In the name of Allah the most Beneficent, the most Gracious~
Hehehe.. (gelak2 sket~) okeh cool down.. orait2.. Tajuk kt atas memang selalu dielakkan oleh penulis. Penulis tak termasuk dalam golongan yang memikirkan sangat hal tersebut kecuali untuk gurau2 usik orang. Dulu lagi dasyat, i opposed marriage system (sakit gamaknye budak ni.. ish3x) Tapi bila mula mendalami Islam itu, baru penulis paham, kenapa perkahwinan itu perlu.. Sebenarnya banyak benda yang perlu dipelajari untuk melangkah ke alam baru ini. Bukan sekadar dah dekat tarikh baru nak terkial-kial hafal itu itu, baru nak blaja masak itu dan ini. Time nikah tergagap-gagap bile pak kadi tanya. Hohoho~
One fine day, penulis berjaya "menggerakkan" diri pergi ceramah pasal perkahwinan (bukan kursus kawin ye) di kampus.! Manusia yang datang berduyun-duyun. Ramai banget! Penceramah yang hadir senyum kambing je tengok. Antara ayat pembukaan " Saya perasan asal taruk tajuk ceramah ada perkataan kawin, cinta mesti penuh!" Penulis dan rakan2 hanya mengangguk sambil sengih cm kerang busuk. Biasalah tu kan? kalau pasal moral, sejarah islam ke, etc separuh dewan pun payah nak penuh! Hehehe. Time ustaz gurau ceramah ni untuk orang yang betul2 nak kawin, dah tak sabar2 sangat, penulis dan rakan2 nak angkat kaki dah lari tapi dah sampai, takkan nak lari kut! Lagipun ni boleh kira sebagai ilmu persediaan ke arah alam baru ni.
Soalan dari ustaz, kenapa nak kawin? Rata2 ustaz kata jawapan skema yang kami semua kutip dari buku sasbadi, fajar bakti, pelangi etc adalah nak mendapatkan zuriat dan mencari keredhaan Allah. Sengih lagi..Sangat sakit perut gelak~ Dulu pernah tengok satu drama ni pasal perkahwinan. Ayat peberet,what does a marriage mean to you? The spouse leaving their family and past behind in order to create a future together (not really agree with the leaving family thing though.. huhu). Basically script writer drama ni cuba tekankan dalam perkahwinan tu, banyak benda. LOVE, COMMUNICATION,HONESTY etc. Tapi bila dengar ceramah ni, my view change a bit.Semua yang diceritakan tu hanya element2 penting dalam perkahwinan je.Sebenarnya yang penting adalah kemana hala tuju kita dengan perkahwinan tersebut. Ke mana destinasi kita selepas perkahwinan tu? Perkahwinan tu bukan macam kisah cinderella "and they live happily ever after" semata-mata (teringat bila baca buku bukan pernikahan cinderella.. heheh) Matlamat setiap pasangan pastinya nak perkahwinan tu kekal kan? Tapi hanya ke akhir hayat ke? Sehidup semati je?
Tak, kita boleh pergi jauh lagi daripada tu. SAMPAI KE SYURGA! sebab itu adalah yang kekal selamanya.
Diceritakan kisah seorang mak cik ni. Suaminya dah lumpuh 5 tahun jadi dialah yang menaggung keluarga. Anak ramai dan gaji pun kecik je. Depan suaminya, dia sentiasa tersenyum, rileks macam xde apa. Bila dia cakap nakkeluar pergi beli barang masa ustaz datang melawat tu, ustaz pun intai~ Rupa-rupanya dia sedang menangis. Bila masuk balik, dia punya air muka macam tadi, rileks, xde masalah. Ditakdirkan suaminya meninggal beberapa mggu selepas tu (emmm.. x ingat.. heheh) dan mak cik ni pun call ustaz cerita pasal hubby dia. Sebelum suaminya sebut Allah dan meninggalkan dunia fana ni, dia cakap " Abang tunggu sayang di syurga". So sweettt!! dan mak cik pun cakap dia akan tuntut janji arwah suaminya nanti.
Kalau kawan2 nak tau, jadi wanita ni sangat senang masuk syurga! Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, dan suaminya REDHA terhadapnya sewaktu kematiannya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Hehehe, bangga penulis menjadi wanita. Tapi bukan mudah ye! Mujahadah yang sangat kuat diperlukan dan DOA!
Persedian ke arah ni sebenarnya mungkin dari kecil tapi bukan semua sedar. Contohnya, anak perempuan dibiasakna untuk bermain dengan barbie doll dan play house. Bermain dengan anak patung ni boleh menanamkan perasaan kasih sayang didalam diri anak tersebut. ( hu, budak yang tulis ni x pernah main dengan anak patung, jadi die kureng sket perasaan.. ngeh3x). Sama jugak dengan main masak2.. Mungkin boleh menanam minat suka untuk memasak. Yang lain, rajin2 kan diri membaca dan pergi dengar talk. Malas nak bergerak, ( mcm penulis ni) bukak radio dengar sudeh. Tak pun dunia siber sekarang, baca la dekat blog ke, forum ke.. Pilih yang mnae seswai dengan kita. Konklusi untuk bebelan ni, Penulis banyak lagi nak kena blaja pasal benda ni!
Special untuk kakak, Tahniah! Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke syurga. AMIN~
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU
No comments:
Post a Comment