aktiviti perang mulut yang tidak berfaedah. Adakah mereka ini membuat pengesahan bahawa huraian dan sumber itu adalah betul? Adakah hadith yang diambil itu adalah sahih atau daif? Adakah benar huraian ayat Al-Quran itu mereka cerakinkan dengan kaedah yang betul? Adakah mereka merujuk orang yang mahir dalam agama sebelum mereka mengeluarkan pendapat yang bakal dibaca dan dirujuk orang lain sebagai panduan? Adakah mereka ingat Islam ini agama yang tidak ada kaedah?

Jadi apa bezanya mereka ini dengan Pak Kaduk? Menang bercerita tetapi kesan kerosakan daripada huraian agama itu membuatkan agama tercinta ini semakin tergadai. Bukankah perosak agama ini harus kita basmi supaya ia tidak berleluasa?

Apakata Jika Anda Tergolongan Dalam Golongan Ini?
Saya sendiri adalah salah seorang yang dahulu turut tergolong dalam golongan ini. Sungguhpun saya mempunyai asas agama dan mempelajari ilmu syariah, fekah, tauhid dan sebagainya dibangku sekolah dan kolej, tetapi saya sedar saya bukanlah pakar. Ada orang yang lebih pakar dan mahir harus dirujuk untuk mempastikan saya tidak mengeluarkan huraian salah yang mana boleh jadi menjadi rujukan sesat bagi orang kurang bijak.

Tanyalah diri anda adakah anda pernah melakukan perkara sedemikian rupa? Sekiranya ada, maka tidak susah benar untuk membetulkan keadaan. Tidak juga ia bermaksud anda harus berhenti daripada berdakwah dan menyebarkan syiar Islam ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah mendalami ilmu agama itu dan merujuk kepada orang yang mahir serta berguru.

Hakikatnya apabila kita makin mendalami agama itu, maka fahamlah kita semakin banyak yang kita tidak tahu dan perbetulkan. Satu-satunya perkara yang menyukarkan kita memahami perkara ini ialah ego dan minda yang terjajah. Kita banyak terfikir bahawa apabila kita diam, mengalah dan memberi muka, maka kita adalah orang yang kalah. Tapi kita selalu lupa bahawa kemenangan dalam Islam bukanlah kisah menang berdebat dan bercerita tetapi kemenangan dalam kebenaran.

Perjuangan Itu Sukar
Perjuangan itu bukanlah satu kisah atau terma yang menggambarkan perkara santai dan menyeronokkan. Ia menggambarkan satu kepayahan, kesabaran, kesungguhan, usaha yang mantap, kebijaksanaan dan tawakkal. Kerana itulah umat akhir zaman ini dijanjikan dengan pahala yang besar kerana perjuangan itu sukar dan sentiasa dipenuhi dugaan.

Salah satu kesukaran ialah peperangan melawan nafsu dan kelemahan diri. Hari ini anda melihat sahabat-handai dan orang lain membina kejayaan melalui kekayaan. Jauh disudut hati teringin memiliki dan berjaya. Tapi anda sendiri tahu bahawa kejayaan dalam hidup itu mempunyai definisi yang lebih besar.

Sekiranya anda tidak mampu menanggung dugaan perjuangan akhir zaman, usahlah anda menyerahkan diri untuk ketahap itu. Ini adalah kerana anda sendiri boleh lemas dalam perjuangan yang akhirnya merosakkan agama. Buat apa yang termampu. Sokong dan bantu mereka yang mempunyai kekuatan. Usah cuba menjadi 'hero' atau panglima kerana itu lebih kepada 'syok sendiri'. Kisah perjuangan dan keperwiraan bukan kisah mencipta pangkat atau 'title' sendiri.

Al-Quran itu turun secara 'munajjaman' yakni beransur-ansur. Dalam perjuangan kita juga harus beransur-ansur dan berstrategi. Usah terjun ke gelanggang sekadar untuk mati atau jadi bahan belasahan. Lakukanlah sesuatu perkara itu dengan praktikal dan memberi kesan yang hakiki. Semoga niat kita untuk berubah dan menyumbang dengan keikhlasan diberkati Allah. Selalulah berdoa semoga mendapat petunjuk agar tidak terpesong, sesat dan menyesatkan.

Source:ILUVISLAM

notd:am i? perlu lebih pantas bergerak kepadaNYA
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, December 17, 2010

Di penghujung Usianya

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru balik dari makan dari "maple".  Walaupun asalnya rancang nak minum je, aleh2 tibai gak satu roti telur hehehe . Ada sesuatu yang mengusik hati waktu melangkah masuk ke kedai tersebut. Terpandang seorang pak cik yang boleh dikira seangkatan dengan atukku. Uban memutih dikepalanya, langsung takde rambut hitam (cam pasti je xde, hehhe). Pak cik tersebut bekerja sebagai tukang buat air kat kedai tu. Terkenang perbualan dengan besti last week during our pajama party at her house.

"Beb, pe pendapat ko pasal GRO? Ko rase logik ke dia kata dia "terpaksa" kerja macam tu." Aku baru selesai membaca surat khabar pasal Suzie and pendapat seorang pakar motivasi pasal pekerjaan tu.
"Pada aku tu semua tipu je terpaksa. Diorang tu sebenarnya tak boleh hidup susah. Nak jalan senang dan cepat nak duit, gadai la body. Dan lagi satu, aku x rase diorang tu ade iman kat dada tu. Kalau tak mesti diorang boleh pikir."
"Abis tu yang kata patut benti slow2 tu pekejadahnya?"
"I think in Islam, if that thing already forbidden, that means forbidden. Haram tu tetap haram. Suicide and adultery. Should stop IMMEDIATELY. We will never be sure if we can open our eyes to see tomorrow sunrise. Tu aku rasa la. Lain orang lain opinion" 
Aku diam mendengar pendapatnya. Betul. Walau aku dan dia bukan lah sebaik mana, itu adalah logik pemikiran kami berdua.Teringat kakak ada kata gak pasal iman ni. even orang tu pakai tudung labuh pun, kita tak tau tahap iman dia macam mana. Sebab tu selalu doa kat Allah semoga iman kita terjaga.

Aku pandang kembali pak cik rambut "natural bleach" tu.Muka terasa hangat. Aku malu dengan dia. Anak2 muda sekarang kerana nak wang dengan pantas, gadai sana pajak sini. Padahal tangan kaki semuanya ada dan kudrat lebih kuat dari orang tua itu dan dia yang hampir kepada penghujung usia, tulang yang tidak sekuat dulu tetap berusaha mencari pekerjaan halal demi sesuap nasi dan paling penting, kerana mencari KEREDHAANNYA. Dia sepatutnya berada dirumah berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga,bukan di situ~

P/s: tetibe terpikir, if kena ugut bunuh if diorang nak benti, tu camno pulak? Islam value 4 things, nyawa, maruah (lagi dua tak ingat , oopss ) Siapa2 baik hati tolong saya tambah ilmu ye
 
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Wednesday, November 17, 2010

C.I.N.T.A

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Cam menarik je tajuk kat atas tu. CINTA~ "Suke ah tu! hehe" (Miss X, 2010) Manusia paling tak berapa qualified untuk cakap pasal benda-benda ni  antaranya sayalah kot atas dunia ni (grammar error.. danger2). Sebab tak pernah terjebak apatah lagi kenal betul-betulnya. Because i'm one of those "emotionless robot" yang sekarang undergo tranformation to emo people? hehehe.. Kalau nak cerita seminggu pn blum tentu abis > terkenang peristiwa form 2 ( Ms D tau kan? :P) Opss, tuka topic..

Basically when we talk about love, it will always be between a men and a women. Rite? Seldom we find people will refer it to siblings, family,pets etc and... People always FORGET  the CREATOR of LOVE, namely Allah S.W.T. Pelik tapi itulah hakikatnya. Kita sentiasa lupa kepadaNya dan leka "bermain" atas dunia. Sekali ditimpa musibah, kita kembali mengingati dia. Selesai ujian tersebut, JOM MAIN BALIK~ (diri sendiri terasa nih) Ada pula manusia yang menyalahkan tuhan kerana musibah yang mereka terima dan tidak kurang juga yang terus lupa kerana marahnya dia pada pencipta. Astagfirullah~
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..." (2:286)
Setiap ujian yang diberi itu berdasarkan kemampuan hambanya. Ujian yang diberikan bukan untuk mengagalkan kita tetapi untuk dilepasi. Ditambah pula dengan pahala atas kesabaran kita menghadapi ujian tersebut. Never forget that everytime the rain stop, the sun will shine with a beautiful rainbow. Itu janji dari yang Esa:
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan" (94:5-6)
Sweet kan Pencipta kita ni? Sangat sayangkan hambanya.. Jadi, kita pun mesti sayangkan DIA. Takhtakan Dia di tempat paling atas dalam hati kita! Cinta Allah itu adalah CINTA ABADI selamanya. Dunia pula mestilah diletakkan di tangan supaya kita mudah melepaskan > tengah usaha ni! jia you! Dunia kalau tempatnya dihati, itulah punca kita melepaskan cinta Ilahi kerana ruang yang sepatutnya diisi dengan cinta itu telah di penuhi dengan permainan dunia.

CINTA ALLAH 

Bila sebut pasal cinta kepada Allah, mesti kita kata antara cara untuk membuktikannya ialah beribadah kepadaNYA. Beribadah kepada Allah itu memang tanggungjawab kita sebagai seorang hamba;
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" (51:56)
Perlawanan suku akhir badminton piala Rumaysa (Russia vs Malaysia)
Set Pertama

"Kenapa kita hamba Allah, bukan penyembah Allah? Apa bezanya?" kakak serviced. Telengkan jap kepala. (sempat lagi)  "Sebab penyembah tu bukan menyembah Allah je. Diorang still sembah benda lain. Duit, harta, berhala, wanita etc. Kalau betul2 hamba, dia hanya taat pada tuan dia. Kalau A tuan dia kata, A la dia buat. tidak pernah mempersoalkan" fatin balas dengan pukulan kencang."Betul gak tu. Bila kita jadi hamba Allah ni, automatically kita akan sembah Allah. Sebagai hamba Allah, kita tahu dia yang mencipta, memberi rezeki, melindungi kita etc. Di atas kesedaran tersebut, kita jadi hamba Allah, bukan sewenang-wenangnya tunduk sesuka hati. dan bila cinta kita kepada Allah dapat control kita , secara langsung kita menjadi hamba dan mengamalkankan amar maaruf nahi munkar tu akan jadi salah satu cara kita menunjukkan  ketaatan kepadaNya" kakak  smashed swing *adeh pening* bola tepat kena kepala. "Kenapa kita nak jadi hamba Allah?" second service bermula " Sebab Allah cipta kita. Kita kan duduk atas bumi dia. takkan nak suka2 hati buat kerosakkan. Lagi pun dia bagi kita makan, kasih sayang, keluarga.. banyak sampai tak terkira nikmat dia bagi kat kita" fatin smashed dengan penuh gaya." betul gak. tapi apa yang lagi baik ialah SEBAB CINTA KITA KEPADA ALLAH. Kerana cinta inilah, kita akan komited dengan Islam" kakak sambut dengan gaya Lee Chong Wei, smashed back. Tersungkur fatin @_@


Announcer: Pemain berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada mereka berjumpa dengan CINTA SEJATI mereka. Peserta dari Malaysia tersungkur dengan penuh gaya sebentar tadi tapi masih bersemangat nampaknya. Kita jumpa di set yang seterusnya. roger n out!

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah jua akirnya dan cinta kepada ALLAH s.w.t , ITU CINTA ABADI"

P/s: baru lepas tengok takraw Malaysia vs Jepun for 2010 asian game ( ye ke eh? hehhe). Nasib baik killer Malaysia terer.. Malaysia boleh! Takziah buat sahabat yang baru kehilangan keluarga tersayang. Asif jiddan baru tau. Semoga dia dicucuri Rahmat yang Esa

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, November 9, 2010

Perubahan itu Mustahil?

In the name of Allah the Most Beneficent, the most Gracious..

To have something to share is better than nothing right? Otak tengah sarat dengan exam so no idea to write something (walhal tulis pun tak seberapa ok :P) so again, another article that i like :)


Mustahilkah? Susahkah?

Pasti jawapannya tidak mustahil. Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" [Surah Az-Zukhruf 43 : 37]
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" [Surah Az-Zukhruf 43 : 62]
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak. Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya? 
Pastinya yang lebih baik. Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya. Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri. Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" [Surah Al-Ankabut 29:2]
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya. Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu. Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah. Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur
Source:ILUVISLAM
Perubahan ke arah kebaikan itu memang SANGAT menyakitkan. Believe me! been through that. even now it still hurts. BUT, i choose to do it, LEAVING THE 22 YEARS OF "FUN" BEHIND TO GAIN MORE PRECIOUS and MARVELOUS YEARS IN THE FUTURE.. Bukan kah lebih baik? :)

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Sunday, October 31, 2010

Duhai Hati Janganlah Terkorban dengan Dunia

Dengan nama Allah yang maha Halus lagi maha Mengetahui,
Today i found a good article to console my heart. Full of turbulence and confusing thoughts keep on popping out of nowhere.. Tenanglah wahai hati :)

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)
Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?
Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna..

Source:ILUVISLAM

To myself: Jangan putus asa sayang! keep ur chin up, face the world! SAYGERO!


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, August 28, 2010

Keaiban Yang Ditutup Allah

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun..
Sekarang dalam exam mode jadi sempat copy paste ape yang sempat dibaca je. Semoga urusanku dipermudahkan. Amin~

 
Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.

Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)


Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.
Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan?  Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!

Firman Allah:

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)

Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.
Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.
Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)


Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Waspadalah akan firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)

Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).


Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Sunday, August 22, 2010

Madrasah Ramadhan

In the name of Allah the most Loving and the Most Giving

*Feather duster in hands, cleaning in progress* Uhuk3x~ it has been long time, no blogging and no blabbering since i've been "busying" myself with other stuff. Lab report, class, homework, reading and reading and more reading~ Ya, i should do some review here but.. hehehe.. may He grant me more time (or actually, i , should manage my time properly :P) I went here and there, seeking more knowledge in order to make sure myself closer to Khalik :) and to balance it with my previous life, only HIM knows how hard it is for me. BUT STILL,ALHAMDULILLAH! So, without further a due, let me share with all of you, one of the talk i went too, a day before ramadhan mubaraq~


"O you who believe! Observing As-Saum (the fasting) is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become Al-Muttaqun (the pious)"
So, why did Allah said that we may become pious people when we practice sawm (fasting)?

First and foremost, let us dig a lilltle into the meaning of TAQWA. According to some, Taqwa means to feel afraid. So basically, they define taqwa is to be afraid of Allah. However, this meaning is not really precise. Why? let's say if you find in the middle of the street someone that you really afraid of, would you stay or would you run away? Normal people would run away except for a special people that has the title... paham2 je la hehehe

Thus the right meaning to define taqwa is to be between longing for and afraid of Allah. Therefore, when we long for Him, we will be near him doing the good things and afraid of doing something that will make Him wrath over us.Other than that, some define Taqwa according to the word itself. T-Tawaduk which means that we must always remember that we served only HIM and we are just a lowly servant compared to his Greatness.A-Amanah or trust. In fasting concept itself, we did train ourselves to be amanah with the task He give to us.. Q-Quality.Al muttaqun not only rely on quantity but more important, the quality. Fasting for him not a tradition but as an ibadah that he do solely to seek His pleasure. W-Waraq. They are people that do things according to His rules and leave what He prohibit. Amar Makruf Nahi Munkar. A-Amal. Walk your talk. Al muttaqun always practice Islam ways in every single way of their life.

From the meaning, now we go to the saying, we will become al-muttaqun when we execute the sawm. If anyone realize, fasting is actually the training month that Allah grant for us to train ourselves to be al- muttaqun, the pious people. But before that,why did Allah instruct us to fast only for a month, not for whole years? BECAUSE HE KNOWS THAT WE CAN PERFORM IT! Why did we perform solat 5 times per day? BECAUSE HE KNOWS THAT WE CAN PERFORM IT! Why did he said only to perform the pilgrim when we are capable? BECAUSE HE KNOWS NOT ALL PEOPLE CAN AFFORD IT! He knows every single thing that we know not. Thus, we must perform all the duties given to us without questioning WHY & WHY? in every single thing he instruct to us. Why all the sahabah and sahabiah of our prophet S.A.W and the soleh,solihin were called al muttaqun? Because they never ask why, they just obey and believed that every single thing that Allah instructs is the best thing for them. For instance, He prohibits us not to eat the swine. Way years back, of course they don’t have any technologies to discover what we discovered now about the swine (fact: swine has more that 80 diseases that can harm human> hu, dasyat x?) but still, THEY BELIEVE IN HIM. Every single thing must have a reason and hikmah behind it.THEREFORE,We, the future generation, with technologies around us that can proven almost everything that He let us, should be more pious that them. Doesn’t it sound RIGHT? Because everything is proven but yet, people.. They just never open their heart, eyes and mind~

Pheww.. lepas gak gian nak tulis in English. Tapi tak abis lagi ni. To be continued

p/s:English dh tunggang terbalik.. huhuhu Berjaya masak lemak ayam & udang masak seczhuan smlm.YEAH!

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, August 14, 2010

Aduhai Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم


"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

" kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .

Allahu alam… 

Sakinah Mujahadah

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, July 29, 2010

Tawakal je la..

In the name of Allah, the most Gracious and the most Loving.

Kisah 2 orang sahabat baik
Tersebutlah kisah dua orang kawan baik yang memang sehabis baik. Kamceng depa tak usah nak kata la. Pi mana semua berdua. Nasib baik lelaki dua-dua, kalau tak.. hehehe, boleh kena cekup ngan tok kadi la jawabnyer.. Pada suatu hari, Ahmad aka mat & partnernye, Sameon aka meon  keluar "dating" bersama untuk membeli barang keperluan mereka. Sampai di shopping mall (ece, pergi shopping kat tempat class gitu you!  :P) bersama menunggang "bini kesayangan" si mat, motosikal itu pun di parkir di tempat sepatutnya..

"Aik, awat hang tak kunci "awek" tu? Kang hilang naya ja!" Meon buat muka berkerut seribu
"Eh, hang tok sah nak pikiaq banyak2 la. TAWAKAL AJE SUDAH~" Jawab si Mat dengan selamba
"Tawakal? kut iye pon kunci la. Kan dah banyak motor hilang dekat area ni" Meon menasihati
"La, Allah kan ada. tawakal je. takda orang amek punya eh~~" Mat menyatakan keyakinan dengan Allah
"Lantak hang lah! Aku habaq dah" Meon malas amek pusing

Maka berjalan lah dua sahabat masuk ke shopping mall itu .Dua jam kemudian..
"Mat, hang tak rasa jauh sangat ka kita jalan? tak nampak pon kelibat "awek" hang?"
"Ada2. Sat lagi jumpa la" tapi hatinya mula gelisah
"Hah, itu bukan helmet kita ke?" Meon menudingkan jari ke arah tempat parkir yang kosong tanpa motosikal
 tetapi helmet pulak parking kat situ!
"Meon!! benarkah ini? mana "awek" aku? sape songlap? ahhhhh"Mat mula sawan di situ
"Tu la, aku cakap dah tadi! Tawakal tengkorak hang!" Meon membebel
"Dah2, jangan buat drama kat sini. Niat sedekah je la "awek" hang tu.Jom balik, amek helmet tu pakai dalam bas! nampak gak stylo" Meon bubuh lagi garam dihati Mat yang terluka.
Bergerak lah kedua-dua sahabat ke stesen bus berdekatan dengan barang-barang dikiri kanan. Sambil2 si Meon meneruskan pem"bebel"an terhadap Mat...

Usaha, Doa & Tawakal
Apa moral value yang tuan hamba semua dapat kat story di atas?  Ke tak faham cite? hehehhe.. Kisah ni nak bagitau, tawakal itu bukan sekadar tawakal mem"pig" buta ( hehe, translate sendiri). Ramai orang yang salah faham dengan konsep tawakal ni. Kita seharusnya berusaha dahulu sebelum bertawakal kepada Allah untuk usaha yang kita lakukan dan diselit dengan doa.
Tapi.. benda tu kalau nak jadi tu tetap jadi~ Kan Allah dah tentukan~ Jadi tak payah la nak usaha~ >> pernah tak ada orang cakap camni? ADE! Ramai je yang fikir like this.
Benar itu semua takdir buat kita, tapi kenapa Allah suruh kita usaha? Apa guna usaha kalau nanti result yang kita dapat tetap macam tu? Sebab ALLAH sayang kita & nak bagi kita PAHALA.. dan, melalui bersusah payah, berusaha itu, kita manusia akan lebih menghargai sesuatu perkara. Tak gitu?
".. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka itu sendiri.." Al-Ra'd(13:11)
For instance lagi, SYURGA. Syurga itu milik Allah jadi, Dia boleh bagi sesiapa yang Dia kehendaki untuk masuk. Kiranya boleh bagi berdebuk la kat manusia. Tapi kenapa kena usaha nak dapat syurga tu? Sebab syurga itu tersangat la manis dan kalau kita dapat free je.. adeh, ape yang best!

Ada pulak yang mengeluh.. "Aku dah usaha, aku dah doa, aku dah tawakal! Tapi apa yang aku dapat??" Astagfirullah~
"..Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." Al-Talaq(65:3)
Memang kita usaha,doa dan tawakal. Tapi Allah itu lebih mengetahui! Apa yang diberi itulah yang terbaik buat kita. Mungkin juga ditangguhkan dahulu pemberian itu untuk suatu ketika yang lebih bermakna. Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu!

Masuk Syurga tanpa Hisab
Dari Abbas r.a, dia berkata bahwa Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Ditampakkan kepadaku beberapa ummat. Maka ada seorang nabi yang berjalan dengan diikuti oleh satu ummat, ada pula seorang nabi yang diikuti oleh beberapa orang, ada juga nabi yang diikuti oleh sepuluh orang. Ada juga nabi yang diikuti lima orang, bahkan ada seorang nabi yang berjalan sendiri.
Aku pun memperhatikan maka tiba-tiba ada sejumlah besar orang, aku berkata, ‘Wahai Jibril, apakah mereka itu ummatku? Jibril menjawab, ‘Bukan, tapi lihatlah ke ufuk!’ Maka aku pun melihat ternyata ada sejumlah besar manusia. Jibril berkata, ‘Mereka adalah ummatmu, dan mereka yang di depan, 70.000 orang tidak akan dihisab dan tidak akan diadzab.’
Aku berkata, ‘Kenapa?’ Dia menjawab, ‘Mereka tidak minta di-kai, tidak minta diruqyah, dan tidak meramal nasib serta hanya kepada Allah mereka bertawakal.’

Maka berdirilah Ukasyah bin Mihshan, lalu berkata, ‘Berdoalah kepada Allah agar Dia menjadikan salah satu seorang di antara mereka.’
Nabi pun berdoa, ‘Ya Allah, jadikanlah dia salah seorang di antara mereka.’Lalu ada orang lain yang berdiri dan berkata, ‘Berdoalah kepada Allah agar Dia menjadikan aku salah seorang di antara mereka.’ Nabi Shalalahu ‘alaihi wasslam menjawab, ‘Kamu telah didahului oleh Ukasyah’.” [HR. Bukhari]
Semoga kita termasuk golongan mereka.
Allahumma aamiin.

 NotD: Hampir dua minggu bertahan dengan migrain yang mrncucuk, akhirnya sampai jugak ubat. Alhamdulillah. Dah nak masuk 4 bulan sakit yang masih belum sembuh, makin bertambah lagi. Sakit itu KIFARAH dosa!
Ampunkan dosaku Ya Allah, sebelum aku menghadapMu~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU