Thursday, November 17, 2011

Fikir dulu sebelum buat

KHAS BUAT MEREKA YANG TAK MENGERTI..
“… Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Saba’: 13)

Manusia, manusia~ kenapa tak pernah bersyukur dengan apa yang anda dapat???
Even breathing is already a blessing, so why you didn't feel grateful to Allah??
Bukan saja tak bersyukur dengan apa yang Allah beri, malah memupuk sifat hasad dengki kepada orang lain. Dengki kerana mereka merasakan orang lain lebih cantik, kaya, murah rezeki dan sebagainya.. Meraka rasa lebih berhak untuk mendapat apa yang orang lain dapat. Tahu ke tak, Allah itu MAHA ADIL??? Mungkin apa yang dia ada, kita tidak ada, mungkin kita kurang di sini, dia lebih disana.. Semuanya ada sebab yang tersembunyi..

KHAS BUAT MEREKA YANG TAK MENGERTI..

Pernah tak anda fikir, ada kebaikan kah untuk merampas hakmilik orang? Rezeki yang Allah telah tentukan untuk setiap manusia, mengapa mahu dirampas?Butakah melihat rezeki yang Allah beri untuk diri sendiri? Masih tak tahu bersyukur? Untuk yang lebih "advance", siap mensyirikkan Allah kerana dengki dengan rezeki orang lain. Semua perkara dilupakan, yang haram, yang halal, janji sahabat yang teraniaya itu tidak mendapat apa yang dia inginkan. Fav quote " kalau aku tak dapat, jangan harap kau boleh dapat"

KHAS BUAT MEREKA YANG TAK MENGERTI..

Adakah anda tahu, sihir itu adalah perkara syirik? Tahu atau tidak syirik itu DOSA BESAR?? Sihir = Menyekutukan Allah = Dosa besar?

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". (Luqman : 13)

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, Dan Dia mengampuni dosa yang lain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (An Nisaa : 116)

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) sebelummu:"Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapus amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi. ( Az-Zumar : 65)

"Tiga orang yang tidak masuk surga, yaitu peminum khamr, pemutus silaturrahim, dan orang yang membenarkan sihir" (HR Imam Ahmad).
Faham tak? Kalau anda melakukan perkara terkutuk ni, maka anda memang TAK TAHU BERSYUKUR dan lebih teruk, anda MENDUAKAN PENCIPTA kita. Kenapa tak diminta denganNya semua perkara? Ada anda berusaha gigih untuk dapat seperti apa yang sahabat anda dapat? Ada usaha dan minta pertolongan dari Allah? SHAME ON YOU IF YOU DIDN'T ASK FOR HIS HELP, NOT WORKING HARD TO DESERVE THE THING YOU WANT, AND SUDDENLY, YOU WANT TO STEAL SOMEONE ELSE EFFORT! Kalau nak buat jahat sekalipun, fikir2 la banyak kali.Letak diri sendiri kat tempat orang tu. Cuba fikir apa yang dia rasa? dan, kalau sangat2 la dengki dan tak mahu langsung fikir pasal orang tu, cuba fikir pasal diri sendiri.. Kalau "benda" yang dihantar itu dipulangkan semula kepada kita, maka SASAU la hidup anda.. THINK THOUSANDS TIME BEFORE YOU DO IT! Habis semua amalan2 baik yang pernah kita buat.ZERO! Kalau zero, ke mana hala tuju di akhirat nanti?

BUAT MEREKA YANG TAK MENGERTI..

List nak pikir kalau nak buat jahat
  1.  Ape paedahnyer kau buat orang tu?
  2. Kaya benor nampaknye nak bayor cik bomoh tu, baik kau simpan mkn McD ke, KFC ke, shopping ke.. Lagi baik, kau derma kt masjid or rumah kebajikan
  3. Da la sekutukan Allah (1 dosa besar da tu), kau susahkan pula hidup kawan tu ( tambah lagi satu dosa) , ko buat pulak dia sampai innalillah ( satuuu lagiii dpt pree..)
  4. Amalan kau semua dah kosong, so kawan, ade pikir ke sok kat akhirat nak buat ape? nak nyorok? buat derk? ( mungkin hanya applicable untuk mika2 yang percaya rukun iman ni)
  5. Ok, ko hantar jugak ( abis dengki da ni), orang tu balas kaw2 punya.. Jumpe la lagi dengan bomoh "ter sayang" kau. Tu pun kalau kau tak sasau la ( da tu sape suruh kau g kacau org!) Duit lagi melayang.. ( since kau syg duit lebih sikit kan, dari amalan2 kau).. SAYANG KAN DUIT KAU?? HOW BOUT HIDUP KAU??
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Merek mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaiu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan:"Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan ijin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya sendiri dengan sihir, kalau mereka mengetahui. ( Al Baqarah : 102)
Fikir2 kan dan selamat beramal~ if only you know....

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Wednesday, November 16, 2011

Kehilangan.......

In the name of Allah, the most Loving~

Hari ni saya kehilangan seseorang dalam hidup.. Innalillahiwainnailaihirojiun~ Semoga Allah merahmati pemergian Maksu..

Maksu,
Almost 10 years i didn't see you and till the end, i still can't see n kiss your cheek and forehead. I wonder, what is the wisdom behind all this??
The memory of you, already faded so i have determined to go and visit you after i finished my study in this coming two months but Allah loves you more than me. I have no complain to you Allah.. I believe everything that you set up for me is the best thing. Anyway, thank you Allah for lending her to me and my family. May her soul is blessed with your rahmat.. Bye2 maksu. InsyaAllah kita jumpa disana..



Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, September 23, 2011

Cerita Malas

Ditujukan KHAS BUAT DIRI SENDIRI..

Kemalasan dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan? Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Allah ini kita lihat kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya nafsu. Tetapi Allah itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu.

Dengan adanya akal, ia diperintah untuk mencari ilmu yang Allah S.W.T telah turunkan ke bumi. Akal yang mencari ilmu yang baik lantaran akan membawa ketundukan kepada nafsu dan akan menyinarkan ketenangan buat jiwa. Sebaliknya pula bagi akal yang telah terpalit noda sewaktu mencari ilmu ia akan gagal memberikan keharmonian buat jiwa malah nafsu pula yang memegang tampuk pemerintahan bagi diri. Jadilah diri yang telah diselebungi sifat malas di dalamnya.

Di sini ada beberapa ilmu tentang malas yang telah saya dapati.

Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita, di bawah ini ada beberapa tips antaranya:

1. Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.

2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.

3. Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.

4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.

5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.

6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!

7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.

8. Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.

"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." (Al-Baqarah: 148)

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, August 15, 2011

Ini Kisahku

 Something to share :)



Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, August 5, 2011

Maksud Bacaan Di dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Allah mendengar hamba yg memujinya..Ya tuhan kepdamu segala pujian

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
p/s : Hayatilah dan ingatlah maknanya kerana ianya akan menambahkan kusyuk di dalam solat anda ... selamat mencuba

Astaghfirullah..Aku makin lupa~ Peringatan untuk diri sendiri
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, July 29, 2011

Ahlan Ya Ramadhan

In the name of Allah Most Gracious, Most Loving :)

Alhamdulillah hari ni dah selamat sampai rumah.. Walaupun balik untuk 4 hari je, saya gagahkan jugak diri nak balik.. Semata-mata nak sambut Ramadhan kali ni dengan keluarga.. Happy?? tak payah nak cerita.. rase nak lompat beribu kali pun ada..  Ye la, dah 10 tahun tak sambut Ramadhan dengan keluarga.. Kalau bukan sebbab final year project yang merunsingkan jiwa kat kuantan nun, tak kuasa nak duduk sana. Baik duduk rumah sini, tolong ape2 yang patut.. hehehehe (ye la sangat~) Sedar tak sedar dah setahun perjalanan saya melalui perubahan demi perubahan.. Iman yang sentiasa turun naik sangatla menyesakkan jiwa.. Betul la apa yang saya pernah baca dulu.. Satu artikel berkenaan bulan rejab , syaaban dan ramadhan.. dua bualn yang pertama adalah untuk menyediakan kita untuk bulan Ramadhan. tapi yang sedihnye, tahun ni sempat nak buat puasa sunat je. Gagah jugak la kerja kat kedai air yang sedap2 time puasa.. Qiam tak usah nak cakap.. memang ZERO.. Mata dah buka, then.. 5 minutes,10 minutes.. sedar2 dah subuh~ aiya! Terfikir juga kadang2.. kenapa time study boleh je nak bangun qiam tapi bukan time kerja. Sedangkan, obviously study tu lagi penat kot.. Anyway, watever the reason, it is ourselves rite? Back to the topic.. Ramadhan tu kemudiannya akan jadi kekuatan untuk meneruskan amalan2 baik kite sampai la Ramadhan berikutnya.. Memang betul pun! Semakin jauh dari bulan barakah ni, makin turun iman rasenye.. Ramadhan is a TRAINING MONTH!

Just nak wish Selamat Menyambut Bulan Ramadhan je sebenarnye... Panjang pulak membebelkan? hehehe

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, June 6, 2011

Mana adab awak?

MasyaAllah~ ape nk jadi la budak sorg ni.. giler lame tak update blog! hahaha.. dh berabuk bersawang~ sorry la yeh.. sometimes when life gets so busy.. > erk, mu busy ke sbenonyer? busy2 (jawapan nk sedapkan ati je ni)< ha, kalau macam ni dh tak boleh nk maintain, macam mane la ye agaknya dh masuk alam kerja yg betul?

hohh? sbelum teman lupe n meghapu bukan2, ni teman nak cite sesuatu~ Kisahnyer bermula di suatu petang yang panas terik di highway **** (buat suspen la konon, padehal kalau org tau pn xde maknenyer.. hahaha). Teman ngn keluarge on the way balik dari kampung aboh, balik kampung mamo.. benti la sat kat R&R nak mencekik. lapo nih,lapo2! manusia yang ade, jgn ckp la.. almaklum le cuti skola, kene pulok ari ahad.. ade meja kosong, jadi kami pun tarik la kerusi..5 ketol (lame giler tinggal BM sampai x ingat da penjodoh bilangan,hikhik) sumernyer, even kami ade 6 sumernyer.. Teman pi beli dlu lauk, pastu teman le jage kerusi meja.. Yop teman dok kat sebelah, bersedia untuk melahap juge, akan tetapi... KERUSI SEBELAH TEMAN LESAP DARI PANDANGAN!  * speechless giler time tu* . Teman buat pandangan "comey" kat sape yang amek tu. Pak cik yang dalam umur 50 an.. Teman malas nak cari gado, so teman diamkan aje. Datang le parents dgn 2 bro kecik teman. Kena la marah kenapa tak jage kerusi bla bla bla... Yang tak boleh nak blah skali, pak cik tu siap kabo kat aboh, " ala, amek je kerusi orang lain. amek je, amek je". Dalam hati teman "nasib baik mu org tue, klu tak dh lame aku lipat 18!"

Sini nak cakap pasal manners or adab. Kita sebagai orang melayu, ISLAM pulak tu, bukankah kita diajar untuk beradab dengan orang lain? ADA KENA BAYAR DUIT KE KALAU TANYA " cik, kerusi ni ada orang tak?" Bukankah itu kureng ajor namenye? siap dok mengajor orang, " amek je kerusi orang lain.." dimana teladan yang harus ditonjolkkan kepada orang muda? Adik kecik teman siap tanya " angah, nape tak amek je kerusi orang tu balik? x pun entam je!" Teman yang maseh mampu bersabor, dengan senyum kambing pun berkata " orang mcm tu tak ada adab adik. jgn ikut!. kalau angah pun buat macam die, angah pn jadi orang takda adab macam die. tak baguih2" Nak dijadikan cite, meja pak cik tu ada tmpt kosong, lalu datang la auntie cine, n hubby yg agk tue, tanya dkt seorang mamat yang baru nak abis makan di meja tu, " ada orang tak?" mamat tu cakap tak de, and then... ZOOM! Entah dari mane, datang seorang makcik tudung labuh, terus duduk dekat tempat tu, walhal, that place CLEARLY already belongs to that auntie. AGAIN, SPEECHLESS!!

Dalam hati, hanya mampu cakap astagfirullah.. muka dah macam merah padam.. Malu sungguh.. sedangkan mereka yang bukan beragama islam tahu untuk beradab, berbudi bahasa, mengape tidak kita? Auntie cina tu "main mate jeling2" dengan teman.. Teman senyum.. sementara dia tinggalkan hubby yang tak berapa nak sihat, dia pun pergi beratur beli makanan~ Teman pulook rase bersalah dengan auntie tu.. ades~  Manusia yang potong queue, (driving,when buying things, paying etc) pun boleh dikategorikan dalam golongan tanpa adab ni.

Pengajaran yang teman dapat reflect kat diri sendiri : Kena jaga adab sesama manusia, tak kira bangsa or agama.. nanti anak2 teman mesti diEDUCATE sebaik mungkin (InsyaAllah) tentang adab ni. Alway think about other people and lastly, JANGAN NGAJOR ORANG BENDA BUKAN2!

Roger and out! heeee
 *wink*
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, March 14, 2011

Surat untuk awak


Salam sayang untuk awak.
Awak,
Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa saya sangat sayang awak. Mereka pun sangat sayangkan awak. Kami tak pernah berasa tidak senang apabila dipertemukan dengan awak. Maaf, mungkin pada mulanya kami agak takut untuk mendekati diri awak. Yelah, awak seperti tidak mengendahkan kami. Seperti tidak mahu bergaul dengan kami yang tidak up to date macam awak ni.
Rupa-rupanya kami juga salah, sebenarnya awak yang malu untuk mendekati kami. Kata awak kami ni terlalu baik, dan awak juga kata bahawa kami ni tak macam awak. Apabila awak berkata begitu, terasa ada percikan api di hati. Bukan percikan api kerana marahkan awak tetapi marahkan diri sendiri. Kami sangat bersalah, kami sepatutnya menegur awak dari mula lagi. Maafkan kami, kami bukanlah yang terbaik tetapi kami akan cuba jadi yang terbaik untuk awak dan yang lain-lain.
Semasa awak mengadu tentang sesuatu, saya cuba mendengarnya. Saya ingin menyelami hati awak. Sebenarnya awak juga baik. Mungkin benar, pengaruh kawan itu penting. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang mengajak kita kepada kemungkaran, kita pasti akan terjebak sehingga melupakan-Nya. Itu tandanya iman kita masih belum kuat.
Awak,
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:" Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu."(al-Bukhari)
01.Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
02.Solat merupakan tiang agama. Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.
03.Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam. 
04.Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka               apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera                       bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.
Saya takut bila awak meninggalkan solat, sedangkan awak sendiri tahu jika meninggalkan salah satu sudah dikira bukan Islam lagi. Jangan malu untuk berubah! Pedulikan kata kawan 'syaitan' awak. Saya masih ingat lagi sewaktu awak menghantar saya ke stesen LRT, saya sudah berjanji di dalam hati ingin berterus terang dengan awak. Ingin sangat saya meluahkan secara berdepan dengan ayat yang tidak berkias. Saya rasa apa yang saya lakukan sebelum ini tidak menjadi kerana setiap kali saya menegur awak secara selingan mungkin tidak memberi apa-apa makna.
Saya juga masih mempunyai kelemahan dalam diri sendiri. Saya juga masih ketinggalan di dalam bab-bab agama, tetapi Alhamdulillah bab yang wajib tak pernah saya tinggalkan. Awak, saya mungkir janji! Saya tidak dapat mengucapkan perkataan itu secara bersemuka dengan awak. Saya sangat tidak berdaya, apakah saya tidak mampu melakukan 'Amar Maaruf, Nahi Mungkar' kepada kawan sendiri. Saya selalu gagal bila ia berkaitan dengan kawan.
Akhirnya, bila tiba di rumah barulah saya meluahkannya secara direct tetapi itupun menerusi telefon bimbit. Awak seperti mengubah topik lain, saya semakin takut. Takut awak akan terasa, tetapi ia adalah untuk kebaikan awak juga. Saya sangat sayangkan awak. Saya tidak mahu awak lalai sehingga melupakan DIA. Awak sebenarnya sangat baik sebab awak ada kesedaran dan tak pernah lari untuk semakin merapati kami.
Kata sahabat saya yang jauh lebih berilmu daripada saya, awak mungkin diberikan hidayah daripada Allah untuk berubah. Dan kami adalah orang-orang yang dipilih-Nya untuk mendekati awak. Kami tidak boleh meninggalkan awak. Kami tidak boleh tidak memperdulikan awak walau sedikit pun. Saya respect dengan sahabat saya itu. Awak, sekiranya awak membaca surat ini saya percaya awak mengerti maksudnya.
Yang Benar,
Kami yang sangat sayangkan awak.
from: ILUVISLAM


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, March 3, 2011

Muhrim ke Mahram?

“Maaf, Awak bukan muhrim saya. Tak boleh nak salam..”
 
 
Stop jap tang situ! Ramai antara kita masih keliru dengan dua perkataan , Mahram dan Muhrim. Mana yang betul sebenornye? Ce cite.. Ce cite..


Mahram adalah semua orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya karena sebab nasab, persusuan dan pernikahan
Muhrim adalah orang yang sedang melakukan ihram dalam haji atau umrah.

Pembagian Mahram
Syaikh ‘Abdul ‘Adzim bin Badawi Al-Khalafi (lihat Al-Wajiiz) menyatakan bahwa, seorang wanita haram dinikahi karena tiga sebab, yaitu karena nasab (keturunan), persusuan, dan mushaharah (pernikahan). Oleh karena itu, mahram wanita juga terbagi menjadi tiga macam yaitu mahram karena nasab atau keluarga, persusuan dan pernikahan.

Mahram Karena Nasab

1. Ayah
Termasuk juga datuk sebelah ibu atau ayah dan ke atas.. Yang di "angkat" tak termasuk list ye.Mereka tetap bukan mahram kita
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” (Qs. Al-Ahzab: 4)

2. Anak laki-laki
Termasuk dalam kategori anak laki-laki bagi wanita adalah cucu, baik cucu dari anak laki-laki maupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan pada keterangan di atas.

3. Saudara laki-laki, baik saudara laki-laki kandung maupun saudara sebapa ataupun seibu saja.
Saudara laki-laki tiri yang merupakan anak kandung dari bapak saja atau dari ibu saja termasuk dalam kategori mahram bagi wanita.

4. Anak saudara lelaki dari saudara lelaki atau perempuan dan anak keturunan mereka.


5. Bapa Saudara, baik dari sebelah ayah ataupun ibu.

Mahram Karena Ar-Radha’
Ar-radha’ah atau persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya ialah

  1. Telah terjadinya proses penyusuan selama lima kali.
  2. Penyusuan terjadi selama  dua tahun sejak kelahirannya.

Dari penjelasan di atas, maka dapat diketahui bahwa mahram bagi wanita dari sebab persusuan adalah seperti mahram dari nasab, yaitu:
1. Suami kepada ibu susu
Termasuk mahram juga datuk dari sebelah ayah atau ibu susuan dan ke atas.

2. Anak laki-laki dari ibu susu.
Termasuk anak susu adalah cucu dari anak susu baik laki-laki maupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
3. Saudara lelaki sepersusuan.
Baik dia saudara susu kandung, sebapak maupun cuma seibu.
4. Anak saudara persusuan
Baik anak saudara persusuan laki-laki maupun perempuan, juga keturunan mereka.
5. Bapa Saudara persusuan (saudara laki-laki bapak atau ibu susu).

Mahrom Karena Mushaharah
Mushaharah berasal dari kata ash-Shihr. Imam Ibnu Atsir rahimahullah berkata, “Shihr adalah mahram karena pernikahan” (An Nihayah 3/63).

1. Ayah mertua (ayah suami)
Termasuk ayah suami atau bapak dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka keatas

2. Anak tiri (anak suami dari istri lain)
Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri laki-laki maupun perempuan, begitu juga keturunan mereka
.
3. Ayah tiri (suami ibu tapi bukan bapak kandungnya)
Haramnya pernikahan dengan ayah tiri ini berlaku ketika ibunya telah jima’ dengan ayah tirinya sebelum bercerai. Namun, jika belum terjadi jima’, maka diperbolehkan.

4. Menantu laki-Laki (suami putri kandung)
Dan kemahraman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya

 Nak tau lebih lanjut boleh baca dekat sini : Muslimah

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, February 22, 2011

Manusia dan pendirian

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
Al Hajj verse 11~ (22:11)

This verse really stab my heart like a dagger~ Terasa giler T_T
Hate myself for not being able to update! hoho~ Final Year~ Fighting!
 
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, January 25, 2011

Let's get Married!

In the name of Allah the most Beneficent, the most Gracious~



Hehehe.. (gelak2 sket~)  okeh cool down.. orait2.. Tajuk kt atas memang selalu dielakkan oleh penulis. Penulis tak termasuk dalam golongan yang memikirkan sangat hal tersebut kecuali untuk gurau2 usik orang. Dulu lagi dasyat, i opposed marriage system (sakit gamaknye budak ni.. ish3x) Tapi bila mula mendalami Islam itu, baru penulis paham, kenapa perkahwinan itu perlu.. Sebenarnya banyak benda yang perlu dipelajari untuk melangkah ke alam baru ini. Bukan sekadar dah dekat tarikh baru nak terkial-kial hafal itu itu, baru nak blaja masak itu dan ini. Time nikah tergagap-gagap bile pak kadi tanya. Hohoho~

One fine day, penulis berjaya "menggerakkan" diri  pergi ceramah  pasal perkahwinan (bukan kursus kawin ye) di kampus.! Manusia yang datang berduyun-duyun. Ramai banget! Penceramah yang hadir senyum kambing je tengok. Antara ayat pembukaan " Saya perasan asal taruk tajuk ceramah ada perkataan kawin, cinta mesti penuh!" Penulis dan rakan2 hanya mengangguk sambil sengih cm kerang busuk. Biasalah tu kan? kalau pasal moral, sejarah islam ke, etc separuh dewan pun payah nak penuh! Hehehe. Time ustaz gurau ceramah ni untuk orang yang betul2 nak kawin, dah tak sabar2 sangat, penulis dan rakan2 nak angkat kaki dah lari tapi dah sampai, takkan nak lari kut! Lagipun ni boleh kira sebagai ilmu persediaan ke arah alam baru ni.

Soalan dari ustaz, kenapa nak kawin? Rata2 ustaz kata jawapan skema yang kami semua kutip dari buku sasbadi, fajar bakti, pelangi etc adalah nak mendapatkan zuriat dan mencari keredhaan Allah. Sengih lagi..Sangat sakit perut gelak~  Dulu pernah tengok satu drama ni pasal perkahwinan. Ayat peberet,what does a marriage mean to you?  The spouse leaving their family and past behind in order to create a future together  (not really agree with the leaving family thing though.. huhu). Basically script writer drama ni cuba tekankan dalam perkahwinan tu, banyak benda. LOVE, COMMUNICATION,HONESTY etc. Tapi bila dengar ceramah ni, my view change a bit.Semua yang diceritakan tu hanya element2 penting dalam perkahwinan je.Sebenarnya yang penting adalah kemana hala tuju kita dengan perkahwinan tersebut.  Ke mana destinasi kita selepas perkahwinan tu? Perkahwinan tu bukan macam kisah cinderella "and they live happily ever after" semata-mata (teringat bila baca buku bukan pernikahan cinderella.. heheh) Matlamat setiap pasangan pastinya nak perkahwinan tu kekal kan? Tapi hanya ke akhir hayat ke? Sehidup semati je?
Tak, kita boleh pergi jauh lagi daripada tu. SAMPAI KE SYURGA! sebab itu adalah yang kekal selamanya.

Diceritakan kisah seorang mak cik ni. Suaminya dah lumpuh 5 tahun jadi dialah yang menaggung keluarga. Anak ramai dan gaji pun kecik je. Depan suaminya, dia sentiasa tersenyum, rileks macam xde apa. Bila dia cakap nakkeluar pergi beli barang masa ustaz datang melawat tu, ustaz pun intai~  Rupa-rupanya dia sedang menangis. Bila masuk balik, dia punya air muka macam tadi, rileks, xde masalah. Ditakdirkan suaminya meninggal beberapa mggu selepas tu (emmm.. x ingat.. heheh) dan mak cik ni pun call ustaz cerita pasal hubby dia. Sebelum suaminya sebut Allah dan meninggalkan dunia fana ni, dia cakap " Abang tunggu sayang di syurga". So sweettt!!  dan mak cik pun cakap dia akan tuntut janji arwah suaminya nanti.

Kalau kawan2 nak tau, jadi wanita ni sangat senang masuk syurga!  Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, dan suaminya REDHA terhadapnya sewaktu kematiannya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Hehehe, bangga penulis menjadi wanita. Tapi bukan mudah ye! Mujahadah yang sangat kuat diperlukan dan DOA!

Persedian ke arah ni sebenarnya mungkin dari kecil tapi bukan semua sedar. Contohnya, anak perempuan dibiasakna untuk bermain dengan barbie doll dan play house. Bermain dengan anak patung ni boleh  menanamkan perasaan kasih sayang didalam diri anak tersebut. ( hu, budak yang tulis ni x pernah main dengan anak patung, jadi die kureng sket perasaan.. ngeh3x). Sama jugak dengan main masak2.. Mungkin boleh menanam minat suka untuk memasak. Yang lain, rajin2 kan diri membaca dan pergi dengar talk. Malas nak bergerak, ( mcm penulis ni) bukak radio dengar sudeh. Tak pun dunia siber sekarang, baca la dekat blog ke, forum ke.. Pilih yang mnae seswai dengan kita. Konklusi untuk bebelan ni, Penulis banyak lagi nak kena blaja pasal benda ni!

Special untuk kakak, Tahniah! Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke syurga. AMIN~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, January 20, 2011

Hevea Brasiliensis

Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana

Just came back from commercialization class.. Nak share something yang buat hati rasa kagum dengan ciptaan Allah. Sungguh DIA MAHA BIJAKSANA! Nak tau Hevea Brasiliensis tu ape?


Scientific name for POKOK GETAH sebenarnyer. hahaha. Nama gempakkan?? Yang nak cite bukan pasal nama dia, tapi how remarkable Allah is to create such a tree! Eh, ade gtau kan i'm a scientist to be? InsyaAllah, a useful one :)
Pokok ni asal dari Brazil tapi main producer sekarang is South East Asia Country and Malaysia in no 4 producer in the world. Nak cite camne dia di bawak masuk Malaysia, korang semak la buku sejarah balik eh~ heee
Hah, kuar topik lagi! OK2.. Pokok getah ni yang paling menarik ialah dia boleh generate the same volume of latex just in 48 hours. Maknanya, boleh toreh setiap 3 hari! Such an amazing tree isn't it? (maybe i'm the only one find it amazing.. heheh). Ada ke pokok lain dalam dunia ni, kita harvest and boleh replenish in such a short day? dan proses ni boleh berterusan untuk 35 taun! Kaya2~  Oppss!! lari lagi dari tajuk. Sekarang dengan Transgenic proses, makin banyak kegunaan getah especially latex . Lebih2 lagi dalam pharmaceutical sector. Pelbagai reseach sedang dijalankan to produce recombinant protein yang boleh bantu banyak bidang perubatan.Paling baru adalah human serum albumin x silap. Some function of this protein are;
  • Maintains oncotic pressure
  • Transports thyroid hormones
  • Transports other hormones, in particular, ones that are fat-soluble
  • Transports fatty acids ("free" fatty acids) to the liver
  • Transports unconjugated bilirubin
Jadi observer of nature ni memang menarik. Semakin mendekatkan hati dengan Allah. BEST TAU! Kejadian2 alam ni hanya berlaku dengan keizinanNya. Sungguh, Allah itu maha Bijaksana!

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, January 17, 2011

Pena tersungkur

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

UHuk2~ huaaaaa.. sangat2 upset dengan diri sendiri. Nak menulis tapi idea x keluar. Penat sental, perah, gosok pun x mau keluar. Adus~ Bukan tak mau update tapi kalau setakat menulis without good info, rase x seronok! Lagi teruk, salah info! Dulu sangat banyak membaca, so itu le zaman kegemilangan menulis smpai cikgu puji. Sekarang, semua tunggang langgang. Bahasa Melayu x yah nak cakap la, English pn cmtu. Everything becoming rusty~ Jadi, apa konklusi kita ari ni? BANYAKKAN MEMBACA! Sekian terima Kasih!

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, January 15, 2011

Dimana Subuh Kita?

Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...
Ke manakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.

Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
 from :iluvislam.com
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, January 6, 2011

Islam Pak Kadok

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Buka sahaja dimana-mana forum mahupun difacebook kini dan amat mudah kita melihat ramainya golongan seperti ini menjuarai gelanggang cerita dan debat agama. Cerita agama kini bukan cerita yang seharusnya menjadi bahan didikan yang mendahulukan ilmuan tetapi menjadi topik dan bahan sembang yang hangat seperti menjaja kacang putih dan kacang botak.

Tanda-tanda kiamat telahpun banyak dan tidak hairan kaum seperti ini juga semakin banyak. Kerana itu sabda Rasulullah yang menyeru supaya golongan ini dihapuskan. Dihapuskan disini janganlah kita ertikan ke tahap membunuh atau memancung kepala mereka. Itu namanya tak ada beban mencari beban. Menghapuskan golongan ini bermaksud kita mencegah dan mengutuk budaya ini supaya ia terhapus daripada budaya dan masyarakat Islam itu sendiri.

Sekiranya kita membiarkan golongan ini berleluasa, tanpa ada tindakan menghalang dan membasmi, maka mereka inilah yang akan menyuburkan kelahiran manusia-manusia fasiq yakni golongan yang berdusta dan mendustakan agama. Mereka bukan sahaja terkeluar daripada agama malah boleh menyebabkan ramai lagi umat Islam yang akan terikut keluar pemikiran mereka dari pemahaman Islam yang sebenar.

Islam Pak Kaduk
Cerita Pak Kaduk adalah cerita masyhur orang Melayu yang diwarisi turun termurun. Di zaman moden ramai yang tidak menghargainya mungkin kerana cerita Pak Kaduk tidak membantu dalam membina kelebihan. Pak Kaduk itu sendiri kisahnya adalah seorang yang tidak berilmu dengan tindakannya yang banyak menyusahkan diri sendiri.

Di sini cerita Pak Kaduk adalah kisah yang paling sinonim. Pak Kaduk menang sabung kampung tergadai. Demikianlah juga kisah orang kita yang menang debat tetapi agama tergadai. Ramai orang amat sukar berbincang ilmiah dan selalu ingin menang berdebat dan sudahnya beratus-ratus hadith dan ayat Al-Quran menjadi dalil dan bahan sokongan isi debat mereka.

Adakah mereka ini orang yang mahir atau memahami agama? Tidak dinafikan ada golongan yang tahu dan mengetahui tetapi golongan yang tidak mengetahui itu lebih ramai. Ramai yang menjadi 'Ustaz Google' dan 'Ustaz Search Engine' untuk mendapatkan nas dan dalil dari blog dan website sebagai bahan aktiviti perang mulut yang tidak berfaedah. Adakah mereka ini membuat pengesahan bahawa huraian dan sumber itu adalah betul? Adakah hadith yang diambil itu adalah sahih atau daif? Adakah benar huraian ayat Al-Quran itu mereka cerakinkan dengan kaedah yang betul? Adakah mereka merujuk orang yang mahir dalam agama sebelum mereka mengeluarkan pendapat yang bakal dibaca dan dirujuk orang lain sebagai panduan? Adakah mereka ingat Islam ini agama yang tidak ada kaedah?

Jadi apa bezanya mereka ini dengan Pak Kaduk? Menang bercerita tetapi kesan kerosakan daripada huraian agama itu membuatkan agama tercinta ini semakin tergadai. Bukankah perosak agama ini harus kita basmi supaya ia tidak berleluasa?

Apakata Jika Anda Tergolongan Dalam Golongan Ini?
Saya sendiri adalah salah seorang yang dahulu turut tergolong dalam golongan ini. Sungguhpun saya mempunyai asas agama dan mempelajari ilmu syariah, fekah, tauhid dan sebagainya dibangku sekolah dan kolej, tetapi saya sedar saya bukanlah pakar. Ada orang yang lebih pakar dan mahir harus dirujuk untuk mempastikan saya tidak mengeluarkan huraian salah yang mana boleh jadi menjadi rujukan sesat bagi orang kurang bijak.

Tanyalah diri anda adakah anda pernah melakukan perkara sedemikian rupa? Sekiranya ada, maka tidak susah benar untuk membetulkan keadaan. Tidak juga ia bermaksud anda harus berhenti daripada berdakwah dan menyebarkan syiar Islam ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah mendalami ilmu agama itu dan merujuk kepada orang yang mahir serta berguru.

Hakikatnya apabila kita makin mendalami agama itu, maka fahamlah kita semakin banyak yang kita tidak tahu dan perbetulkan. Satu-satunya perkara yang menyukarkan kita memahami perkara ini ialah ego dan minda yang terjajah. Kita banyak terfikir bahawa apabila kita diam, mengalah dan memberi muka, maka kita adalah orang yang kalah. Tapi kita selalu lupa bahawa kemenangan dalam Islam bukanlah kisah menang berdebat dan bercerita tetapi kemenangan dalam kebenaran.

Perjuangan Itu Sukar
Perjuangan itu bukanlah satu kisah atau terma yang menggambarkan perkara santai dan menyeronokkan. Ia menggambarkan satu kepayahan, kesabaran, kesungguhan, usaha yang mantap, kebijaksanaan dan tawakkal. Kerana itulah umat akhir zaman ini dijanjikan dengan pahala yang besar kerana perjuangan itu sukar dan sentiasa dipenuhi dugaan.

Salah satu kesukaran ialah peperangan melawan nafsu dan kelemahan diri. Hari ini anda melihat sahabat-handai dan orang lain membina kejayaan melalui kekayaan. Jauh disudut hati teringin memiliki dan berjaya. Tapi anda sendiri tahu bahawa kejayaan dalam hidup itu mempunyai definisi yang lebih besar.

Sekiranya anda tidak mampu menanggung dugaan perjuangan akhir zaman, usahlah anda menyerahkan diri untuk ketahap itu. Ini adalah kerana anda sendiri boleh lemas dalam perjuangan yang akhirnya merosakkan agama. Buat apa yang termampu. Sokong dan bantu mereka yang mempunyai kekuatan. Usah cuba menjadi 'hero' atau panglima kerana itu lebih kepada 'syok sendiri'. Kisah perjuangan dan keperwiraan bukan kisah mencipta pangkat atau 'title' sendiri.

Al-Quran itu turun secara 'munajjaman' yakni beransur-ansur. Dalam perjuangan kita juga harus beransur-ansur dan berstrategi. Usah terjun ke gelanggang sekadar untuk mati atau jadi bahan belasahan. Lakukanlah sesuatu perkara itu dengan praktikal dan memberi kesan yang hakiki. Semoga niat kita untuk berubah dan menyumbang dengan keikhlasan diberkati Allah. Selalulah berdoa semoga mendapat petunjuk agar tidak terpesong, sesat dan menyesatkan.

Source:ILUVISLAM

notd:am i? perlu lebih pantas bergerak kepadaNYA
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, January 1, 2011

2011

ALHAMDULILLAH  , TUHANKU MASIH MEMBERI PELUANG UNTUK BERNAFAS DI MUKA BUMI MILIKNYA.

Semoga tahun ini jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya dan saya jadi lebih baik untuk berjuang di jalan dakwah. Amin~
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU