Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Hari ini saya mahu berkongsi sedikit tazkirah yang disiarkan waktu Maghrib.. Pasal solat~
Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin juga ramai yang tak tahu. Disebabkan saya dah tahu, maka saya pun mahu share la ye. Ye la, Sharing is Caring, dan Knowlegde is POWER!! Bear that in mind ^ ^
Soalannya: KENAPA SOLAT ITU TIANG AGAMA?
siapa tahu angkat tangan!!! kekeke
Jawapannya: Solat itu merangkumi semua rukun islam yang lima. Macam mana tu?
Rukun 1: Mengucap dua kalimah shahadah
Dalam solat, rukun ini termasuk ketika bacaan kita duduk tahiyat awal/ akhir. Kalau tiada, tak sah solat
Rukun2: Solat
Yang ni, solat la kan..
Rukun 3: Puasa
Puasa itu menahan diri. Dalam solat, kita menahan diri dari makan, minum, bergerak lebih-lebih, tahan dari fikir hal dunia dan macam-macam lagi.
Rukun 4: Zakat
Zakat itu maksudnya menyucikan. Sebelum solat, kita wajib ambil wudu' untuk menyucikan anggota tubuh kita. Bahkan, tempat kita solat, pakaian kita mestilah suci dari najis dan kotoran
Rukun 5: Menunaikan Haji
Dlam menunaikan haji, kita ada tawaf keliling kaabah. Solat pula kita berkiblatkan kaabah
Haaa.. kan cukup semua 5 rukun tu! ^ ^
Solat la kawan-kawan.. Solat tu mudah. x payah byr duit macam nak pergi haji, x guna banyak masa, x perlu tahan lapar berjam-jam macam kita puasa. Kerana SOLAT ITU MUDAH (bukan dipermudahkan ye), maka ia menjadi tiang seri hidup kita..
*Jom nyanyi sikit lagu sepohon kayu*
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU
No comments:
Post a Comment