Wednesday, September 15, 2010

SANAH HELWAH buat diri

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)


SELAMAT HARI LAHIR KE 22 WAHAI YANG CANTIK BERSERI :)
Tinta ini ditulis sebagai peringatan dan juga penghargaan buat insan yang berada di sisi selama 22 tahun saya bergelar khalifah di muka bumi Allah ini.


First and foremost, my deepest gratitude to my creator,Allah kerana sentisa menyayangi hamba yang hina ini. Semakin jauh aku lari dari-Mu, Semakin dekat Kau menarikku ke arahMu. ALHAMDULILLAH~ Syukur kepadaMu Ya Rabb untuk semua nikmat yang kau berikan. Wajah,anggota badan, ibu bapa yang baik, abg dan adik, keluarga yang menyayangi.. Subhanallah.. tak terhitung nikmatMu terhadap diri ini. Namun, kadang kala aku terleka dan lalai dengan dunia yang fana ini. Jauhi daku ya Allah dari cinta dunia yang melalaikan ini, suburkan hatiku dengan cinta terhadapMu. Ampuni daku,Tarbiyah daku, sayangi daku, redhai aku, kurniakan aku rezeki dan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaMu. Petunjuk dariMu adalah idamanku, hadiah terbaik buatku.


Buat bonda dan ayahanda tercinta..
Terima kasih kerana sudi menyayangi angah yagn sangat2 jahat ni. Ampunkan segala dosa angah, halalkan makan minum angah. Sungguh, tidak terbalas jasa mamam n abah walau sekuat mana angah cuba untuk membalas. Ya Rahman, tempatkan ibu dan ayahku di syurgaMu, golongkan mereka dikalangan hamba2 Mu yang beramal soleh. Sayangi mereka, pelihara mereka seperti mana mereka menjagaku sejak dari kecil. Semoga Allah tempatkan kita sekeluarga di syurgaNya. Doa dari abah dan mama adalah hadiah terbaik untuk angah.


Buat diri sendiri
Usia dah bertambah, maka tambahlah pecutan terhadap Allah. Jadi lebih matang , carilah ilmu sebanyak mungkin untuk dirimu dan orang sekeling. Berfikir sebelum berkata-kata and walk your talk! Be moderate, tabahkan hati dengan dugaan yang melanda. Allah sentiasa bersama orang2 yang bersabar :). Tatkala kesusahan, ingatlah ada yang lebih susah dari kamu! Berlumba beribadah, bermujahadah melawan nafsu dan syaitan.


Buat sahabat-sahabat
Di atas kesudian berkawan dengan diri yang serba kekurangan, terima kasih. Please stay by my side forever and support me! Semoga persahabatan kita kekal sehingga ke dunia sana. Doakan perubahanku berkekalan sehingga hujung nyawa. Doaku semoga teman2 jua mendapat hidayah dariNya sepertimana yang diberikan kepadaku.Amin~


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

No comments:

Post a Comment