Tuesday, July 20, 2010

Allah beri izin jua

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Akhirnya, di usia 22 tahun dan Allah beri jua keizinanNya pada hari ini untuk diri memakai tudung yang lebih baik. ALHAMDULILLAH! Tapi bukan la tudung bulat. Tudung bidang 60 tu je. Hehehe~ Satu pencapaian diri yang terbaik! Setelah istikharah beberapa kali, aku redah pakai juga dengan fatwa hati. Hati itu tenang kepada kebaikan, gelisah kepada keburukan, bak kata ustaz hasrizal. Istiqamah wahai yang cantik berseri!

Halangan
Banyak juga halangan yang perlu dihadapi sebelum dan selepas ini. Sebelum , saya suarakan hasrat hati pada bonda tercinta. Bonda hanya mendiamkan diri buat seketika. Akhirnya, "Bagus kamu nak buat begitu tapi kamu dah puas ke buat semua benda? Dah pakai nanti banyak restriction, dugaan lagi besar. Sedia?" Bonda menyokong tetapi lebih kepada membantah pada fikiranku. Faktor utama, risaukan satu-satunya puteri tidak akan bertahan. Bonda tersayang, adanya kekuatan dari Ilahi, anakmu akan meneruskan perjuangan! InsyaALLAH.
"Fatin tu kenapa?" Housemate bertanya buat sekalian kalinya. Khabaran dari housemate lain yang mengetahui perubahan ku. Mereka yang mengetahui hanya sekadar membisu dan aku.. senyum barangkali jika ditanya face to face. Ayat terbaik from my roomie, " Kau ni bercinta dengan tabligh ke?" Adeh! mau guling2 kat situ juga gelak. Tapi aku hanya memilih mendiamkan diri. Ketahuilah, benar aku bercinta! AKU BERCINTA DENGAN ALLAH! itu satu kepastian.
Hari ini bila masuk ke kelas, diriku perasan. Jelingan-jelingan dan senyuman sinis dari sahabat2. Tidak kurang juga yang menyokong. Terima kasih buat yang menyokong, dan yang menjeling, jangan jeling dasyat sangat, terkeluar bijik mata tu nanti! hehehe~ I LIVE HOWEVER I WANT, DO WHATEVER I WANT, MY STYLE, MY WAY! Redha Allah yang aku cari, bukan kamu! Ada lagi yang belum melihat ni, 6 orang sahabat baikku yang tinggal di dalam kampus berlainan course. Mau menjerit mereka barangkali!  Siapa yang tak terkejut bekas gangster,taiko, rempit motor ( maksudnye bwk motor je ye.. bkn lumba2 haram tu.. the fact that i was the pioneer in the campus that use motorcycle, the only girl to be exact b4 org lain mengikut) tetiba pakai tudung labuh, baju kurung, handsocks dan stockings. Nasib la senior2 dulu dah keluar. kalau tak lagi dasyat kena usik. hehehe~ Paling penting, AKU BAHAGIA BEGINI :)
Berikan kekuatan padaku Ya Rahman, meneruskan perjuangan. Pimpinlah aku selamanya..  Setiap halangan akan cuba aku gagahi dibawah pimpinanMu

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment