Saturday, July 31, 2010

Sebuah Pertemuan

A song by UNIC . I dedicate this song to kakak! :)

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
 
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
 
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
 
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

p/s: Can't wait to see you next week! InsyaAllah,Biznillah ~  missing someone.. huhuhu


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, July 29, 2010

Tawakal je la..

In the name of Allah, the most Gracious and the most Loving.

Kisah 2 orang sahabat baik
Tersebutlah kisah dua orang kawan baik yang memang sehabis baik. Kamceng depa tak usah nak kata la. Pi mana semua berdua. Nasib baik lelaki dua-dua, kalau tak.. hehehe, boleh kena cekup ngan tok kadi la jawabnyer.. Pada suatu hari, Ahmad aka mat & partnernye, Sameon aka meon  keluar "dating" bersama untuk membeli barang keperluan mereka. Sampai di shopping mall (ece, pergi shopping kat tempat class gitu you!  :P) bersama menunggang "bini kesayangan" si mat, motosikal itu pun di parkir di tempat sepatutnya..

"Aik, awat hang tak kunci "awek" tu? Kang hilang naya ja!" Meon buat muka berkerut seribu
"Eh, hang tok sah nak pikiaq banyak2 la. TAWAKAL AJE SUDAH~" Jawab si Mat dengan selamba
"Tawakal? kut iye pon kunci la. Kan dah banyak motor hilang dekat area ni" Meon menasihati
"La, Allah kan ada. tawakal je. takda orang amek punya eh~~" Mat menyatakan keyakinan dengan Allah
"Lantak hang lah! Aku habaq dah" Meon malas amek pusing

Maka berjalan lah dua sahabat masuk ke shopping mall itu .Dua jam kemudian..
"Mat, hang tak rasa jauh sangat ka kita jalan? tak nampak pon kelibat "awek" hang?"
"Ada2. Sat lagi jumpa la" tapi hatinya mula gelisah
"Hah, itu bukan helmet kita ke?" Meon menudingkan jari ke arah tempat parkir yang kosong tanpa motosikal
 tetapi helmet pulak parking kat situ!
"Meon!! benarkah ini? mana "awek" aku? sape songlap? ahhhhh"Mat mula sawan di situ
"Tu la, aku cakap dah tadi! Tawakal tengkorak hang!" Meon membebel
"Dah2, jangan buat drama kat sini. Niat sedekah je la "awek" hang tu.Jom balik, amek helmet tu pakai dalam bas! nampak gak stylo" Meon bubuh lagi garam dihati Mat yang terluka.
Bergerak lah kedua-dua sahabat ke stesen bus berdekatan dengan barang-barang dikiri kanan. Sambil2 si Meon meneruskan pem"bebel"an terhadap Mat...

Usaha, Doa & Tawakal
Apa moral value yang tuan hamba semua dapat kat story di atas?  Ke tak faham cite? hehehhe.. Kisah ni nak bagitau, tawakal itu bukan sekadar tawakal mem"pig" buta ( hehe, translate sendiri). Ramai orang yang salah faham dengan konsep tawakal ni. Kita seharusnya berusaha dahulu sebelum bertawakal kepada Allah untuk usaha yang kita lakukan dan diselit dengan doa.
Tapi.. benda tu kalau nak jadi tu tetap jadi~ Kan Allah dah tentukan~ Jadi tak payah la nak usaha~ >> pernah tak ada orang cakap camni? ADE! Ramai je yang fikir like this.
Benar itu semua takdir buat kita, tapi kenapa Allah suruh kita usaha? Apa guna usaha kalau nanti result yang kita dapat tetap macam tu? Sebab ALLAH sayang kita & nak bagi kita PAHALA.. dan, melalui bersusah payah, berusaha itu, kita manusia akan lebih menghargai sesuatu perkara. Tak gitu?
".. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka itu sendiri.." Al-Ra'd(13:11)
For instance lagi, SYURGA. Syurga itu milik Allah jadi, Dia boleh bagi sesiapa yang Dia kehendaki untuk masuk. Kiranya boleh bagi berdebuk la kat manusia. Tapi kenapa kena usaha nak dapat syurga tu? Sebab syurga itu tersangat la manis dan kalau kita dapat free je.. adeh, ape yang best!

Ada pulak yang mengeluh.. "Aku dah usaha, aku dah doa, aku dah tawakal! Tapi apa yang aku dapat??" Astagfirullah~
"..Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." Al-Talaq(65:3)
Memang kita usaha,doa dan tawakal. Tapi Allah itu lebih mengetahui! Apa yang diberi itulah yang terbaik buat kita. Mungkin juga ditangguhkan dahulu pemberian itu untuk suatu ketika yang lebih bermakna. Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu!

Masuk Syurga tanpa Hisab
Dari Abbas r.a, dia berkata bahwa Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Ditampakkan kepadaku beberapa ummat. Maka ada seorang nabi yang berjalan dengan diikuti oleh satu ummat, ada pula seorang nabi yang diikuti oleh beberapa orang, ada juga nabi yang diikuti oleh sepuluh orang. Ada juga nabi yang diikuti lima orang, bahkan ada seorang nabi yang berjalan sendiri.
Aku pun memperhatikan maka tiba-tiba ada sejumlah besar orang, aku berkata, ‘Wahai Jibril, apakah mereka itu ummatku? Jibril menjawab, ‘Bukan, tapi lihatlah ke ufuk!’ Maka aku pun melihat ternyata ada sejumlah besar manusia. Jibril berkata, ‘Mereka adalah ummatmu, dan mereka yang di depan, 70.000 orang tidak akan dihisab dan tidak akan diadzab.’
Aku berkata, ‘Kenapa?’ Dia menjawab, ‘Mereka tidak minta di-kai, tidak minta diruqyah, dan tidak meramal nasib serta hanya kepada Allah mereka bertawakal.’

Maka berdirilah Ukasyah bin Mihshan, lalu berkata, ‘Berdoalah kepada Allah agar Dia menjadikan salah satu seorang di antara mereka.’
Nabi pun berdoa, ‘Ya Allah, jadikanlah dia salah seorang di antara mereka.’Lalu ada orang lain yang berdiri dan berkata, ‘Berdoalah kepada Allah agar Dia menjadikan aku salah seorang di antara mereka.’ Nabi Shalalahu ‘alaihi wasslam menjawab, ‘Kamu telah didahului oleh Ukasyah’.” [HR. Bukhari]
Semoga kita termasuk golongan mereka.
Allahumma aamiin.

 NotD: Hampir dua minggu bertahan dengan migrain yang mrncucuk, akhirnya sampai jugak ubat. Alhamdulillah. Dah nak masuk 4 bulan sakit yang masih belum sembuh, makin bertambah lagi. Sakit itu KIFARAH dosa!
Ampunkan dosaku Ya Allah, sebelum aku menghadapMu~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, July 26, 2010

Damba CintaMU

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

song by Raihan

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, July 23, 2010

Tudung labuhku

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Genap empat hari bertudung labuh~ Wah... siapa sangka? pelbagai soalan dan spekulasi dibuat oleh teman-teman namun aku hanya berdiam diri, membalas dengan senyuman.. heheheh~  dalam banyak2 soalan, akhirnya saya perlu juga berterus terang dengan seorang kakak officer kulliyyah, Kak S yang memang rapat dari tahun pertama. Melangkah ke kelas pada hari ini, memakai jubah buat pertama kali, pandangan2 dari mereka hanya saya abaikan.TAPI, terpandang pula kak S yang duduk di kerusi hadapan sedang menguruskan video conference dengan lecturer di gombak. Tatkala terpandang diri ini, dia membeku. Kemudian menunjukkan jarinya ke arah tudungku. Aku hanya angkat kening dan senyum. Kak S buat muka tak puas hati. Rakan-rakan sekelas yang berada dibelakang semua memandang kami. Akhirnya kak S bergerak ke arahku, lantas berdiri di depanku. "Fatin, tudung tu.. kenapa?" semua yang berada disekeliling mula memasang telinga. Saya hanya tersenyum. "Kelas nak start ni, nanti jumpa akak kat department! compulsory!" tegasnya. Hanya mengangguk menyatakan persetujuan.

Selesai kelas VC tiga jam itu, kaki melangkah ke deparment. Masuk ke dalam dan melabuhkan diri di kerusi dihadapannya. " Fatin kenapa pakai tudung ni? sejak bila? "  Bertubi-tubi soalan keluar dan saya menjawab mana yang termampu. tiada rahsia. Cuma yang terkilan sedikit, rata-rata soalan yang keluar, soalan wajib, "KAU NAK KAHWIN KE?" Seolah-olah perubahanku ada kena mengena dengan insan bernama lelaki! Tidakkah mereka tahu, Allah itu yang memberi hidayah? jadi kenapa perlu adanya lelaki? Mungkin fenomena sekarang, yang berubah semuannya kerana lelaki~ Hanya Allah lebih mengetahui.. ayat kelakar dari kak S " Akak mati2 ingat fatin pinjam tudung orang lain. kot saja2 nak main2. Yela, orang stock ganas cmni tiba2 jadi cmni. sape tak terkejut?" Ketawa kejap kt situ.. hehehhe~ Cuma dia berharap perubahan ini berterusan.

Petang menyusul, melangkah pula ke skill class. Kali ini, bertembunglah dengan 4 orang sahabat2 baik itu. "Fatin zahirah mane?" tanya ex-roomate sedangkan saya dihadapan dia. cuma x menoleh je. Axellos menuding ke arahku. "Kenapa tudung dia labuh sangat?" he, diam je.. fokus2... madam tengah cakap! Selesai kelas, mereka menarikku. Si budak sarawak bertanya, " bila kau pakai mcm ni? kau nak kahwin dah ke? ha? ha?" adeh, budak ni memang banyak tanya. tapi buat derk je. malas nak jawab part belakang tu. jawab yang depan je. Adik pulak tanya, dah memang pakai full cmni? tudung biasa? seluar pakai lagi ke tak? bla bla.." jawab je la semua. "Tudung tak pakai tu derma kat kitorang la! hahaha" adik mengusik. Tak sempat jawab orang lain pulak tanya. Hu, diorang2 ni memang kaki investigator! Tapi, mereka semua menyokong! Alhamdulillah! dan adik kata "bagus la kamu.. SAYA BANGGA DENGAN KAMU!" terharu saya.. hu~ thank you kawan2 sayang. Korang the best! Semoga persahabatan kita kekal ke akhirat sana! InsyaAllah~

Beberapa hari kerisauan mencari tudung2 lain sebab hanya ada 4 helai yang boleh dipakai. ke hulu ke hilir mencari. dan, ALLAH itulah pemberi segalanya, yang membantu tatkala hati keresahan. Seorang sahabat menghadiahkan tudung miliknya yang tidak dipakai. 7 helai semuanya! Subhanallah, semudah itu diri ini diberi penyelesaian. Benarlah, selangkahku padamu, seribu langkahmu padaku.. Syukur alhamdulillah. dapat extra t-shirt 3 helai lagi! hehehe~ jadi tak perlu keluar duit nak beli semua. Aku bahagia bersamaMU YA RABB~
Beri aku kekuatan Ya Allah untuk meneruskan mujahadahku..

NotD: nanti balik rumah soalan apa pulak keluar~ hehehe.

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, July 20, 2010

Allah beri izin jua

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Akhirnya, di usia 22 tahun dan Allah beri jua keizinanNya pada hari ini untuk diri memakai tudung yang lebih baik. ALHAMDULILLAH! Tapi bukan la tudung bulat. Tudung bidang 60 tu je. Hehehe~ Satu pencapaian diri yang terbaik! Setelah istikharah beberapa kali, aku redah pakai juga dengan fatwa hati. Hati itu tenang kepada kebaikan, gelisah kepada keburukan, bak kata ustaz hasrizal. Istiqamah wahai yang cantik berseri!

Halangan
Banyak juga halangan yang perlu dihadapi sebelum dan selepas ini. Sebelum , saya suarakan hasrat hati pada bonda tercinta. Bonda hanya mendiamkan diri buat seketika. Akhirnya, "Bagus kamu nak buat begitu tapi kamu dah puas ke buat semua benda? Dah pakai nanti banyak restriction, dugaan lagi besar. Sedia?" Bonda menyokong tetapi lebih kepada membantah pada fikiranku. Faktor utama, risaukan satu-satunya puteri tidak akan bertahan. Bonda tersayang, adanya kekuatan dari Ilahi, anakmu akan meneruskan perjuangan! InsyaALLAH.
"Fatin tu kenapa?" Housemate bertanya buat sekalian kalinya. Khabaran dari housemate lain yang mengetahui perubahan ku. Mereka yang mengetahui hanya sekadar membisu dan aku.. senyum barangkali jika ditanya face to face. Ayat terbaik from my roomie, " Kau ni bercinta dengan tabligh ke?" Adeh! mau guling2 kat situ juga gelak. Tapi aku hanya memilih mendiamkan diri. Ketahuilah, benar aku bercinta! AKU BERCINTA DENGAN ALLAH! itu satu kepastian.
Hari ini bila masuk ke kelas, diriku perasan. Jelingan-jelingan dan senyuman sinis dari sahabat2. Tidak kurang juga yang menyokong. Terima kasih buat yang menyokong, dan yang menjeling, jangan jeling dasyat sangat, terkeluar bijik mata tu nanti! hehehe~ I LIVE HOWEVER I WANT, DO WHATEVER I WANT, MY STYLE, MY WAY! Redha Allah yang aku cari, bukan kamu! Ada lagi yang belum melihat ni, 6 orang sahabat baikku yang tinggal di dalam kampus berlainan course. Mau menjerit mereka barangkali!  Siapa yang tak terkejut bekas gangster,taiko, rempit motor ( maksudnye bwk motor je ye.. bkn lumba2 haram tu.. the fact that i was the pioneer in the campus that use motorcycle, the only girl to be exact b4 org lain mengikut) tetiba pakai tudung labuh, baju kurung, handsocks dan stockings. Nasib la senior2 dulu dah keluar. kalau tak lagi dasyat kena usik. hehehe~ Paling penting, AKU BAHAGIA BEGINI :)
Berikan kekuatan padaku Ya Rahman, meneruskan perjuangan. Pimpinlah aku selamanya..  Setiap halangan akan cuba aku gagahi dibawah pimpinanMu

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, July 19, 2010

Malam Amal Palestine di Hati

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang..

Hari ni kelas masih belum mula sepenuhnya jadi masih ada masa ber"blogging". dan hari ni nak guna "Ana".. Hehehe~ Semalam telah berjaya diadakan Malam Amal Palestine di kampusku, anjuran HALUAN cawangan kuantan. Pelajar-pelajar dari universiti sekitar kuantan turut menghadiri, tidak kurang juga dengan golongan masyarakat yang perihatin.Auditorium penuh sesak dengan orang ramai menanti program dimulakan. KALI PERTAMA, diri menjejakkan kaki ke majlis bertemakan palestine..
Program dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran dari seorang pelajar maahad tahfiz dan diteruskan dengan ucapan aluan dari director of campus. Nasyid dipersembahkan oleh pelajar2 UIA dan deklamasi sajak oleh Bro. Zulkifli yang sangat meruntun hati. Terasa bersalah kerana sebelum ana yang "baru" muncul, ana yang "lama" hanya mengambil mudah isu ini. ALLAH, berdosanya hambaMu ini~
Kemudian majlis diserikan pula dengan persembahan nasyid dari kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia.Lagi sekali, buat PERTAMA KALI, terdetik dihati ana, "Ah, berhibur dengan nasyid pn apa kurangnya. Not bad!". Malah ana rasakan lebih hebat dari konsert TVXQ yang pernah ana hadiri dan membelanjakan RM500 semata-mata mahukan seat VIP! Ruginya diri.. RUGI! Tapi sekarang, laptop, hp dan mp3 dipenuhi nasyid dan ayat2 Al-Quran penenang jiwa. Lebih2 lagi tatkala terasa kehilangan~ Sekarang ana adalah peminat SHOUTUL HARAKAH!! yeay!
Diselangkan dengan main program, ucapan dan slideshow dari aktivis yang meyertai MAVI MARMARA. Yahudi memang manusia DURJANA! Kejahatan mereka, kezaliman mereka, Ya Allah, sangat.. tidak berperikemanusiaan. NO HUMANITY! Wajar juga digelar binatang barangkali. Patut la kakak pesan jangan sesekali bersangka baik dengan mereka ni. Dan pabila slideshow ditayangkan, hanya air mata mengalir (bingung dengan air mata yang semakin murah sejak bercinta dengan Allah ni.), diri terkaku.. Ana menitiskan air mata kerana melihat saudara-saudara dikasari, ditembak mati dan cedera. Tapi bukan itu penyebab utama. ANA DENGKI DENGAN MEREKA YANG TERKORBAN KERANA MEREKA MATI SYAHID! Jealous, green with envy! Alangkah baiknya jika itu diri ini. Soalan yang paling mengasak, kenapa sekarang baru ana menyedari, membuka mata? Astagfirullah~ Diri ini masih bersyukur ya Allah kerana masih diberi hidayah dariMu.. Ana akan meneruskan mujahadah ini dengan kekuatan dari Ilahi. InsyaAllah~
 Program berakhir jam 12 malam, dan menunggang motosikal di dalam kegelapan bersama roommate, sampai jua di villa tercinta yang letaknya agak jauh di luar kampus. Risau juga namun digagahkan hati untuk pergi ke majlis ni.. Alhamdulillah selamat.. hehe.

NotD: " waaa.. fatin pakai stoking tangan~" nasib x tergelak guling2 kat situ. tu belum pakai lagi tudung bidang 60 yang dh dibeli smlm. Tggu dan lihat je la ye :D

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Sunday, July 18, 2010

Aku W.A.N.I.T.A


Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana , Maha Pengasih dan Penyayang kerana menciptakanku sebagai WANITA..
Mood sekarang half asleep, half excited,half jiwang ( the fact that I’m not that jiwang but still~ hehehe). Seminar  yang dihadiri semalam sehari suntuk terasa seperti kursus pra-perkahwinan walaupun pasal israk mikraj (wanita dalam penghayatan israk wa mikraj). Tempat dilangsungkan pun sudah cukup baik, Dewan Jabatan Agama Islam Pahang  where opis tok kadi dekat sgt2. Calon je yang takde nak buat akad nikah ! Ngee..  Ok2.. i’ll be half serious despite the fact i’ve already promised to myself to be more mature.
Wanita dan MURNI! 
Apa kaitan murni dengan wanita? Wanita yang murni itu adalah wanita yang  menawan, wanita yang mempunyai ciri-ciri baik dan solehah. Bukan wanita bernama murni ye! Menawannya seorang wanita itu kerana tutur katanya,pakaiannya, kelembutannya dan banyak lagi! Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi, murni nya seorang wanita terletak pada empat perkara.
1-     Taat: Ketaatannya kepada Allah dan Rasul, Ketaatannya pada ibu bapa dan ketaatannya pada suami
2-     Tunduk:Akur pada perintah Allah, akur pada ibu bapa dan suami
3-     Takut: menjauhi laranganNya kerana takut akan azabnya
4-     Komunikasi yang baik: bahasa yang elok dan sedap didengar
Dan wanita yang terbaik adalah wanita yang apabila dilihat oleh suaminya tenang jiwa,elok tingkah lakunya,taat pada perintah dan apabila ketiadaan suaminya, dia pasti boleh menjaga dirinya.
Wanita dan rumahtangga
“Tiada yang boleh menguasai lelaki didalam rumah mereka kecuali wanita manja” (Ibu mertua Abu Umayyah)
“KEMBALIKAN SIFAT SEMULAJADI WANITA, AKTIFKAN KEMBALI KEWANITAAN ANDA!”

Wanita itu semulajadinya manja. Hanya kerana kemanjaan wanita itu, lentok habislah sang suami walaupun darahnya sedang mendidih seperti lava yang akan dimuntahkan bila-bila masa. Abu Darda’ r.a. pernah berkata kepada isterinya;
“jika engkau melihatku sedang marah, maka redakanlah dan jika aku melihatmu sedang marah maka aku akan meredakannya,jika tidak maka kita tidak akan pernah dapat kerukunan hidup berumahtangga”
Gunakan suara lunakmu, lentok manjamu untuk menawan hati memujuk suami. Ini juga tips yang sangat berguna kalau nak beli benda baru like perabut rumah etc :P.. Peringatan: ini hanya untuk mereka yang ada sijil nikah je ye! Yang xde jangan nak manja2 mcm kucing dengan boyafriend or gelifriend (hehe). Part suami, suami juga perlu bertolak ansur. GIVE AND TAKE. Kalaupun isteri berleter, sabar je la. Sebab? Dia adalah manusia yang sanggup melahirkan anakmu, melayan kerenahmu, memasak untukmu dan sebagainya. 

Kekuatan Wanita, Wanita sebagai pendidik 
Wanita itu tiang Negara bukan tiang bendera! apabila baik, maka baiklah tetapi apabila buruk, hancurlah.Dari perut seorang wanita, lahir seorang ilmuan, angkasawan, doctor, jurutera,pemimpin dan sebagainya. Tanya setiap lelaki yang berjaya atas dunia ini, pasti mereka akan menyatakan disebalik kejayaan mereka, adanya seorang WANITA. Namun dari wanita juga lahir peragut, perompak, pembunuh etc. Mengapa? KERANA KUASA MENDIDIK SEORANG MANUSIA ITU TERLETAK DITANGAN WANITA BERGELAR IBU! Ibu ibarat sekolah. Akhlak anak2 perlu dididik oleh ibu, bukan guru disekolah. Guru hanya boleh membantu dari segi akademik tetapi pendidikan sebenar bermula dari RUMAH. Satu fakta menarik, 70% sifat anak mewarisi ibunya dan kerana itulah, lelaki dianjurkan mencari wanita yang baik sahsiahnya,amal solehnya supaya anak yang bakal dianugerahi baik tingkah lakunya.
Bila diberitahu itu dan ini, diri mula sedar~ Payahnya berumahtangga. Bukan kerana tidak suka tanggungjawab yang diberikan tetapi bimbang tidak mampu menjadi yang terbaik buat zauj (pandai dh~ hehe) dan anak-anakku..Namun, sekarang adalah masanya untuk membuat persiapan! So, GROW UP diriku sayang~ Hidupmu bukan untukmu seorang, dirimu pendidik mereka yang bakal menyumbang kepada agama dan bangsa. InsyaAllah, panjang umurku dan tiba masanya, akan bertemu kita wahai zauj dan putera-puteriku
:)
Kelemahan wanita 
Wanita gambaran syaitan: "Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan.” Cantiknya, anggunnya, seksinya, manjanya seorang wanita itu boleh melemahkan insan bernama lelaki lantas syaitan gemar menggunakan wanita sebagai senjatanya! Wanita sekalian, bantulah mereka2 ini, tutuplah semua yang patut di tutup. Kesian kat depa~ For married man: “Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya. Kerana yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya.” Jadi ustaz pesan isteri kena ready on call bila2 masa untuk melayan. To bachelors: “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” (An-Nur:31).
Wanita dalam NERAKA
1-     Mereka yang berhias bukan untuk suami: menangis dalam neraka minta belas kasihan.
2-     Tidak menutup kepala: rambutnya tergantung dan otaknya mendidih
3-     HItam mukanya, memakan isi perut: berhias untuk menarik perhatian lelaki
4-     Rambut digantung pada pohon neraka, kering kulitnya: menggugurkan kandungan dan membunuh anak
5-     Wanita diikat ke belakang,mulutnya terkeluar api dari perut: penyanyi wanita
byk lagi ni nak list tapi x larat, huhu

NotD:*pening ngn diri sendiri yg mood jiwang separuh ni.. adeh* Kerana aku memilih untuk menyertai majlis ilmu, tinggal la seorang diri kt rumah hari ni bila housemate2 kesayangan pergi bercuti. Semoga dilindungi Allah mereka semua.. Ceramah Mavi Marmara malam ni. Mari2! ada shoutul harakah lagi! Salah silap harap ditegur n di maafi


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, July 17, 2010

Israk wa Mikraj

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

Syukur ke hadrat Ilahi, hari ini diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu. Lama tidak melangkahkan diri ke majlis2 ilmu dan tatkala diri mula lebih menghayati Cinta Ilahi, setiap yang didengari itu masuk mencurah menusuk kalbu. Israk & mikraj. Kisah yang tidak asing lagi tetapi empunya diri semakin melupai. Alhamdulillah maklumat telah direfresh. Seminar yang dihadiri kali ini banyak mengajarku. Seolah-olah sudah tiba masa "to grow up" and leave all the childish thing behind. Setiap yang dicurahkan ke telinga mengenai peristiwa ini membuat aku semakin kagum dengan kehebatan yang Maha Esa. Benar, ini peristiwa yang tidak tercapai dek akal manusia dan menguji iman. Mereka yang mendengar cerita ini tertawa kecuali Abu Bakar As-Siddiq Logik ke perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih dari sebulan, mengambil masa sehari? TIDAK, tidak sama sekali. Melainkan dengan satu kuasa yang sangat besar dan berkuasa. dan itu adalah Allah! KekuasaanNya tiada batasan!

Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.(Al Israa':1)

Kembara agong
Peristiwa ini merupakan sesuatu yang luar luar luar biasa! bukan hanya luar biasa. Rasulku diperlihatkan pelbagai keadaan,dibawa berjumpa dengan rasul2 sebelumnya dan seterusnya bertemu dengan Allah. Di sini juga bermulalah kewajipan kita menunaikan solat. Dari 50 waktu sehari semalam, dikurangkan kepada 5 waktu sehari semalam hasil rundingan rasul junjungan dengan Al-Khalik dan nilainya 5 waktu solat itu seperti 50 waktu! Rasulku yang mulia, sungguh aku kagum denganmu.Sayangmu pada umatmu benar tiada tandingan! Peristiwa-peristiwa yang diperlihatkan kepada Rasullah itu adalah sesuatu yang kita perlu ambil sebagai pengajaran dan juga sumber inspirasi.

Peristiwa yang diperlihatkan.
Sesuatu yang seronok didengar, bila ustaz menyatakan mengenai satu kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanamannya. Selesai dituai, hasil baru keluar semula dan itu yang berlaku berulang-ulang tanpa henti. Siapa mereka? Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakna pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda. Air mata mula mahu merembes keluar tapi segera diseka. Akan tergolongkah diri dalam golongan ini? atau.. sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya,setiap kali dipecahkan sembuh kembali lalu dipecahkan semula. Mereka manusia yang berat kepalanya unutk bersujud (solat).Nauzubillah! dan DUNIA, digambarkan sebgai seorang perempuan berhias cantik dengan dulang yang dipenuhi pelbagai hiasan. Benar-benar melekakan dan diri ini........ akhirnya baru menyedari~ Semoga belum terlewat... There are lots of other things that was shown to our beloved prophet so, better read for yourself! As a reminder for our whole life..

Dan seterusnya, pengakuan buat pertama kali didalam hidup, SAYA ADALAH WANITA dan SAYA BANGGA BERGELAR WANITA!! mengapa? later post.. hihihi

p/s: When I woke up this morning I asked myself: What are some of the secrets of success in life? I found the answer right there in my very room.The FAN said - Be cool. The ROOF said - Aim high. The WINDOW said - See the world. The CLOCK said - Every minute is precious. The MIRROR said - Reflect before you act. The DOOR said - Push hard for your goals. And don't forget, the CARPET said - Kneel down & PRAY!- dozdez

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, July 15, 2010

Bermula suatu Perjuangan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang

Syukurku panjat kan kepada Ilahi kerana selamat tiba di tempat perjuangan ini. Syukur juga tiada kemalangan yang menimpa mama,abah and yop sebab dalam perjalanan mereka pulang, kereta buat hal. SYUKUR SANGAT-SANGAT! Alhamdulillah! Hari pertama, diri dah terasa kelainan. The old me, getting excited sebab berada di tempat yang sangat familiar nak buat benda2 lama. The new me, merintih kesedihan kerisauan andai kembali pada titik itu semula. Lima hari, menyibukkan diri membersih villa dua tingkat ni dan semput,sakit dada datang serang, which makes me feel mad but who am i to get mad ? Ini hanya ujian yang sedikit jika mahu dibandingkan dosa-dosa silam.

Syaitan oh syaitan~
 Ho, part ni sangat2 la bahaya. I realize that syaitan yang berada disisi bukan lagi yang dulu. NI UPGRADE PUNYA GENERAL! Why? Sebab banyak benda yang diri nak buat terasa susah. Tapi, MUJAHADAH! Itu yang sentiasa dipahat dihati! Who cares if the satan position tahap sarjan ke, general ke, I AM ME! Semua yang dibuat itu keranaNYA. Aku ada DIA! Hanya doa yang tidak putus, semoga diberi kekuatan melakukan suruhanNya, meninggalkan laranganNya, diberikan ketabahan untuk setiap ujian yang melanda, suburkan hati dengan CINTA padaNya dan didampingkan sahabat2 yang mampu menyuburkan cinta ini. InsyaAllah~

Kau nampak LAIN~
“Yang, I dunno why but I think you look different!” my roommate said so
“Which part?” Hati mula resah kerana diri ini selalu tidak pandai berbicara, menerangkan segalanya.
“Dunno yet but seriously, u look different!”
“Hehehe.. nothing!” hanya senyuman yang mampu diberikan.
Soalan terhenti disitu. Dia bergegas ke kelas. Andai dia bertanya kembali, semoga masanya betul2 diri dah bersedia. Semoga lidah tidak kelu,hati tidak resah~

Peringatan buat diri tersayang~
 Al-Ankabut 2: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji?"
Sile bermuhasabah wahai diriku~

NotD: Alhamdulillah, one big prob end. ASIF~  Pasni susah le nak update sbb dh start class.. but once a week, i'll try.  InsyaAllah~
Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Wednesday, July 14, 2010

Tudung ariani: aurat @ fesyen

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..

He, jumpa something that crossed my mind for few months or to be exact, few years. Something that i wanna do. InsyaAllah :D



melambaknya tudung ariani dalam fesyen muslimah adalah salah satu usaha untuk menggalakkan golongan muslimah masa kini bertudung. sifat tudung ariani yang mudah dipakai, selesa, ringan dan tidak perlu diseterika menjadikan ia adalah pilihan yang tepat oleh kaum hawa.


pastinya, akhwat sendiri juga memilih tudung ariani dipakai dalam program-program dan mungkin juga dipakai ketika di luar samada ke kuliah, dewan makan atau semasa ziarah. namun, dalam pemakaian itu perlu dilihat dari pelbagai sudut. dan perlu dinilai dengan nilai islam dalam syariat bertudung.

pendek dan melekat

disini, bukan saya hendak memprotes kepada para pembaca yang memakai tudung ariani. bahkan, saya menyokong usaha anda dalam bertudung. cumanya perlu dilihat dari sisi labuh tudung adakah ia menutupi dada atau tidak?
kebanyakan saya lihat tudung ariani tidak menutupi dada.hanya sesetengah tudung sahaja yang dilihat labuh dan menutupi dada. dan usaha untuk mencari tudung ariani yang labuh adalah sukar. bahkan harganya pula mahal sehingga mencecah harga RM40. itu pengalaman saya membelinya bersama ibu dan kakak.

maka saya mensarankan anda agar mencari tudung ariani yang labuh dan meninggalkan tudung yang singkat itu. kerana dalam firman Allah, 
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” ( al ahzab, 33: 59)
duhai akhwatfillah,
lihatlah tudung kamu itu. adakah ia labuh sepenuhnya menutupi dada. usah tabarruj. ingat tujuan kita bertudung. mungkin kalau dikatakan cara memakai tudung sempurna, anda sudah khatam. cumanya, cuba lihat betul-betul diri anda. 
memang pada pandangan umum, tudung itu sudah menutupi dada, tapi saya kurang senang melihat begitu. kerana apabila diselak sedikit, habis semua nampak. apabila berjalan dan ditiup angin, seakan tudung itu tidak berfungsi menyelamatkan anda. dan sifat tudung itu yang seperti melekat, membuatkan hati saya resah. gelisah. bagaimana jika kalau kaum adam melihatnya?
apatah lagi, apabila anda memakai beg di bahu. habis beg itu menarik dan menyelak tudung anda itu dan menampakkan sisi tepi dada anda. fikir-fikirkanlah..

bertudung labuhlah duhai ukhti

ada yang mengatakan bertudung labuh itu extreme. tidak sesuai dipakai. nampak seperti ketinggalan zaman. nampak pelik dan kolot. padahal bertudung labuh itulah sangat sempurna. ia menutupi sisi depan, tepi dan belakang bahagian badan kita.

begitulah, islam nampak asing. golongan yang mengamalkan islam nampak pelik. dan golongan yang melakukan maksiat pula, tidak pelik. bahkan digalakkan dan diberi sokongan pula. begitulah arus gelombang fitnah yang berlaku sekarang.

dalam majalah SOLUSI edisi 21, saya suka membaca artikel corat coret tudung labuh karangan Fatimah Syarha. disitu menceritakan tentang pengalaman beliau sendiri dalam bertudung labuh. betapa banyak kelebihan bertudung labuh yang diceritakan.

dalam al-quran sendiri, telah memberi jaminan bahawa mereka ini takkan diganggu dengan izin Allah. subhanallah.. itu memang saya yakini. dan udah saya alami sendiri. apabila saya melalui kawasan-kawasan ramai atau berdepan dengan kaum-kaum adam seperti di bengkel motor, mereka memang menghormati golongan orang yang bertudung labuh. bahkan, mereka ini takut untuk menegur. dan kalau di kuliah atau di PBL, atau di bas, kalau ditakdirkan duduk disebelah lelaki mereka yang bergerak menukar sendiri tempat duduk dan mengelakkan diri dari duduk dekat bersama. itu penghormatan buat mereka yang bertudung labuh. bila lagi anda mahu mendapat pernghormatan sebegitu?
maka, bercita-citalah untuk bertudung labuh dari sekarang.

keinginan untuk bertudung labuh

saya yakin. ada sesetengah akhwat telah mula menanamkan impian mahu bertudung labuh. cumanya masih belum bertindak. tahniah dengan impian anda itu. cumanya, jika sudah ada keinginan begitu, jangan ditunggu lama. teruskan niat itu. bermulalah secara berperingkat. bermula dengan bertudung lerang 50, lerang 60 dan seterusnya bertudung labuh.

jangan rasa malu. jangan rasa takut. sememangnya apabila pertama kali dalam bertudung labuh, pasti ada yang menyakat. tak kurang juga menegur dan ada juga yang memberi semangat. selalu sahaja perkataan ' boleh ke istiqamah ko ni?' adalah salah satu pertanyaan menyindir dan ketidakpercayaan seseorang pada golongan yang baru bertudung labuh itu. maka, pentingnya kita berada dalam situasi yang menolong kita untuk istiqamah. iaitu berada selalu di samping akhwat ter'chenta'. dan berada selalu di suasana yang mendekatkan kita pada orang-orang yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

jangan pandang belakang

jangan pernah menoleh kebelakang semula. jangan pernah menukar tudung labuh itu kerana takut dipandang serong. kerana keadaan tempat kerja atau kerana sebab-sebab dunia. perlunya anda yakin, personaliti anda dalam bertudung labuh adalah satu kelebihan. 

saya pernah berjumpa mereka-mereka yang tidak istiqamah dalam bertudung labuh. dulunya saya sangat respect beliau kerana peribadinya bertudung labuh. tapi selepas beberapa tahun, bila berjumpa kembali, saya hampir tidak mengenalinya. memakai baju yang sederhana ketat dan memakai tudung ariani pendek. tapi, saya pasti perubahan itu berlaku mungkin disebabkan situasi nya yang jauh dari situasi islamik, majlis ilmu, usrah dan halaqah. maka, berlaku kecairan nilai islam dalam diri.

penutup

muhasabah diri anda. bagi akhwat yang mempunyai tudung ariani pendek, berbaliklah semula memakai tudung segi tiga anda yang lebih labuh dan panjang serta tidak melekat. jika mahu juga bertudung ariani, maka, carilah yang labuh dan menepati ciri-ciri bertudung dalam islam.

tidak dinafikan, terdapat juga golongan bertudung labuh yang kurang dari segi akhlaknya. tapi tidak semua. maka, maafkan mereka. mereka baru bermula..

ini pendapat saya. terpulang..
 
 
Notd: GO!! x sabar nak balik KL n borong byk2 :D . My dear self, NEVER look back! You can do it. Thank you kakak for the great article!
 

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, July 10, 2010

My new COOL gadget

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

He~ Dengan ini nak umumkan,  I GOT NEW COOL GADGET! setelah seharian pergi klinik, and then pergi xray kat Hospital Ampang Putri, then back to the clinic, dapat jugak tau sakit apa la Si duchess ni. ALHAMDULILLAH.. tu je mampu nak ucap bila dapat tau penyakit ni. Tambah lagi satu.. hehehe


Sekali pandang nampak macam ape? in My opinion, mcm ikan pakai helmet yang tengah semput. Xpn cm org pkai headphone dgr music :D INTRODUCING MY INHALER!!!  Alhamdulillah~ hehe.. Habis dugaan yang tu, datang yang lain. Tp makin banyak dugaan, makin dekat kita denganNya. InsyaAllah. Ha, cool x inhaler ni? tu x tgk lagi dlm dia. COOLIO~ tu je mampu nak ckp. Technology with style! Sedutan pertama akan dilakukan in few hours. Semoga saya cepat biasakan diri. InsyaAllah

P/s: Guyz, don't think i'm crazy when i say  i'm excited with my new syndrome! this is me, with my crazy  thought, only 4 %  type of personality same with me in this world. So i got no objection when people don't understand me or misinterpret what i'm saying. and, I just don't like to explain coz things will get complicated Hehe..

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

HUSNUZH ZHAN (BAIK SANGKA) KEPADA ALLAH TA'ALA

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang banyak maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil''. (Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah).


Indahnya susunan Ilahi terhadap diri ini :D Semua yang menyesakkan dh jumpe solutions, as simple as ABC. Percaturan Ilahi. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah ~ Mujahadah perlu diteruskan dgn kekuatan dariNya. Perjuangan baru bermula! Last day in KL,so bye2 blog.. hehehe

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, July 9, 2010

Ampuni Daku

In the name of Allah, the Subduer, the Granter and Acceptor of Repentance and the most Strong
 
Ampuni daku Ya Allah,
Di atas semua dosa-dosa silamku
Ampuni daku Ya Allah,
Jika hatiku lalai mengingati dunia
Ampuni daku Ya Allah
Bila bibir terlanjur kata
Ampuni daku Ya Allah
Andai ada kakiku melangkah ke tempat yang terlarang
Ampuni daku ya Allah
Andai tanganku melakukan kerja sia-sia
Ampuni daku Ya Allah
Jika anggota tubuhku melakukan laranganMu
Ampuni daku Ya Allah
Jika akalku dikalahkan nafsu
Ampuni daku Ya Allah
Sekiranya terselit riak di hati walau sekelumit
Ampuni daku Ya Allah
kerana aku hanya..
hambaMu yang hina
hambaMu yang baru tejaga dari lena yang panjang
hambaMu yang masih mencari
hambaMu yang memerlukan perlindungan
hambaMu yang memerlukan kekuatan
hambaMu yang  lemah dalam setiap segala

p/s: DIA ada disisi, jangan runsing wahai diri, berperanglah ke stage ketiga dgn tabah. Biar apa mereka kata, tulikan telinga. DIA lah segalanya. Redha Allah itu dicari, bukan redha manusia di atas kemurkaanNya. dan maafkan diri yang tidak pandai berkata-kata~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Wednesday, July 7, 2010

Will I...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha mengetahui..

Countdown to go back to campus--> 2 more days

Feelings:Unknown,uncertain,anxious,uncomfortable,afraid

Factors: Their acceptance toward my new-self, Will myself stand, maintain and steadfast the way i am now, kakak soooo in far away in moscow to be fetch if i need help, my babe in KL, My D in India & the environment around me overthere that i'm SO AFRAID will not sufficient enough for the new me. Environment ABSOLUTELY influence a human being.

I only have this to hold : ONE STEP of you toward HIM, thousands steps of HIM to you. InsyaAllah

Allah, give me strength, give me guidance, give me solutions, i'm seeking YOUR BLESSING, not them but still.. I'M AFRAID T_T
Makin aku kejar CINTA ILAHI, makin banyak CINTA FANA yang memburu! Apakah????
Memang aku sprinter waktu sekolah dlu, tapi kalau selalu sgt main kejar mengejar ni lelah jugak! ALLAH, BERIKAN AKU KEKUATAN MELALUI SEMUA INI~  Jangan minta hatiku ini. Aku dah beri pada Ilahi. Minta pada DIA, minta pada Ayah Bonda kerana aku hanya pinjaman dariNYA kepada mereka.

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Tuesday, July 6, 2010

Adikku...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi..

Sekarang ni alhamdulillah puasa sunat rejab masih berterusan. Cuma yang x best bila dh balik rumah ni, saya bersukan bina badan! hehehe.. Dh la mmg berisi, makin berisi la~ Semuanya gara-gara masakan mama. Asam pedas yang tak leh lepas n mmg x puas hirup sekali. TIPTOP punye. Memang boleh buat sendiri, tapi tak sama. Anda x rasa begitu? Air tangan seorang ibu tu la THE BEST! Rasa terkilan sikit dengan adik-adik yang tidak tahu menghargai apa yang mama buat. Penat nasihat tapi itu la gayanyer, masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Ikut hati nk sumbat telinga depa dengan cork! hehehe..
Bila puasa, selalunya memang tak makan banyak sebab nnti perut sebu n masuk angin. Pastu nnti sakit la yang teramat. Tapi.. Bila lihat masakan mama tak bersentuh, hati jadi sedih..
Adikku sayang,
Tidakkah kamu tahu, mama bangun seawal 5 pagi menyediakan semua itu,
Semua buat kamu yang sebelum ni merungut merengek bilang mahu mama masak,
sedangkan kamu tahu mama kerjanya penat, pagi ke office,
malamnya menjengah atuk yang sakit kat hospital.
Dia seorang isteri ,ibu, anak dan seorang pekerja juga.
Banyak kan tanggungjawab? tapi semua masih dilakukan dengan terurus.
SAYA BANGGA DENGAN MAMA SAYA!
InsyaAllah, akan kucontohi,mungkin part kerja tak sebab nak jadi suri rumah sepenuh masa.. heheh
Bila tengok makanan tak terusik tu, saya sumbat juga walau dah kenyang.
Sebanyak mungkin disumbat supaya nampak ramai yang dah jamah..
Sebab tahu, mama kecil hati kalau tgk cmtu.
Tapi teringat pesan Rasulku, berhenti sebelum kenyang..
Sungguh tak tahu, hati ibu atau pesanan itu~
Mungkin mereka tak tahu menghargai sebab mereka sentiasa di rumah
Saya yang sentiasa jauh dari keluarga, naik muak dengan makanan kedai..
Sebab tu kot~ hrmmmm

Buat kawan2 kat luar sana, always appreciate your parents! They give everything yang diorang mampu untuk kita. Letak diri sendiri kat tempat mereka, bayangkan apa perasaan mereka~ Always & always do that before you make something stupid, something that can hurt them. Selagi diri masih bernafas, akanku cuba hargai mereka walaupun style saya pelik sket.. hehehe.. insyaAllah

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Kematian Suatu Kepastian

In the name of Allah the Most Beneficent, the Most Merciful
Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Namun, kita terus terleka dengan pelbagai perkara yang melalaikan sehingga kita terlupa tujuan sebenar kita berada di muka bumi ini. Beruntunglah bagi mereka yang terus berpegang dengan kemudi keimanan, dan rugilah bagi mereka yang terus hanyut tanpa pedoman.


Sahabat-sahabatku,
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah kita perlu berbicara tentang kematian? Sedangkan kita masih muda, perjalanan kita masih jauh. Kita hampir terlupa tentang hakikat sebuah kematian yang terus mengejar kita. Kematian itu PASTI. Tiada siapa dapat mengelak atau melambatkannya walaupun hanya beberapa detik. Malaikat Izrael tidak pernah alpa dalam menjalankan tugasnya. Hatta, setiap makhluk di muka bumi ini ada janji kematian tersandar ke atasnya. Marilah kita sama-sama merenungi firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 34 dan 35 yang bermaksud :
“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad),  adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”


Jelaslah pada kita bahawa kehidupan manusia bukan abadi, kematian pasti akan dirasakan bagi setiap yang bernyawa, dan bagi yang tinggal ia adalah ujian untuk menghadapinya.
Sahabat-sahabatku,

Apakah kepentingan untuk kita mengingati kematian?

1) Kematian merupakan peringatan yang terbaik. Allah tidak menyatakan bahawa kematian hanya pada orang yang lanjut usia atau yang menderita kesakitan. Hakikatnya, kematian tidak mengira usia, jantina, pangkat dan sebagainya.
2) Menjadi pemangkin untuk terus melakukan kebaikan. Hakikatnya, kita sering melakukan dosa sama ada disedari atau tidak. Andai kita mengira kita telah menggantikannya dengan amal kebaikan, persoalannya adakah amalan kita diterima-Nya? Adakah amalan itu disertai dengan keikhlasan?
3) Mengingatkan diri tentang matlamat utama kehidupan iaitu mardhatillah (keredhaan Allah). Amalan di dunia ini menjadi bekalan di akhirat. Seharusnya kita menyedari bahawa syurga itu mahal dan payah, tetapi mampu untuk dicapai. Berbekal kesedaran ini, kita mampu bergerak dan bertindak ke arah mencapai matlamat itu.
4) Pernah saya mendengar bahawa untuk ke syurga tidak cukup dengan amal kebajikan. Hakikatnya terlalu jauh amalan kita jika hendak dibandingkan dengan para Anbiya' dan sollehin yang terdahulu. Perkara utama yang membantu kita ialah rahmat iaitu kasih sayang Allah kepada kita. Jadi, ingat mati membawa kepada amal baik yang InsyaAllah dipandang Allah sebagai amal soleh.
5) Setiap kematian yang kita dengari dan lihat sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki diri. Memanglah tidak seharusnya kita berbicara tentang hal keburukan si mati tetapi pada kejadian itu ada pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana orang-orang soleh dimudahkan hal kematiannya, pergi dengan tenang dan mudah diuruskan jenazahnya. Ambillah ia sebagai pengajaran, kerana kematian adalah ilmu yang bermakna buat yang hidup.
Sahabat-sahabat sekalian,
Suka untuk saya mengingatkan diri agar bersedia menghadapi kematian dan berdepan dengan kematian orang sekeliling. Memang mudah untuk menasihatkan orang lain supaya bersabar menghadapi kematian, namun hakikatnya payah untuk merelakan permergian orang tersayang. Jadi marilah sama-sama kita pasakkan dalam diri bahawa kematian itu pasti. Ia menjadi misteri yang hanya Allah yang tahu, namun kita sudah diberi peringatan dan jalan untuk menghadapinya, iaitu dengan melakukan amal soleh secara berterusan. Marilah kita tanamkan keazaman untuk berubah dari hari ke hari ke arah kebaikan. InsyaAllah moga jalan kita diluruskan Allah dan kekal dalam kasih-sayang-Nya.
Wallahua'lam
wahai diri..ingati mati! Mati itu pasti!


Oleh: safiyyah_hatim Click Me

Notd: bila dh latih diri jd housewife ni baru la tau pnat x pnat.. hu~ Jia You!

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Monday, July 5, 2010

Jenama Susu Haram

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ni copy paste je ye.. Information for all mothers n mothers to be out there
Sekarang ni dah macam-macam produk ada kat pasaran dan ada antaranya kita tak tahu samada produk tu betul-betul halal atau sebaliknya. Malah lebih teruk lagi ada yang cuba mengelirukan kita sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam dengan meletakkan tanda halal walhal status halal produk tersebut adalah sebaliknya.
Ok, kat sini kami kongsikan kepada anda dengan emel yang kami terima mengenai status 1 produk yang dikatakan haram iaitu susu bayi keluaran Abbott Laboratories. Namun kesahihannya tidak pula diketahui. Tapi sebagai umat Islam, ada baiknya perkara syubhah seperti ini dijauhkan. Sila baca kandungan emel kat bawah ni.
- – -
Peringatan:
Bagi yg bakal melahirkan Dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh Dan solehah.. Susu similac ini adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:
1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure

Berkaitan status halal / tak halal TU, harap Kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu *SIMILAC*.
Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. And please inform this to ur ‘mummy’ friends ok
Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna Islam Malaysia .. Susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.
Susu ini pun quite famous.. Ada di pasaran. Susu TU dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya.
Susu TU pun dah dikategorikan TAK HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.
Inform kawan2 ok!.


http://zonbebas.com/alert-jenama-susu-haram/

Notd: Ermm.. byk betul benda2 mcm ni skrg~ pening dh.. yang paling bagus, SUSU IBU JUGAK! kan? kan?


Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Hadis 1

In the name of Allah, the most beneficent and the most Merciful,

Hu~ Akhirnya dapat jugak usrah ngn kakak smlm. Jarak jauh punye usrah guna YM. Sorang kt Malaysia,Sorang kt Moscow,Russia. Member yang kt India je x join sbb busy~ Bila kita betul2 nak ilmu, jauh mana pn dapat gak :D. Okeh, apa yang dibincangkan semalam? Kakak share hadis satu dari koleksi hadis 40 imam nawawi. Pernah hafal 2 or 3 hadis dlm hadis 40 ni. tp hafal pn untuk ujian naik pangkat sarjan KRS dulu. So biase la, LUPE~ sedih2.. pasni sy try hafal balik,insyaAllah~

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ni dikeluarkan semasa hijrah Rasulullah bersama sahabat dan mereka2 yang lain nak hijrah dari Kota Mekah ke Madinah. Dikalangan mereka yang berhijrah tu, ada seorang pemuda yang hijrahnya kerana seorang perempuan yang mahu dikahwininya, Ummu Qais yang dok kt madinah. Ummu Qais ni habaq la kt mat tu, "hang nak kawin ngn aku, hang mai dtg madinah" > ini adalah bhs sendiri ye~ Ni peristiwa yang bersangkut paut ngn hadis ni.
Tapi yang nak bincang kat sini is about niat. "Niat tu ape?" kakak tanya. "hrmmm akak tanya sy yg fail nak explain ni lingkup le. tp cuba ye. Niat tu benda yang kita nak buat. ye? betoi ke?" jawabku. "Boleh la tu. Ade la kena gak sipi2" tersengih je time ni walaupn kakak x nmpk n just dgr suare. "Niat tu apa yang terlintas kat hati kita." kakak sambung. "OOOO.. betul2. tu la nak cakap td~ heheheh"

Discussion di teruskan. First verse,amalan itu bergantung kepada niat. Niat tu penting sebab dengan niat, boleh dibezakan samada apa yang kita buat tu sekadar ibadah atau pun adat. Contohnya makan. Kalau kita niat makan untuk kenyang je, tu jadi sekadar adat, benda yang kita just buat sebab kita lapar. Tapi makan tu jadi ibadah bila kita niat kita makan kerana nak tambah tenaga untuk lakukan ibadah kepada Allah. Kat sini yang BESTnye, kita siap dpt pahala lagi selain kenyang.. Sama gak solat. Adakah kita solat untuk sekadar mengikut mak ayah kata kena solat? Sepatutnya kita solat sebab kita ni nak jadi hambanya yang bersyukur dengan semua nikmat yang dikurniakan, kerana Allah kita buat ibadah tu.
Next, pasal apa yang kita niat, itu yang kita dapat. Dalam hadis ni sebut kalau hijrah mereka niat kerana Allah dan Rasulnya, maka itu yang dapat. Kalau hijrah mereka sebab2 lain,itu yang mereka dapat. Pemuda yang hijrah kerana nak kahwin dengan Ummu Qais itu dapat kahwin ngn dia tapi itu je la dia dapat sedangkan mereka2 yang lain dapat keredhaan Allah dan reward.  Rugi dah kat situ~
Pastukan, punya la susah nak jaga niat ni. Bukan sekadar time niat tu je tp after that pn kena jaga. For instance, ada orang datang rumah kita. Kita lain dia baik2, first class punya, sebab Allah suruh memuliakan tetamu. Then 2 years later, kita ziarah pergi rumah dia tapi dia layan kita mcm hape je. Siap kata "buat mcm rumah sendiri eh". Dalam hati kita kemudian terlintas la " Ish, dia ni, dulu dia datang rumah aku layan macam raja. Sekrang aku pergi rumah dia, dia layan gitu-gitu je". Haa! time ni niat kita buat baik dgn dia sbb Allah suruh dulu dah terpesong. Habis reward kita dapat dulu pree melayang.. ADEH~ SUSAH KAN? tapi kakak pesan, oleh itu kena selalu perbaharui niat kita bila dh terpesong tu. Kita manusia biasa, so nak maintain tu mmg payah.Cuba buat sikit2.
Lagi, niat tidak meghalalkan cara~ kuikuikui. Contoh terbaekkk, COUPLE! "Xpe2, kita kapel x mcm orang lain. Kita x pegang2 tangan, kita selalu bagi tazkirah sesama kita, sy nak tolong awak,kita jadi baik sma2..blablabla" Memang ada manusia mcm ni konon couple n siap cakap niat mereka baik, tak buat pegang2 semua, bagi peringatan sesama sendiri etc. TAPI, ALLAH DH SEBUT DALAM SURAH AL ISRA AYAT 32;

"Dan JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji.dan suatu jalan yang buruk"

Memang korang tak buat pegang2 peluk2 tapi Allah dh kata JANGAN DEKATI ZINA. So couple tu sendiri dah satu langkah ke arah tu. Niat baik macam mana pun, tetap salah. ADE PAHAM? lagi satu contoh, orang tu nak bina masjid.Tapi dalam dia nak bina tu, dia g kumpul duit guna cara ribaa' la, rompak bank la.. tu pn dh salah niat tu.
Demikian jugak amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, tapi kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

tu je kot leh share.kalau ade salah silap tolong betulkan ye ^_^

Notd: Semakin dekat hari nk balik kampus ni, makin RESAH hati~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Sunday, July 4, 2010

Ikhlaskah aku?

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ikhlas~ Sesuatu yang diri sendiri tidak pernah pasti. Ikhlaskah diri dalam melakukan segala ibadah selama ini? Benar-benar ikhlaskah aku? Apakah kayu ukuran sebuah keikhlasan? Sebatang Pembaris? Sebuah bikar? Neraca? Sungguh aku tidak tahu~
SESUNGUHNYA KEIKHLASAN ITU IBARAT SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM HARI
Lagi sekali diri bertanya, Ikhlaskah aku?? Jawapannya tetap sama, Aku Tidak Tahu.. Susahnya.. Benar dalam hati menyatakan aku ikhlas tapi.. Hanya ALLAH yang tahu, IKHLASKAH AKU?

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Saturday, July 3, 2010

Barakallahu lakuma

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
 
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
 

P/s: Tahniah buat sahabat itu~ hehehe.. semoga perkahwinan anda kekal SELAMANYA.. Amin~

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Friday, July 2, 2010

Aduhai kawan~

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

AMARAN, POST INI DIKIRA SEBAGAI 18PL/SG/> APE LG EH ADE? X IGT :p
Jgn baca if you have psychology problems. heart problem etc coz post berikut ditulis untuk melepaskan geram. Sekian~


Hrmmm.. hari ni terfikir kejap bila buat observation time on the way pergi midvalley nak jumpa dengan one of my babe. KENAPA AKU PAKAI TUDUNG YE? tp soalan tu cm tak kena sebab benda yang tak puas hatinyer adalah manusia dua ketul kat depan mata time tu. So otak rearrange balik soalan.. KENAPA BUDAK NI PAKAI TUDUNG MCM AKU TAPI PEGANG TANGAN, PELUK2 DENGAN KAYU BALAK DIA MCM DAH ADA LESEN. NAK KATA DH ADA, MUKA BUDAK2 SEKOLAH KOT! Hu, berapi sungguh tengok anak muda sekarang > rase cm diri dh tua pulak :P
Masa tengok adegan depan mata ni> Duchess pergi kat depa dua ketul pastu g tendang dua2 jatuh kat railway, pastu datang tren lenyek diorang! Pastu Duchess gelak cm setan n said "BARU KO TAU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH! BUAT LAGI BENDA X SENONOH DEPAN AKU! HAHAHHA ~ Attention, ini adalah lakonan dalam otak budak tak betul ini semata-mata..

Wahai remaja, aku pn remaja gak. Kau pakai tudung, aku pn pakai. Tapi kenapa ko buat benda-benda yang merosakkan imej orang lain gak? MALU LA AKU ni ha even the one doing it not me! SO, JAWAB SOALAN BETA.. KENAPA KO PAKAI TUDUNG? PAKAI TUDUNG UNTUK TARIK PERHATIAN ORANG KONON KAU BAIK? OR IT'S FESYEN? or you we're FORCED by people to wear it? or you think it's COOL?

Friends, think about it! sepatutnya tudung yang dipakai tu boleh menghalang kau buat benda2 tak senonoh tu. Tapi kenapa? kenapa lain jadinye? Pernah diri ni bertanya kepada seorang kakak. "Akak, kenapa orang pakai tudung tapi buat maksiat eh? kenapa pakai tudung tapi lengan pendek? kenapa pakai tudung tapi baju ketat? kenapa pakai tudung tapi hanging kt leher? kenapa? kenapa?" Jawapan yang diberikan hanya satu. "Selalunya orang2 mcm ni, SOLATNYE TAK DIJAGA. sebab tu kita kena selalu check" ermm.. tah kenapa diri ni rase betul sangat2. Solat~ Solat yang betul dilakukan kerana Allah sepatutnya boleh menghadirkan perasaan amar maaruf nahi munkar dalam diri. Sebab kita takut dengan keMURKAAN Allah, kita tinggal benda yang dilarang. "Habis mcm mana orang yang tak pakai tudung tapi solat? tu lagi saya pelik!" Kakak diam kejap. " ada 10 golongan orang yang solat yang mana solat nya tidak di terima oleh Allah. Antaranya wanita atau lelaki yang bersolat tapi tak menjaga auratnya. Part solat dia tu akak rasa sah tapi Wallahu'alam" ermmmm.. teringat balik time mula2 pakai tudung dulu. Duchess start pakai tudung masa 9 tahun. Hati nak sangat2 pakai n syukur Allah bagi hidayah awal. tapi mungkin sebab solat time tu belum terjaga, on-off jugak la.. Alhamdulillah dh berubah~
Balik kepada persoalan tadi, rasa cam nak buat interview je dgn budak perempuan tu "ko tak malu ke pegang2, raba2 depan orang ramai? Husband n wife pn tak buat mcm tu. yang korang lebih2 kenapa?" hahahha.. tapi kalau betul2 pergi tanya mau kena lanyak ngn BF dia.

Oit2. tak rase rugi ke bagi pegang2 but in the end, ko kawin ngn orang lain? Laki tu mmg x rugi satu sen pon tp KAU RUGI BESAR yang~ Hah, satu benda yang maybe bleh buat korang tak rugi.. Cube try charge diorang skali sentuh SEJUTA ke, 1 billion ke, if korang tau harga diri korang berapa la. Pegang tangan seminit RM50 ke? Ok x cadangan "BERNAS" ni? > Confirm korang bengang gile if i really suggest this. hahahha n you guyz will say" diri kitorang ni x ternilai harganye!!" TAU PN DIRI TU TAK TERNILAI HARGA,DH TU PEGI BAGI FREE ORG PEGANG2 kenapa? JAWAB2~

One more thing,mana la non muslim rasa nak tertarik dengan Islam ni bila tengok korang buat perangai mcm tu.. ADEH~ Hah, pernah sekali gak a friend of mine, non-muslim tanya." Why do you wear tudung? but most people wearing tudung that i knew semua ada bf, pegang sana sini. tapi you tak pn~" hahaha tak tau nak jawab apa. rasa nak kembang smpai koyak seluar pn ade tp cepat2 istigfar. part xde bf tu paling x boleh blah~ rasa kena cekik pn ade.. "ERM, i wear tudung sebab tu perintah dari Allah. pastu bila pakai, i feel so safe, xda orang nak woo me or do any other thing. Diorang yang buat mcm tu, pakai tudung tapi pegang sana sini, because diorang tak faham the real concept of islam, the sole reason why they have to wear it. bout the bf thingy, i... ANTI laki.. ahahha tapi dlm Islam couple2 tu salah. Only marriage is the relationship between man n women beside your family.." tu je la mampu nak jawab ngn ilmu cetek yang ada. Pastu ade lagi nak sambung tp cm segan plak nak cakap ngn dia - plus dear, my beauty only for my husband, not for other man to see~ *blush* tapi tak sebut ah, sbb karang kena cop jiwang. lagi parah kot2 dia tanya bab2 tu plak. so better STOP!

See? Non-muslim pn pelik korang buat benda-benda tu. pakai tudung tapi dok gesel2 mengalahkan kucing gatal.. dh GATAL sgt pi jumpa TOK KADI la.. but i'm DEFINITELY SURE korang bagi macam2 alasan like, HUH? i'm still young la, not ready la.. Banyak cekadak je korang tu. Tinju sorang2 baru tau!
Sekarang mmg malas nak keluar g mana2 sebab mata ni asyik kena cuci ngn adegan2 tak best. So, dok la mengadap lappy n marah2 kt blog ni~ hu, sedap sket ati.. but then ku harapkan mereka-mereka ni x makin lalai. ingatlah, kita ni hidup tak lama.. muda ke tua ke, bila dh sampai masa kembali juga kepadaNYA. Cube bayangkan korang tgh buat maksiat2 tu Allah tarik nyawa? tak ke haru? Semoga Allah bagi petunjuk kepada mereka semua dan diri yang masih tak sebrapa ni. Amin~

Nasib la sape yang terase eh *evil grin*

NotD: Rindu dgn baby Fidaa'.. Nak main ngn die lg but i'm hopeless and awkward when it comes to kids .. hahahha ^_^. another thing, friends,doakan sy cepat sembuh~ dh dkt sebln lebih ni sakit hati,tekak,chestpain but still gatal nk kuar rumah.. wee~ i'm the hyperactive one. Unless i'm unconscious, i'll nvr stay put :D

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU

Thursday, July 1, 2010

DIA yang bernama cinta

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG~

pots on the air with senduk n.. *ketung ketang ketung ketang* Dengar sini semua penduduk atas muka bumi! Berita paling sensasi.. Ade seorang manusia yang egonya tinggi mengalahkan tembok besar cina, AKHIRNYA TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI. SHE'S OFFICIALLY FALLING IN LOVE, HEAD OVER HEELS!!!!

Saya, Miss (Captivating, Alluring, Enchanting + Shining, luminous) finally.. jumpa her FIRST LOVE. Perghh, perasaan skrg tak boleh nak describe.. BERBUNGA, BERBELON, BERTAMAN.. adeh.. mcm mana nk cakap bagi korang faham? hehehehhe
Jalannya dh tak jejak tanah, senyumnya smpai ke telinga. Kekadang menangis pastu ketawa balik. BAHAYA X BAHAYA? should i go to psychiatry ward? maklumla x pernah bercinta sebelum ni. so sy x tau sy ni still ok ke x.. 22 tahun menanti baru merasa > x ckup 22 lg sbenarnyer.. MANISNYA,SWEETNYER nyaaaaaaa *blush 100000000x*

Dah lama nak mengaku tapi malu :P. siapa kah dia?
DIA, yang memberi nafas, DIA yang memberi nikmat, DIA yang memberi perlindungan,DIA tempat mengadu segalanya, DIA tempatku bergantung harap, DIA yang sentiasa di sisi namun tidak pernah ku sedari~ ALLAH..

Sungguh la bila dah start berCINTA dengan si DIA, semua benda jadi seronok. Hati tenang,tidur jadi lena walaupn diri ni insomnia selalu sblm ni. Cakap dh jadi lembut,semua benda buat fikir pasal DIA. Love letter tiap2 hari baca menitiskan air mata yang sebelum ni payah nk gugur setitik pn walau sekuat mana badai melanda..
HEBATNYA CINTA INI YA ALLAH~ MANIS TAK TERUCAP DENGAN KATA-KATA~ Susu cap teko pn x manis cmni .. hehehe

Alhamdulillah hati ini tak pernah dinodai cinta fana. DIA CINTA PERTAMAKU dan sehingga akhir masa, SELAMANYA hatiku milik ALLAH. insyaAllah~ BUkan tak pernah di intai mana2 spesies berlawanan, tapi tu la, keANTIan terhadap mereka buat diri tak mahu didekati. Sekeliling diri memang dipagari aura "DON'T GET CLOSE IF U DON'T WANT TO BE DEAD". I'm cool if u wanna be friend but not more than that. tapi xde la anti langsung. ade je minat2 sengal cmtu. DAN bila orang yang diminati menyatakan cintanya, ingin disambut juga ketika itu. tapi Allah maha penyayang. tak terbukak mulut nak cakap " i like you too". Kalau korang la, if the most eligible bachelor in town ckp cmtu korang x suke ke? hahaaha. Masa tu masa terhenti,nak bukak mulut payahnyer.Frustnyer la x dapat nak balas balik~ itu DULU...

Syukur sangat2 sekarang tak terbuka mulut tu. ALLAH nak pelihara hati ni rupanya. Nak suruh rasa betapa nikmatnya cinta DIA dr cinta manusia. THANK YOU ALLAH ^_^
Buat pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, kita jumpa nnti ye~ lmbt pn xpe sbb skrg x puas lagi bercinta dengan YANG SATU :D & ku yakin, siapa jua kamu, Allah pilihkan yang terbaik untuk mendidik diri yang tak seberapa ni. Kalau x sempat kat dunia ni, kita jumpa di seberang sana, InsyaALLAH~

NotD: Nak pergi tgk cuzin kwn nikah esok~ sape nk ikot? byk jemputan skrg.. x menang tangan nk pegi..hehehehe

Ya ALLAH tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMU