In the of Allah the most Gracious and the most Merciful..
Alhamdulillah i'm still breathing in this glorious Friday morning albeit a lil bit unhealthy ^_^
Jumaat, hari yang ditunggu setiap insan yang dah kerja ( sbb rehat lama :P) dan juga hari bersejarah dalam hidup ni. Friday the thirteen 2005~ (KIV dulu nk cite.. hehhee)
Hari ni terfikir sesuatu bila dengar slot motivasi pagi tadi.. Ujian~ Test~ Musibah~
Allah pinjamkan kita macam-macam nikmat kat dunia ni. Contohnya kekayaan, kesihatan, kecantikan, family, kawan-kawan etc
So, bila sampai masa, Allah nak uji kita and bila kita ditimpa ujian, selalu kita mengeluh, "Ya Allah, kenapalah kau bagi ujian ni kat aku? Why me???" sambil angkat tangan kt atas dengan muka tensen n x puas hati> bet everyone done this at least once rite?
When we ask macam tu, seolah-olah kita x redha dengan apa yang Allah dah tetapkan.Yang lagi teruk bila kita ubah kebiasaan kita setiap hari bila ujian ni datang menimpa. Ni seolah-olah nak be rebellious to Allah when He want to test our patience.
Contoh: Sepasang suami isteri dikurniakan seorang anak. Tak lama lepas tu anak tersebut meninggal. Then spouse ni pn start x jumpa orang, rumah yang biasa dikemas jadi berselerak, diri tak terurus dan sebagainya.
Lagi satu cerita: Pada zaman dahulu ade seorang yang soleh pergi ke market n bought a watermelon (sedap nih telan time batuk dasyat cm skrg :P) for his wife. Bila balik, diberi tembikai tersebut kepada isterinya untuk dibelah dan makan. Lalu bila si isteri makan, terus keluar perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dari seorang isteri kerana tembikai tersebut tawar. Mengucap panjang orang soleh ni. "Kamu sebenarnya marah pada siapa?" tanya si suami pada isteri. "Pekebun yang menanam tembikai ni dengan harapan tembikai ini manis bila dituai (betul ke tuai eh?)? atau penjual yang menjual dengan harapan dia menjual yang manis dan terbaik kepada pelanggannya atau Aku yang membelinya dengan harapan dapat yang manis?" Dalam konteks ni siapa yang kita salahkan? *fikir jangan x fikir*
Anak yang dikurniakan itu hanyalah pinjaman sementara oleh itu bila tiba masa tetap dikembalikan jua. All of things that we have in this world belong to HIM. Bila kita rasa diri tu malang sangat2 sebab selalu diuji, fikir pasal orang lain lagi malang dari kita. For instance, saya sendiri.. Sebab si dutchess ni selalu sgt accident time main segala sukan yang ade kat dunia ni sampai x cukup tanah :P, maka Allah tarik balik kaki yang terlebih aktif tak sedor diri ni.One day, bila jumpa doc, she said " I'm sorry bebeh but you cannot be active anymore" (ni ayat rekaan semata-mata ye tp tu la benda yang disampaikan ). Masa tu rasa macam nk pergi serah diri kt batu belah batu bertangkup je rasa frustnya. Cepat2 mengucap. sebab at least saya masih ada kaki nak berjalan nak banding dengan yang tiada. Sekarang tak leh nak aktif macam dulu tapi redah jugak kadang2.. bila sakit buat derk je ^_^.
Sesungguhnya bila diberi ujian baru la kita nak ingat Allah. Itu la manusia dan termasuk la diri yang tak seberapa ni. Tenanglah bila hadapi ujian ni. Selalu berzikir dan berdoa semoga ditabahkan hati bukan dipermudahkan ujian.
Note of the day: Berpusing-pusing dunia sekeliling tapi masih berdiri dengan penuh gaya.. Alhamdulillah <3
Erm, kalau ada salah apa2 betul-betulkan lah ye ^_^
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU
No comments:
Post a Comment