Monday, October 18, 2010

Baiti Jannati

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sabda Rasulullah SAW: “Yang terbaik di antara kalian adalah yang memperlakukan keluarganya dengan baik. Dan aku adalah yang terbaik memperlakukan keluargaku.”
 Sekarang memang terasa benar kelainannya. Meluangkan masa bersama keluarga tercinta. BETUL-BETUL meluangkan masa bersama keluarga. Bukan setakat melihat muka dan bertanya khabar kosong campur dengan nada tak ikhlas macam zaman jahiliyah dulu. Masa zaman tu memang terkenal dengan sikap "buat derk" dan hidup dengan dunia sendiri..terasa KOSONG! Sungguh kosong. Now.. kekosongan itu mula terisi sedikit demi sedikit..  My house now is a HOME! not just a house anymore :)

Defini sebuah keluarga bahagia bagi saya.. Ibu bapa menjalankan tanggungjawab, mengambil berat dan memberi kasih sayang terhadap anak2. Anak2 juga menjalankan tanggungjawab mereka,belajar, menghormati dan mentaati ibu bapa. Tak lupa kasih sayang dengan adik beradik yang lain. Sekiranya setiap individu yang memegang jawatan like mak, abah, abang, akak,adik etc yang seangkatan dengannya, maka company tersebut akan jadi teguh. Dan rumah itu bukan hanya sekadar "house" but a "home".

Satu masa dulu..ntah berapa kali tak puas hati dengan mak abah.. mengutuk adik abang, meninggi suara dengan opah atuk, Uncle n auntie etc.. Astagfirullah.. Korang pn mesti penah kan? but then i'm much worst! Bila hati mula terbuka, mata melihat dengan persepsi yang lain.. Ah.. BERDOSANYA.. Saya pasti ramai yang tau, mengatakan Ah sekalipun pada ibu bapa dah boleh kira derhaka. but then, kita still buat. KAN?Mungkin kerana KITA TIDAK TAHU MENGHARGAI MEREKA. Itu manusia.. MANUSIA MEMANG SUKAR MENGHARGAI SESUATU DI DEPAN MATA SEHINGGALAH MEREKA KEHILANGANNYA..

Dulu penah x cakap macam ni? " Weh, mak ayah kau cool la!" " Baik gila akak kau!" " Sempoi la
 abang kau!" then mesti sambung, " Kalau aku punya parents/abang/kakak/adik macam tu kan best?" tapi kenapa tak sambung dengan.. " parents ko best la tp parents aku gak yang terbaik dekat dunia ni! " Membanding-bandingkan keluarga kau dan keluarga aku. Seolah-olah mempersoalkan nikmat yang Allah bagi pada kita. Siapa kita yang mahu mempersoalkannya?
“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (al-baqarah:216)
Dia yang lebih mengetahui kenapa kita dilahirkan dalam keluarga sebegitu.. Andai kita ditukar tempat seketika pun join that superb family yang kita cakap the best tu, pasti kita still akan tengok ada family yang lagi best. Thus, the comparison won't stop.Sentiasa tak puas hati!

Bersyukurlah dengan apa yang telah diberi. Bayangkan mereka-mereka yang langsung tiada keluarga dan sanak saudara.Mulai sekarang mari kita sama-sama mula belajar mensyukuri dan menghargai. Mungkin esok lusa kita akan kehilangan mereka. mungkin juga kita yang akan pergi dulu. Peringatan buat diri sendiri dan kita semua :)

Rumah itu SYURGA dunia~ oooo.. baru mengerti sekarang. Syukur belum terlewat :). Mode berangan untuk membina syurga dunia yang lebih hebat bersama CEO yang kat atas sana dan manager yang masih belum ditemui.. hehehe

P/s: YA ALLAH,RAHMATI KELUARGA KU, REDHAI KAMI DAN TEMPATKAN KAMI DI SYURGAMU. Amin~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment